Cara Saya Ajak Anak Mengenal Abjad

Cara saya ajar anak mengenal abjad & nombor (biasanya saya lakukan dalam kereta je).

Sejak anak pertama, saya dah praktikkan cara ni..

Bila dalam kereta saya suka berinteraksi dengan anak. Tanya apa belajar di sekolah hari ni. Nak makan apa, dan sebagainya.

*pastikan tumpuan pada pemanduan !!!

-Umur 3-5 tahun

Saya akan suruh anak saya tengok *NO PLATE* kenderaan di hadapan saya, di lampu isyarat… Dari situ, dia belajar mengenal abjad & nombor. Cukup sekadar 5-10 biji kereta.

Pastu tanya je NO PLATE kereta di depan + WARNA KERETA (BM/BI)

-Umur 5-7 tahun

Untuk mengira pula, nombor plate digunakan juga. Soalan KBAT ni !!!

Jari jemari digunakan..
Contoh,

NO PLATE :

XXX 323 :
3+2+3 jawapannya apa?

XXX 723 :
7-2-3 jawapannya apa?

Begitu juga membaca..
Contoh,

NO PLATE :

ADK XXX

A untuk: Ayam, Anak
D untuk: Dadu, Dodol
K untuk: Kelapa, Kopi

*banyak signage di JALAN RAYA boleh digunakan.

-Umur 7-9tahun

Bila anak di sekolah dah mula belajar sifir, saya akan menyuruhkan hafal dan dia membaca di dalam kereta semasa hantar ke sekolah.

Saya juga akan menguji tahap kecekapan sifir anak.

Contoh,

1. 4×5: ?
Jawapan : 20

2. 48 : ?
Jawapan : 6×8, 8×6, 4×12, 12×4

3. Baca sifir dari bawah.. 12×2, 11×2……

Alhamdulillah, dengan praktikkan semua ini :

Anak pertama saya berjaya dalam pelajaran (top#3 dari darjah 1-3)

Yang kedua – masih belajar membaca & mengira menggunakan jari.

Yang ketiga – masih dalam buai lagi, kikiki.

Sekian, semoga bermanfaat.

– Mazlan Omar

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *