Tawassul dan Redha

Assalamualaikum. Hi semua. Nama aku Ezaie. Umur? Rahsia laaa.. hehe. Yang pasti aku dah cukup tua dengan pengalaman. Aku nak cerita pasal Tawassul dengan amalan dan keredhaan Allah tu terletak atas keredhaan kita juga. I don’t know how to start with.. sebab benda ni jadi banyak kali. So aku ambil 2 kisah paling besar dalam hidup aku lah.

Masa aku sekitar umur 14 tahun gitu, aku pernah kena serangan asma akut (accute asthma). Dari aku kecil umur 5 tahun lagi aku dah ada asma sebenarnya cuma aku jenis tak ambil berat sangat. Budak lagi masa tu kan. Sampai la aku 14 tahun aku hadapi asma yang sangat teruk. Aku ingat lagi masa tu aku rasa pening kepala so kakak aku beri aku koyok maka aku tampal lah koyok tu dekat dahi. Elok tampal je aku dah mula rasa dingin dan sempit salur nafas aku, aku terus masuk bilik ambil vicks sapu untuk cair kan kahak dan lapangkan dada aku. Tapi aku perasan tak jalan weih…

Selalunya akan reda sikit lepas guna vicks :(.. Kakak aku masuk bilik tanya ok ke tak, masa tu lah aku perasan tangan aku dah kejang macam orang kena stroke dan mata aku dah ke atas dan langsung tak terasa sebarang udara yang masuk dengan berpeluh dingin sekali. Aku tahu masa tu yang ajal aku dah sangat hampir, entah macam mana aku boleh berfikir nak tawassul dengan amalan, aku kata dalam hati “Ya Allah walau aku tak sempurna jaga arwah mak aku tapi aku harap Kau nampak pengorbanan aku dan aku redha andai ini masa aku. Aku redha andai aku kena seksa dalam kubur sebab aku tak de kesempatan lagi untuk mohon taubat”.

Tapi…. Di sini tanda Allah dengar kata hati aku, Dia tahu aku perlu lebih masa untuk bersihkan dosa aku, habis je aku sebut dalam hati gitu tiba-tiba aku dah boleh tarik nafas dengan sangat lancar dan dalam-dalam. Serius aku rasa aku dihidupkan semula. Terima kasih Tuhan sentiasa payungi aku dengan peluang demi peluang.

Ni cerita kedua aku yang jadi tahun lepas, masa hujung desember aku balik kampung dengan abah aku nak kemas rumah dan memang niat aku nak tolong ayah aku walau aku tak larat sangat sebab aku masih sakit lagi masa tu. Aku ada masalah Osteomyelitis (google) so akan sebabkan kaki aku kerap sakit. Petang hari keenam aku di kampung aku dah start selesema dan pening nak pitam. Aku bertahan sepanjang malam sampai esok paginya untuk ke klinik.

Bila pergi klinik still sama asma aku tak resolve even dah 2× nebs diberi. Sampai aku dikejarkan ke Hospital masuk red zone dan ICU, Dr diagnosed dengan Aeba Cap 2. Kalau ikut keadaan memang kritikal dan lambat untuk sembuh dan Ya!!. aku masih buat benda sama, Tawassul dengan amalan aku agar Allah lebih mengasihani aku, aku cakap aku redha dan moga Allah nampak susah payah aku tolong ayah aku kemas rumah je pun, haha. Dan Alhamdulillah aku admitted hanya 4 hari sahaja.

Aku nak kita banyak-banyak redha dengan Allah dan segala ujiannya, sebab dengan asbab redha kita tu Allah pun lebih-lebih lagi redha dan kasihani kita as hambaNya. Redha ni sebenarya salah satu cara menunjukkan kita hamba dan Dia Tuhan.

Bye.. sayang korang as brother and sister. Thanks admin kerana turut siarkan banyak posting yang baik2 dan motivasi moga admin turut dapat pahala. Aku suka baca tips asb dan kisah pasal butan (https://iiumc.com/mak-rambutan-ii/) tu.

– Ezaie

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *