Cara Menghafal dan Mengamalkan Bacaan Al-Quran

Assalamualaikum semua pembaca iium confession… Saya menulis hanya untuk berkongsi cara saya menghafal surah panjang dan menjadikan al quran bacaan harian kita.

Alhamdulliah saya berjaya menghafal surah Yasin, surah Ar Rahman dan surah Al Waqiah. Lepas ni boleh cuba hafal surah lain pula, insyaaAllah. Saya bukan nak berlagak, hanya berkongsi cara agar orang lain dapat juga mengamalkan. Saya bukan ustazah, bukan alim juga, Saya hanya hamba allah yang cuba mencari jalan untuk memperbaiki diri sebagai hambanya.

Setiap hari dalam perjalanan ke pejabat saya akan buka surah2 ini. Begitu juga dalam perjalanan balik. Alhamdullilah, bukan saya sahaja dapat hafal surah2 ini, anak2 saya berumur 3 & 5 tahun juga boleh hafal sehingga 20-30 ayat. Walaupun tidak hafal sepenuhnya tapi saya bersyukur sangat. Kebanyakan budak lagi cepat menghafal dalam bentuk lagu.

Saya bermula berminat mendengar bacaan al quran ini setelah mendengar bacaan dari Muzammil Hasbullah dan Taqy Malik. Ia sangat.. subhanallah sangat2 merdu di dengar. Bacaan mereka menyebabkan saya rasa sebak dan jatuh cinta untuk mendengar setiap hari.

Bacaan mereka memang akan buat kita tidak rasa bosan atau mengantuk bila mendengarnya. Secara tidak langsung saya juga membaca mengikut alunan mereka. Kadang2 kalau tidak buka pun, saya secara tidak sedar menyanyi2 di dalam kereta. Macam kita menyanyi lagu kegemaran kita.

Sungguh hebat penangan bacaan al quran dari mereka ini ke atas diri saya sekeluarga. Malam selepas solat mahgrib saya akan membaca al quran di rumah pula. Saya jadi seronok kerana dapat baca dengan lancar plus boleh membaca dengan berlagu. Malam masa nak tidur pun saya buka surah2 ini. Anak pun senang dan mudah nak tidur. Ini pun salah satu cara mereka mengingat. Macam kita cerita bedtime story.

Ini sahaja perkongisan dari saya. Harap bermanfaat kepada semua. Semoga kita semua dapat mengamalkan bacaan al quran dalam kehidupan seharian kita. Amin.

Terima kasih.

– AR

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *