Aku tulis ni khas la untuk golongan2 yang aktif dengan benda haram. 

Tolong la berubah weh. Pintu taubat sentiasa terbuka. 

Aku ni keja kat JK* bahagian bantuan. Baru ni masa bulan puasa, aku dapat satu kes. 

Lelaki tu mohon bantuan sebab dia kena HIV. Tak boleh kerja. Yang submit bantuan tu kawan kepada lelaki tu aka mak ayam. 

Lelaki yang kena HIV tu baru umur 37. Dulu dia tu katanya pondan. Memang kerja macam tu. 

Sampai kena HIV, lepas tu tak makan ubat. Nak bangun pun dah tak boleh. 

Bila dia makan ubat, katanya cirit birit, muntah2. Jadi lemah.. Ya la ubat tu kan ada kesan sampingan. 

Dia pun tak lalu nak makan apa pun.. Hanya minum susu kadang2 makan biskut. Nak kunyah pun tak larat. 

Family dia pun orang susah jugak. Nak beli susu pampers dah tak mampu. So kawan dia cadangkan bantuan. 

Biasa client kena datang sendiri, tapi bila client tak mampu datang, kami kena la pi rumah dia. 

Lepas terima aduan, bulan puasa tu kami pi rumah dia.. Kurus kering orangnya. 

Pakai pampers ja. Tak pakai seluar. Masih ada lagi perwatakan perempuan. Rambut panjang ikat tocang. 

Masih peluk teddy bear, masih pink2. Masih2 manja2. Cuma muka dah cekung pucat penuh dengan kudis dan agak berbau.. Sebab kudis satu badan. 

Aku memang kesian la tengok dia.. Dalam hati aku berdoa sangat moga2 dia timbul keinsafan nak bertaubat.. Nak mintak ampun. 

Moga Allah terima dia. Ampunkan dia.. 

Kami pi rumah dia hari tu nak dekat2 raya dah. Lepas tu family dia tak cukup document untuk submit. 

Raya keempat aku tengok mesej kat group, kawan aku kata drop kes dia. Sebab dia dah meninggal. Meninggal raya ketiga. 

Kawan dia mak ayam tu pos kat fb kata orang tu dah meninggal. Yang sedihnya letak gambar dia masa dia perempuan. Dengan nama perempuan dia tu. 

Dekat kawan aku pun dia wasap macam tu jugak. Bukan gambar lelaki, atau nama lelaki. 

Aku pun tak faham la.

Ok la dia dah meningal dia dah settle urusan dia. 

Tapi pernah ka kita bayangkan, celik2 mata dok dalam kubur. Allah tanya 37 tahun hang hidup, apa ja hang buat?

Hang sembahyang dak, hang puasa dak.. Bukan aku nak kata aku bagus. 

Semua orang buat dosa. Tapi aku memang sangat takut dengan penyakit tu. 

Sebab boleh nampak betapa struggle nya pesakit2 tu. Tak mampu nak buat apa. 

Tak dak daya tahan.. Bersin sikit pun dah serupa nak mampus. Nak makan minum semua harap orang. Sebab nak pegang cawan pun tak larat. 

Memang Allah bagi sakit sebab sayang.. Sakit tu ujian.. Tapi tu sakit yang Allah sendiri bagi. 

Tapi HIV aids sebabkan hubungan haram, tu kita cari sendiri kan.. 

Ada sebab kenapa Allah larang. 

Ni pun ada dengar2 dia ada mengubah part badan dia.. Bukan nak jaja aib si mati. 

Tapi aku rasa takut.. Aku rasa menggigil masa tulis. 

Zaman sekarang kan aktif gejala gay bagai. Tolong la berhenti. Kalau kena penyakit menyusahkan semua orang. 

Mungkin dihujung2 waktu Allah bagi kesedaran untuk taubat. Hidayah milik Allah. 

Tapi setiap kali rasa nak buat benda salah, tolong la bayangkan keadaan dalam kubur. 

Percaya la siksa kubur semua tu betoi. Tu belum lagi api neraka semua tu. Semua ni betoi, bukan cerita rekaan. 

Dah kat dunia dah siksa, akhirat lagi.. Ada sebab Allah tak bagi ubat untuk HIV aids. 

Sebab mostly penyakit tu datang kerana hubungan yang salah. Sikit2 ja orang tak bersalah terkena tempias. 

Allah nak kita ambik iktibar. Kita boleh elak semua tu. Putuskan rangkaian, tu ja ubat dia. 

Apa yang kita suka bukan semua baik untuk kita. Pedulikan la naluri ka apa ka, stiap benda kita mampu lawan.. 

Cuma kita nak dengan tak mau ja. 

Selagi kita tak kena, kita rasa tak dak apa. Tapi sekali kena, menyesal pun tak guna. 

Perahu terlajak ja boleh undur, tapi perbuatan terlajak Aids menanti. 

– m (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Ada betul ada salahnya post tt ni. Part teruk tu pilihan dia la. But aku sendiri HIV dah 9 tahun. Mkn ubat dan klau kau tgok aku mcm manusia sihat biasa, blh berlari, kerja, tunggang terbalik semua boleh. (Bkn nk bangga klau jga ubat, boleh)

    Cuma part tt momok kan kubur bla bla naluri mampu lawan tu aku nak bagitau. Aku disahkan MDD (gugel la) sbb berlawan dgn naluri. Aku stop percaya tuhan, baru aku willingly tak cuba bun*h dir! dan hidup sampai skrg.

    If guna ayat igt tuhan tu, mati nanti, kubur nanti, neraka nanti. Hati perasaan dah takde. Mati je aku nak. Sbb yg bg aku rasa ni dia, yg nak aku fight dia, kau dan semua.

    Sebab apa? Itu yg sebetulnya. Can’t relate dah

    • salah betul apa yang awak sangkakan itu dia dah aids .hiv elok jee sihat berbeza yeee orang degil dengan orang disiplin utk terus hidup!!
      jangan nak beza kan agama.
      kira ja manusia ..selagi manusia itu displin insyaallah 40 tahun boleh hidup .itu pon bukan mati aids la off course..banyak kan belajar lagi..stigma awak ni macam jijik sgt.blogger sampai sarap merosakkan akal manusia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *