Aku Jauh DaripadaNya

Aku Jauh DaripadaNya

Assalamualaikum semua. Aku ni doktor perempuan, masih tak kahwin – part ni relate dengan cerita bawah, bukan nak promo diri, haha.

Kerja di hospital (karang mesti ada jawab, doktor memang la kerja hospital, hahaha alaaa doktor pun boleh kerja kat klinik, jabatan kerajaan, kem askar, dan sebagainya.)

Aku nak cerita bertapa lalainya aku dan jauhnya aku dari Tuhan. Okey, jadual kerja aku tak menentu, but basically dari 7 pagi sampai 10 malam, itu pun selalunya nak dekat jam 11 malam baru boleh balik.

Part 1 – solat

So dari 7 pagi sampai 10 malam tu ada zohor, asar, maghrib which basically, aku selalu terlepas semua waktu ni, sampai tahap aku rasa nak nangis ya Allah!

Time aku ready nak gerak ke surau tu mesti ada orang panggil “Dr !!! New case. Takpun Dr !!!! patient desat, takpun colleague minta tolong, “wei tolong aku pasang branula urgent nak resus patient ni”.

Tapi ada je orang yang mampu solat. Hemmm entahlah, ke sebab aku tak pandai susun masa. Surau pula jauh. Adalah satu achievement yang besar kalau aku dapat solat dan masa tu aku akan sujud, dan rasa “Ya Allah indahnya hari ini”.

Bila dah diakhir waktu dan aku still dengan patient aku mesti cakap dalam hati “Ya Allah ! Percepatkanlah aku manage patient ni untuk aku beribadah kepadaMu” Tup tup handphone bunyi azan. Entahlah macam mana aku nak gambarkan perasaan tu.

Kalau oncall pula, mesti tak sempat nak solat subuh. Time aku nak solat subuh tu la boss aku datang nak tengok new case tak pun time tu la ada new case masuk which aku kena clerk sebelum jam 7 pagi. Itu belum lagi time aku nak gerak solat Subuh tu la kena gi CPR. Haha aduh.

Solat pun peluh2, baju ada darah sikit, kadang kadang tu ade la tersepak bekas urinal patient tapi memang tak la aku sempat nak tukar baju. Aku hanya mampu doa “Ya Allah, terimalah solat aku ni”. Huhuhu.

Kadang kadang kalau balik kerja penat sangat, sampai lebih 24 jam tak tidur, aku balik tu tidur sampai terlepas solat2 yang lain. Solat sunat apatah lagi. Aduh.

Part 2 – ikhtilat

Basically kalau aku nak makan tu, aku nak ada orang depan mata aku. Tak kesah lah lelaki ke perempuan. Siapa je ajak aku keluar makan, aku okey je. Melayu ke, Cina ke, India ke. Sebab aku lapar, penat dan nak membawang masa makan, haha.

Kadang2 berdua, naik kereta sekali. Malam pulak tu. Dan hati aku tak rasa serba salah pun. Hilang rasa malu. Aku memang tak ada perasaan dan niat apa pun dengan sesiapa yang aku keluar tu. Aku nak makan je. Thats it.

Tapi tiba tiba ada satu hari tu lepas aku solat zohor, aku rasa something wrong. Hati aku terdetik, “Apa yang aku buat ni?”

Aku dah tak ada perasaan berdosa dengan semua yang aku buat. Dulu aku bukan macam ni. Aku tak keluar makan dengan lelaki. Berdua apatah lagi. Sekarang ni aku rasa macam jahat sangat. Ke sebab aku lalai dalam solat. Aku pun tak pasti.

Ada banyak lagi nak tulis. Tapi aku penat sangat ni, baru lepas lari2 kucing dalam ward. Maaf lah kalau ada yang tak berminat dengan cerita ni atau rasa bosan. Aku cuma rasa nak luahkan. Apa yang terpendam selama ni.

Doakan aku cari jalan keluar. Doakan aku untuk berubah. Aku kena berubah. Doakan :)

– AKU

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit