Aku Ke Yang Aneh?

Aku nak cerita pengalaman aku mencari jodoh kat website islamik dan luahan hati aku yang sejak dua menjak ni jiwa makin rapuh dek pembawaan umur, haha.

Sedikit pengenalan, aku wanita bernama Tim umur almost 30 masih single dari rahim mak, member yang kongsi rahim dengan aku (twin) pun dah selamat kahwin dah.

Alhamdulillah happy for her even kadang-kadang ade rasa nak letup je rumah dia kat Equine tu sebab selalu pressure aku suruh cari belaki, bak kata anak buah aku yang umur 5 tahun.

Personaliti aku memang happy, funny & talkative. Bukan wanita alpha mega beta okay. Dalam circle kawan-kawan and family, aku lah manusia yang akan bagi puncline bertubi-tubi, and kalau tukang gelak tu memang aku lah paling kuat.

Yes I am your typical fat & funny friend. Cuma aku pun tak pasti bila, aku kerap menangis bila tinggal sorang2 kat rumah. Perasaan sunyi tu sangat lah makan jiwa aku.

Dulu-dulu kalau parent aku takde aku enjoy je dok rumah sorang-sorang. Aku ni sangat independent aku boleh pergi mana sorang je takde issue untuk aku so aku bukan lah jenis manja.

Jadi bila perasaan nak menangis ni selalu sangat aku rasa buat aku jadi tak syok lah kan. Tak sure la nak cakap faktor umur atau hormon wanita aku ni yang buat aku jadi sesedih ini.

Aku start serious mencari belaki tahun ni sebab parent aku kerap takde kat rumah, dorang balik kampung melawat mak cik aku yang single umur almost 60. Kadang-kadang dorang stay sana sampai seminggu dua.

Salah satu reason aku serious cari jodoh tahun ni sebab makcik aku jugak lah. Dia single, and tahun lepas dia stress sebab mungkin terlalu sunyi so dia kena depression. Berbulan dia tak makan sampai doctor terpaksa drip dia. Teruk gila depression dia mase tu.

Dekat rumah dia takde kawan nak borak, dia takde pergi kemana-mana sebab tak pandai drive. Barang dapur pun cousin aku yang duduk kampung tolong belikan so mak cik aku basically memang duduk dalam rumah je takde keluar langsung.

Dia pun memang tak suka keluar sebab kaki dia tak sama panjang sebab accident dulu so sakit sikit kalau berjalan lama. Aku agak takut nasib aku akan jadi macam makcik aku.

Sibling pun selalu gurau-gurau nanti ko jadik macam Mak Cik kalau tak kawen, dorang suruh cari calon belaki cepat-cepat.

Sekarang Alhamdulillah makcik aku dah sihat balik lepas berapa bulan admit psikiatri wad, sekarang dia hari-hari makan ubat untuk control penyakit dia. So far dia nampak okay boleh urus rumah dan masak macam dulu.

Okay back to me. Bila aku balik kerja rumah terasa sunyi sangat. Bila aku try call sibling aku kadang-kadang dorang tak angkat, tengah ajar anak buat homework la mengaji la dinner lah.

Kawan-kawan pun banyak dah kahwin takde masa nak lepak macam dulu. Dorang dah ade family sendiri so aku faham bukan selalu dorang boleh layan aku. So aku tak boleh harapkan orang selalu.

Jangan lah samakan aku dengan perantau yang memang duduk menyewa sorang-sorang di perantauan ya, aku salute korang sebab korang memang kuat. Aku dah terbiasa dari kecil duduk rumah, study pun dekat dengan rumah. And mind you jiwa aku dulu tak serapuh ini, haha.

Okay disebabkan aku dok rumah takde benda nak buat dan fikiran aku dah overthinking sampai ke bulan, terjebaklah aku dalam website cari jodoh Islamik ni. Bayaran mahal kome. Tapi takpe kugigihkan demi nak kahwin before mencecah 30 tahun sob sob sob.

Ada beberapa lelaki yang aku kenal tapi mostly cuma mesej dalam website tu je takde jumpa.

Lelaki dalam ni kan aku perasan gambar nye macam mugshot jail tau semua nampak kepala je lepastu muka masam mencuka, macam baru lepas kene luku dengan bini eh tapi belum kahwin lagi haha.

Cuba la senyum sikit manis la orang tengok kan. Kalau tak caya korang g website tu tengok sendiri kahkah.

Aku bukan lah alim, aku Tim hehe. Solat pun kadang lompong tapi bab relationship aku nak yang takde unsur maksiat. Please jangan trigger ye guys, lifestyle masing-masing so you do you. Aku nak yang serious nak berkenalan dan kalau serasi boleh teruskan ke next step.

Aku nak skip part hi awak dah makan, hi awak nak selfie harini or tanya benda tak penting contohnya macam awak suka colour apa.

Bagi aku umur macam ni cuba tanya pasal kerja aku, lepas kahwin boleh ikut suami pindah ke, boleh jadi surirumah lepas kahwin ke atau pertanyaan pasal asal usul family. Uish punya banyak contoh aku bagi.

Aku tak faham lelaki2 yang tengah mencari jodoh macam aku tapi kurang serious. Contohnya A umur 30-an, duda kematian isteri anak 2.

Sejujurnya aku tak kisah pasal status duda tu sebab aku memang nak family yang besar so aku tak kisah bab anak tu. Dia ni aku yang approach dulu sebab tengok bio dia agak okay. So tanya-tanya nama umur and tempat tinggal then conversation tu takde growth tau.

Dia asyik tanya buat ape tu, tak keluar ke harini, tak keluar ke malam ni, soalan macam budak-budak bagi aku lah. Atau aku sorang je yang rasa macam ni?

Then dia bagitau dia still tinggal dengan family arwah isteri, which is kakak arwah and anak buah. Parent mungkin takde dah sebab dia tak mention. Then aku macam blur sekejap, dia duduk serumah dengan ipar perempuan dia.

Aku tak nak judge awal sangat tapi lepastu dia ghosting aku. Okay fine aku pun rasa takleh go dengan dia. Sebagai seorang lelaki yang pernah berkahwin and umur pun 30 lebih kan so aku expect dia boleh carry conversation tu lebih mature lagi.

Then ade lagi sorang aku approach umur 32, dekat bio tulis orang Selangor and stay Selangor, bila mesej tanya details lagi rupanya asal Perak and sekarang dekat Sarawak kerja dah 4 tahun, apaan ini Miska. Masa isi form tu main tulis je ke macam mana confuse aku.

Aku approach yang area Selangor je sebab aku nak stay sini lepas kahwin. Kalau jauh sampai Borneo aku tak approach. Dia ni lagi aneh. Ejaan macam budak wicet padahal dia cakap dia dalam engineering industry, jaga project kat Miri.

Lepastu tanya aku tengah baring ke, which aku rasa if aku layan akan lead to another thing yang tak elok. Dia pun ade cakap dia g kedai beli shave. Macam pelik aku rasa. Ke aku je rasa macam ni guys?

Ade jugak segelintir lelaki yang memganggap aku ni wartawan, dia tu retis. Aku je tanya soalan dia cuma jawab. No two ways conversation. Kejadah, haha. Tolong la bantu aku fahami lelaki. Atau aku sebenarnya yang bermasalah?

Bila jumpa lelaki macam yang aku jumpa tu aku rasa macam takde hope dah nak jumpa lelaki yang berkualiti. Sebab aku cari dekat tempat cari jodoh islamik tau, bukan Tin*** sana lagi la dahsyat ramai yang cari teman sekatil yang tidak halal agiteww.

Yang suggests suruh aku join activity outdoor untuk cari jodoh ketahuilah bahawa kalian telah sesat, sebab aku tak minat benda-benda gitu.

Bukan semua orang minatnya sama kan. Aku lagi minat dok rumah. Sekarang aku tengah belajar Mandarin. Wo xiang zai ming nian jie hun haha tiber cakap cina.

Ikhtiar aku cari jodoh online tak mendatangkan hasil setakat ni, cuma mendatangkan stress je sampai aku rasa adakah aku yang aneh dalam dunia pencarian jodoh ni, atau aku belum jumpa lagi orang yang tepat. Tapi kalau belum bilakah aku akan jumpa.

Doakan aku ya gais semoga aku tak sedih lagi and aku boleh guna lagu berakhir sudah pencarian jalan cinta berlabuh di ikatan suci kita dalam story ig aku tahun depan. *insert gambar kahwin aku, haha.

Aku nak dengar pandangan korang pulak macam mana, share la sikit nasihat untuk aku tapi awas yang positif je sebab sekarang hati saya dah jadi tisu. Yang komen pedas-pedas tu aku doakan korang mimpi takde gigi tengah, rasain lo.

Okay sekian, terima kasih.

– Tim bukan Tom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Jangan give up cari ikut cara betul.. awak dah dewasa..kalau rasa x blh go jgn teruskan.. kalau rasa merapu terus tinggalkan.. ada asasnya kenapa awak rasa mcm xblh je. Percayakan diri awak.. banyakkan berdoa.. mintak saudara mara dan kawan² war warkan pencarian awak.. walaupun sy sdri berkahwin lpas abis belajar, ada kisah2 indah yg tuhan atur untuk 2 sedara yg kawin agak lambat sekitar umur 34 tahun..hajat mencari jodoh diwarwarkan dan disampaikan oleh sedara dan kawan²..niat yg baik..berakhir dengan baik..dulu masa sy belum kawen, pakcik² slalu pesan, jgn la kawen ngan kaki judi n dadah.. yg lain boleh lagi negotiate.. selamat berjaya.. semoga dipermudah.

  2. tak , awak tak keseorangan , saya pun sama . pelbagai platform dah cuba . yang islamik yang free tu takyah cakap dah . giveup and sampai tahap sekarang saya dah redhaaa . huhuhu . saya umur dah pertengahan 30 an . saya tak rasa jodoh saya di online . sangat susah , mungkin orang lain senang , tapi saya rasa saya juga aneh . hehehe . ada je yang redflag untuk saya . kadangkadang bab lelaki menaip gunakan patah perkataan wicet atau ejaan yang pelik pun saya turn off . ntahlerrrr . tapi saya faham perasaan awak . semoga awak dan saya dipertemukan jodoh dengan orang yang saling melengkapi kelemahan yang kita ada . tapi itulaa, jodoh online ni susah , bagi saya nak kena bertemu mata jatuh ke hati juga baru onz . hehehe .

  3. Hi Tim. saya rasa baik jangan kawin. Bukan apa, takut tersalah pilih. Sekarang ni lelaki ramai gay yang terdiri kerjaya profesional. cerita saya, kahwin umur 31 tau. dia 33. semua cukup pakej. Handsome , belajar tinggi, cerah, bergaya serba serbi A++. Tapi gay. Padahal dah tapis elok2 dah. dah kawin, baru tahu. Dorang ni pandai sandiwara. Ok tu bab gay. Ada pula jenis lelaki yang kaki perempuan, kaki dadah, kaki kikis, pemalas. jadi, takyah la kawin. sebab kalau dapat jenis-jenis tak guna ni, bila dah cerai pun hati masih sakit dan berbekas parut. Awak simpan ja duit tu dari habis buat kenduri. bab website islamic tu, hahhaha. saya pernah try dulu. mengarut sey. calon -calon dalam tu tak menarik langsung

  4. hi tim,kita pon dalam satu kapal.susah ye nk cari lelaki yang berkualiti zaman sekarang ni.kadang2 rasa nak pasrah je bab2 jodoh ni.huk3.pengalaman cari jodoh online ni,memang menyerabutkan kepalaaa

  5. first time akak komen kat sini, tim tlg jgn fokus pd jodoh tu. awak kumpul harta, beli kereta, beli rumah, enjoy life, travel overseas, kalau balik umah rasa boring, balik kerja g lepak taman, g solat kat masjid, tempat2 gini sll org baik2 ada. mana tau ALLAH lorongkan jodoh awak dekat org2 yg awak jmpa ni. tp please, jgn rasa terdesak nk kawen. kawen tu utk seumur hidup, dan seumur hidup tu utk selamanya.

  6. Dulu sy pun selalu rasa mcm tt..sedih sayu sbb sy duduk sorg..tp lepas sy amalkn 1 doa mathurat,. alhamdulillah xde dah rasa sayu sedih tu..oh ye sy bujang jgk umur thn ni 40 & masih single..

  7. weehhh, samaaaa. dah makin banyak umur ni rasa hati makin tisu. sikit je dah berair mata. lapar pun boleh emo. taktahu la faktor single ke faktor usia. HAHAAHA.

  8. Mungkin saya lagi aneh. Saya early 40’s tapi tak pernah sekali seumur hidup fikir coupling or kahwin. Saya jenis kenal2 lepas tu buang. Ada kawan tapi tak akan sekali pun make connection. If bumped on the street just say hi only. Saya ingat mereka tapi membuat connection bukan jenis saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *