Bila Suami Tak Sokong Isteri Berniaga

Assalamualaikum admin dan readers. Seperti ramai orang masa kini yang menceburi bidang bisnes di FB, IG dan socmed lain, saya juga PERNAH cuba untuk berbisnes atas dua sebab; minat dan keinginan untuk menambah pendapatan.

Saya pernah menjual produk balm bayi secara kecil2an. Masuk group yang dibimbing leaders yang cukup bertauliah dan baik. Saya cuba sedaya upaya iklankan produk di FB dan IG. Seronok sngat bila buat poster sendiri, kawan2 like dan dapat sale tidak kira kecil atau besar. Sebab atas dasar minat.

Namun, tak dinafikan, nak menjual ini perlu komitmen. Disebabkan saya dah berkahwin dan mempunyai anak kecil. Saya banyak berkorban tenaga untuk bahagi masa untuk menjaga anak, menguruskan rumah, memastikan makan minum suami terjaga, menguruskan kerjaya hakiki dan disamping itu mencari masa untuk urus bisnes kecil saya terutama di sosial media.

Mesti ramai dah tahu taktik niaga sekarang, FB dan IG jangan lekang. Sentiasa update status personal, soft sale, hard sale dan update status2 yang boleh menarik kawan2 atau orang membaca untuk jadi followers kita. Cukupkan 5000 friends dan sebagainya. Memang phone atau laptop harus jadi sahabat baik kita lah… Nak buat poster jualan lagi untuk tarik pelanggan. Haha. Macam2.

Tapi… Mungkin ada akak2 diluar sana yang alami perkara yang sama dimana suami tak setuju untuk si isteri berbisnes. Tak bagi restu. Suami Cakap buang masa. Lebih baik jaga anak dn jaga suami… Haaa. Itu yg terjadi pada saya.

Suami walaupun takder marah2 tapi dia memang tarik muka bila saya post status2 tak penting di Fb. Post barang2 jualan tapi sekali post pasal apa masak hari ni, buat apa hari ini, pergi mana hari ni… Ini taktik niaga nak tarik friends. Tak boleh hard sell jer. Suami seorang yang private dan mengharapkan saya juga tidak dedahkan terlalu banyak di sosial media. Dia juga ungkit untuk saya stop sebab perlu luangkan masa dengan anak dan suami.

Pada awalnya, saya memng memberontak. Tegur suami tak support minat saya walaupun niat untuk cari duit tambahan dan minat berbisnes. Kadang2 saya dengar cakapnya dan kurangkan sosial media. tapi bila dapat sale, suami tak tumpang gembira. Walaupun dah slow talk dengan suami untuk beri restu dan fahami minat saya, suami berdiam tak berkata2. Tak kata ya. Tak kata tidak.

Ia buat saya jadi sangat sedih. Namun, Allah nak tunjuk rezeki isteri terletak pada redha suami yang soleh, hidup saya tidak tenteram. Walaupun buat sale, tapi rumahtangga suram mungkin sebab suami tak restu. Anak saya mula bina sikap tantrum. Mungkin sebab ibunya sibuk dengan sosial media. Kerja hakiki saya tak sempurna sebab sambil2 ada free time di tempat kerja, sibuk update status atau buat sale. Jadi saya buntu… adakah hidup tak tenang kerana redha suami?

Ada suami support bisnes isteri, support isteri bawak nak buat cod dengan senyuman, support bisnes isteri dengan tolong sama2 jaga anak dan kemas rumah. Tapi, rezeki saya dapat suami yang berbeza dengan suami orng lain.

Pada hujung tahun lepas, saya niat untuk stop bisnes. Walaupun makin ramai yang minat nak beli produk dengan saya. Tapi, Allah terbitkan rasa bersalah dalam diri saya sebab ingkar kata suami. Ingkar niat suami yang baik. Saya nak tengok sendiri, jika saya stop bisnes ni, adakah hati saya akan mula tenteram.

Kini, sudah hampir 3 bulan saya tak bisnes. Tak promote apa2. Saya stop update bukan2 di FB. Bila nak post, saya tunjuk dulu kepada suami minta izin dia boleh post tak… Alhamdulillah. Hidup saya lebih bahagia. Saya dah tak runsing kejar sale.

Tak runsing nak follow challenge or competition yang leader buat di group sale. Tak terkejarkan nombor. Nombor untung, nombor like dan nombor followers… Tak fikir dah… Dulu tengok geng2 sale lebih banyak untung ada sikap jeles. Sekarang belek whatsapp group dapat sale beribu, saya tersenyum sebut Alhamdulillah rezeki dia. Langsung takde sikap dengki.

Hidup saya di rumah dan di tempat kerja makin ceria. Makin tenang. Rutin harian saya lebih bermanfaat sebab lebih diluangkan dengan masa bersama2 keluarga dan di bila ditempat kerja, saya tumpu betul2 pada kerja. Handphone dah jarang sangat nak buka kecuali bila waktu rehat atau tengok group telegram kerja. Haha.

Alhamdulillah. Suami pun ucap terima kasih sebab dengar cakap dia. Jadi, pengajaran daripada ini. Jika si isteri nak berbisnes, dapatkan redha dan restu suami kerana syurga kita ada pada keredhaan suami yang soleh. Jangan kerana nak bisnes, nak duit, kita lupa apa yang penting pada mata Allah. Sekian. Terima kasih.

– WIFE

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *