Aku Nak Duit

Assalamualaikum semua. Aku Flower. Umur 33. Isteri, Ibu kepada 3 orang anak.

Tahun ni, tahun ke 7 perkahwinan kami. Sebelum kahwin, aku pernah bekerja. Berhenti lepas kahwin sebab kandungan fragile.

Lepas anak ke 2, dapat kerja. Tapi PJJ. Lepas setahun lebih, aku berhenti balik semula duduk dengan husband (Pokok aku gelarkan).

Sebab gaji 2k, separuh gaji aku bayar untuk pengasuh anak2. 500 transport tempat kerja. 150 hutang ptptn.

So tinggallah 350 untuk aku survive makan. Itu pun selalunya aku bawa bekal atau puasa. Banyak simpanan aku habis. Memang kerja semata untuk experience orang kata.

Kenapa aku kerja dulu? Sebab gaji Pokok 1.6k je. Aku nak tolong Pokok.

So, aku ada juga try tolong nak bisnes dari rumah. Macam2 aku try tapi mungkinlah aku ni memang payah beno orang kata nak empower bisnes tu, so semua bisnes aku tak menjadi.

Pokok ni suami yang baik. Makan minum cukup, rumah sewa dia bayar, keperluan asas semua ok. Dia pun rajin uruskan anak2 kalau ada kat rumah.

Tapi itu lah, pakej suami baik ni pasti ada kurangnya. Kurangnya, Pokok ni memang tak reti cari duit lebih. Dia fikir juga nak buat apa, tapi fikir punya fikir sampai sekarang lah tak dapat nak buat apa2.

Aku ada juga suggest tu ini, tapi semua tak kena. Yelah. Tak semua orang pandai cari side income. Sesuailah Pokok tu dengan aku. Aku ni pun tak ada lah seperfect mana.

So, apa yang paling buat aku triggered ni?

Tahun lepas aku ada lah follow kursus yang relate dengan IT. Konon nak join IT sebab aku minat, aim nak kerja boleh remote di masa akan datang. Dapatlah aku happily ever after dengan Pokok kat bandar kecil ni.

So lepas setahun, aku hunting job tapi tak dapat2. Padahal aku ni, tanyalah mana2 bos aku dulu, mesti diorang akan cakap aku perform, task semua aku boleh setel cepat.

Sampaikan kerja akak bakal pencen yang datang kerja tunjuk muka tu je pun kadang2 aku boleh back up sebab tak siap kerja dia, kerja aku tak boleh gerak.

Tu lah nak cite aku ni bagilah task apa pun, walaupun aku tak tahu buat tapi aku cepat catch up. Sajalah angkat bakul sikit. Hihi.

Tujuan aku cerita ni, aku tengok ada sorang adik beradik aku ni. Dia ni macam satu2nya dalam adik beradik yang belajar main2, result teruk masa sekolah.

Tapi end up senang je dia lompat2 kerja walaupun kerja dia tu aku lagi mudah faham dari dia. Tapi gaji dia jauhhh lagi besar dari gaji aku.

So part ni, aku rasa macam kenapa aku yang usaha dari kecil, belajar susah2 tapi at last dia yang main2, enjoy boleh dapat rezeki harta better dari aku? Aku dah mula persoal rezeki dari Allah.

Yang kedua, aku dah mula rasa aku tak nak dah buat baik dengan suami, anak2 sebab aku tak rasa benda tu boleh bagi benefit duit kat aku.

Aku rasa macam selama ni aku buat baik, tapi duit simpanan aku habis.

Kereta aku dari zaman bujang sampai anak tiga ni tak tukar2. Padahal kereta tu dah mula bunyi2. Anak ramai, dah tak selesa. (Fyi, kami sekeluarga ada 1 kereta, 1 motor).

Aku dah mula rasa tak bersyukur dengan kurniaan suami, anak2 yang baik ni kat aku sebab aku nak duit.

Kenapa susah sangat ye orang nak ambil aku kerja?

– Flower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Sis, jgn mcm tu sis. Syukur banyak2 sis. Posisi sis ni sebiji sama posisi akk. akk dh 40+. masa bujang keje. pas kawin bhnti, jaga anak pertama yg perlu full attention.. smpaikan akk lupakam cita2 akk demi anak. lahir anak kedua, 2014, akk cari keje sbb simpanan akk habis & nk byr ptptn. career break 6th pulak tu, Allah Maha Mengatur. Dpt rezeki keje balik, 2014-2019. then hujunh 2019 amik lagi career break, (bhnti keje) sbb anak pertama penyakit dia recurrent. then pkp lagi, & now 2024 akk mmg nk keje balik. simpanan akk out sis. tp now nk cr keje amat sukar, nk cari yg seswai dgn diri & umur akk. jd akk jd amat cerewet. Akk doakan sis dpt kerja. Doakan juga akk. Amin amin amin

  2. assalamualaikum, confessor. kita sebaya, alhamdulilah saya masih bujang, kerja professional dan gaji lebih daripada cukup. tapi perasaan kosong tu tetap ada, duit pun xtahu nak belanja untuk apa… teruskan usaha, didik anak2 di zaman yang banyak fitnah ni. cari masa hargai diri sendiri walaupun benda kecil je, buat hobi ke etc… mmg susah nak berlapang dada tapi rezeki orang lain-lain… u can do it

  3. Usaha lagi sis. InshaAllah ada rezeki dekat mana-mana tu. Mungkin adik sis nampak main-main. Mana tahu dia rajin sedekah, dekat dengan Allah. Sebab tu urusan dia mudah. Suruh parents doakan mudah dapatkan kerja. Jangan persoalkan soal rezeki. Itu jalan syaitan nak hasut kita. Selagi masih bernafas, selagi tu ada rezeki kita. Semoga dipermudahkan urusan.

  4. Salam sis,

    Rumahtangga nih teamwork, kalau satu orang jalan, satu lagi duduk, memang tak jadi apa, jadi saya sarankan sis bincang dengan suami, buat BIG MEETING, sis tak boleh syok sendiri dalam meeting penting nih, impian masa depan rumahtangga sis mesti kena selari dengan impian suami. Tidur sebilik, tinggal serumah tak akan impian berbeza kan.

    Bincang dengan suami, berapa jumlah simpanan antara suami dan sis nak ada dalam setahun, untuk kukuhkan ekonomi keluarga, SAVE first. Buat account bank bersama, tulis berapa jumlah suami, berapa jumlah sis. Latihan menyimpan dulu.

    Bila sis dah bagi tugasan pada suami, sama sama cuba sedaya upaya untuk penuhi tanggungjawab masing masing, ada manusia benda kena depan mata baru dia buat, kalau tak, out of sight, out of mind. Tak nampak depan mata dalam otak pun tak wujud.

    Lagi satu boleh cari apa kereta impian sis dan suami, tempat percutian impian bersama, nak pergi umrah atau haji bersama, apa sahaja, janji bersama, dari situ baru tahu berbaloi tak penat lelah pekerjaan sekarang dengan impian yang nak dicapai.

    Dah cari tahu impian bersama, latihan simpan bersama, baru sis tahu selama nih apa masalah suami, suami pandang wang nih sebagai apa, yang utama atau ke dua, atau ketiga atau last dalam kehidupan dia. Suami pun akan mudah faham apa pandangan sis tentang wang, pengetahuan akan menghapuskan perbezaan.

    Wujud sis lelaki yang pandang duit sebagai benda negatif, lagi banyak duit, susah nak tidur takut kena rompak, banyak duit nanti isteri pasang badan cari jantan lain, banyak duit nanti isteri suka sebab duit jer, tak ikhlas, banyak duit nanti kena santau bagai, orang dengki.

    Manusia yang pandang positif pada duit memang senang duit melekat, ada duit dia sedekah, dia tolong sedara mara, dia upgrade kenderaan bawa makpak dan family jalan ramai ramai. Ada duit banyak dia bayar zakat emas, zakat tanah, dll. Duit makan tak habis.

    Saya cuma minta sis laser fokus ke family sis sahaja, jangan pandang orang lain, yang sis perlu baiki itu hubungan suami dengan wang, semua lelaki yang banyak duit ada hubungan baik dengan wang, iaitu handal menyimpan. Nak belikan dia buku kewangan boleh tapi praktikal lebih bagus.

    Tutup salam.

  5. sis, kadang-kadang apa yang kita idam-idamkan sangat tu yg Allah uji. tenang, dan banyakkan bersyukur. Jangan pandang semua benda yang kita buat ni kena ada timbal balas dari segi duit, bahaya tu,

  6. Assalamualaikum, since adik ni tadi memberi salam jadi akak faham benar adik seorang Islam, tahniah adik telah melalui fasa seorang manusia, dilahirkan, membesar, diberi pendidikan, bekerja, bekeluarga, dulu akak kerja sektor swasta gaji besar level M40 sekarang, tapi solat setakat solat, buat kerja nak cari pengiktirafan, selalu iri kalau orang lain dapat lebih, sebelum covid berhenti kerja nak jaga emak sakit, gamble je berhenti, ikut pengalaman orang berhenti kerja jaga emak nak cari keberkataan, tapi tertinggal satu perkara Lillahi Taala, terdahulu suami ada masalah kemurungan dan dibuang kerja, jadi akak pasrah je jadi bread winner, tanggung anak2 bersekolah, pun niat masih belum Lillahi Ta’ala. Covid melanda, business tak jalan, masa sebelum covid terkapai2, namun kemudahan yang diterima semasa covid membantu bangkit semula, hinggalah ditawarkan bekerja di rumah anak2 yatim, diminta oleh lembaga pengarah yang tahu bakat akak dalam management. Entiti fisabilillah, dorang bayar gaji pada kemampuan ekonomi dorang, gaji memang bawah paras gaji minimum semasa… dalam realiti zaman sekarang kalau ikut akal manusia yang 1-1 jadi 0, maka 0 lah kan, tapi segalanya bermula dengan Lillahi Ta’ala, dapat tawaran kerja x tanya gaji berapa, dapat surat offer barulah tahu kadar gaji tu, perkara pertama yang keluar InsyaAllah cukup. Alhamdulillah cukup, dah hampir 4 year berbakti dengan niat yang betul Lillahi Ta’ala, kalau orang yang berfikiran capitalism, cerita ni mengarut.. tapi betulkan niat sebagai isteri Lillahi Ta’ala, sebagai ibu Lillahi Ta’ala dan sebagai anak Lillahi Ta’ala, tahun lepas emak akak meninggal dunia, bapa mertua yg sangatlah sayang pada akak pun telah pergi juga, kehilangan yang besar untuk akak dan keluarga. Namun Allah beri berjuta hikmah, setelah kehilangan itu. Antaranya rumah diberi percuma, kereta diberi percuma, anak2 pencapaian baik dalam pelajaran, gaji juga semakin meningkat.

    Allign pemikiran dulu dik.. keluar dari pemikiran wanita yang biasa-biasa, ikhlas kan setiap pemberian dipangkalkan dengan Lillahi Ta’ala, syukur apa yang ada, hidup bukan tentang duit sahaja, syukur kita bersuami, ada orang yang tak berpeluang bersuami sampai mati, syukur dapat besarkan anak depan mata sendiri, ada orang keluar bekerja, anak orang jaga, pun mati, kita tak dapat saksikan, ada orang pegi kerja dapat gaji yang besar tapi 20 tahun kerja 20 tahun stress. Jangan jadikan duit matlamat utama. Duit yang akan stresskan kita semula. Suami tu ujian Allah.. pergi dari satu suami ke satu suamipun tetap ada ujian. Sebeb suami tu cuma insan (ini ayat beradab- ayat berdebah tu fikirlah sendiri).

    Jangan stress-stress pasal duit, boleh darah tinggi, dapat darah tinggi lagi risiko (akak dah ada darah tinggi baru sibuk nak belajar mengurus stress).

    Akak nak adik nanyi lagu Heal raya sudah Syukur apa adanya. google je..

    Lagi satu kurangkan tengok drama kalau kita jenis tak berfikiran abstrak kita akan mudah terpengaruh dengan drama, kitapun akan hidup dalam drama.

    Hidup ni tentang hikmah dik, setelah lalu berliku-liku ujian, nilailah hikmah, yang buruk dan lemah tu memang dari insan, manakala yang baik dan bermanfaat tu daripada Tuhan.

    “Maka nikmat Tuhan yang mana satukah engkau dustakan”, Ar-Rahman, 55 AlQuran.

    Semoga Allah berikan apa yang dihajati.

    • org jg mak nk cri kbrkatan?kte jg mak ayh sbb tu antra amln plg utama,jg mak ayh klu rzki xbrubah pn xp,sbb kte nk phala full,ble niat nk rzki kte tkut blh jd phala akhrt dsgerakn ats dnia,dlm hdis nk luas rzki adlh smbung silaturahim,jg mak ayh trmsuk jg tp bkn trhad pd itu

    • Ada jg hdis sbut, sorg yg brjihad krn Allah kemudia trima ghanimah, 2/3 phala akhrt dsgerakn ats dnia, tinggal yg brbaki 1/3 d akhrt

  7. semoga awak dimurahkan rezeki dilapangkan dari segala masalah, diberikan kesihatan yg baik.
    semoga kita sama2 dalam hati yg sentiasa bersyukur dgn segala nikmat Allah sama ada nampak atau tidak, amin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *