Jangan Ubah Niat

Ramai rakyat Malaysia yang akan mengerjakan ibadah umrah. Bagi mereka yang telah di jemput Allah memang akan timbul perasaan tidak sabar ke sana. Sebelum ke sana kebanyakkan kita akan pasti mempelajari selok belok dan pantang larang sewaktu melakukan ibadah umrah. Itulah persiapa kita.

Ingin aku ceritakan kisah tentang diriku sewaktu melakukan ibadah umrah pada tahun 2010 bersama isteriku. Sebelum kita melangkau kisah ini, marilah kita sama-sama mengimbau kisah kehidupanku. Aku berkahwin dengan seorang gadis yang cukup manis senyumannya bernama Siti Aishah binti Zakaria. Perkahwinan kami cukup bahagia.

Pernah aku melihat isteriku menangis. Jika ini berlaku, akulah orang yang paling gelabah sekali. Sangkaanku mungkin isteriku berjauh hati dengan sikapku.

“ Pasai apa Siti menangis.” Tanyaku kepada isteri.
“ Siti rindu nak ke Mekah.” Sambil melihat mereka yang di jemput Allah mengelilingi kaabah di kaca televisyen.
“ Jom esok kita ke Tabung Haji daftar haji.” Kata kepada isteriku.

Akhirnya keesokkan harinya kami ke Tabung Haji untuk mendaftar dan telah mendapat untuk mengerjakan haji pada tahun 2021. Terlalu gembira isteriku ketika itu. Katanya tidak sabar menanti saat itu.

Pada September 2008, isteriku tidak sihat. Sekali sekala dia batuk dan muntah darah. Rata-rata aku pergi merawat mengatakan yang isteriku telah di santau. Aku terus bawa isteriku ke Hospital Pantai. Doktor mengesyaki isteriku mendapat penyakit tb dan setelah hasil ujian darah mendapati isteriku tiada sebarang sakit. Aku membawanya ke Kelantan untuk berubat.

Ustaz di situ juga mengatakan yang isteriku di santau. Badanya panas membahang. Batuk berdarah dan badan berbau. Itulah tanda-tanda seseorang itu terkena santau. Aku membawanya pulang lalu berjumpa ustaz yang aku pergi. Katanya dia telah guna segala ilmunya untuk mengubat isteriku. Dia menyarankan agar aku membawa isteriku ke hospital. Aku aku dan membawa isteriku ke hospital.

Akhirnya hasil ujian, doktor mendapati yang segala organ dalaman isteriku telah hancur. Aku menerima berita ini dengan hati yang amat sedih. Sanggup menusia melakukan perbuatan terkutuk terhadap isteriku. Kata doktor, kami perlu bersedia menerima kenyataan yang isteriku akan meninggalkan kami pada bila-bila masa saja. Kami di beri keizinan untuk membaca ayat-ayat suci al quran,

“ Siti. Terlalu berat abang nak melepaskan Siti. Kalau ini takdirnya, abang lepaskan Siti dan abang ampunkan segala dosa-dosa Siti walaupun Siti tiada dosa bagi abang. Siti pergilah dengan tenang. Kita akan bertemu kelak.”

Akhirnya pada tanggal 18 Disember 2008 nafas pernafasan digital yang di guna isteriku mula menurun. 20, 19, 18, 17….10, 9, 8…2, 1__________Isteriku telah pergi buat selama-lamanya. Aku memeluk isteriku. Aku terlalu merinduinya. Hilang sudah orang yang banyak membantu dan memberi kata-kata semangat terhadapku.

“ InsyaaAllah Siti. Nanti kita akan ke Mekah.” Itulah janji-janjiku pada Siti Aishah. Kini musnah segala impian kami untuk menunaikan haji bersama.

Di pendekkan cerita dengan berkat pertolongan rakan-rakan arwah isteriku, aku telah di jodohkan dengan salah seorang rakan mereka pada tahun 2009 yang bernama Rosnah binti Omar. Pada tahun 2010 seorang sahabat telah menaja kami untuk menunaikan ibadah umrah. Aku begitu gembira sekali.

Kadang-kadang terbayang arwah Siti Aishah menangis ketika melihat kaabah di kaca televisyen. “Bang…Siti rindu nak pergi Mekah”. Saat ini hati aku begitu sayu kerana dia tidak dapat bersamaku. Mendengar kami akan menunaikan ibadah umrah maka jiran tetangga serta rakan taulan datang menziarahi kami. Banyak dikongsi juga pengalaman mereka sewaktu di Mekah dan Madinah.

Aku cukup teruja bila mendengar kisah berdoa agar dapat melihat orang yang tersayang di sana. Dapat melihat bukan bermaksud meliahat seperti sekarang ini tapi ia hanyalah bayangan orang yang kita rindui. Teringat saja kaum keluarga maka wajah mereka dapat di lihat di sana. Sedikit demi sedikit niat aku sudah mula berubah. Dari demi kerana Allah telah berubah agar aku dapat melihat isteriku yang tercinta. Aku terlalu rindukan isteri ketika itu. Batin aku amat tersiksa. Hanya Allah saja yang tahu betapa tertekannya perasaan bila tiba-tiba saja dia sudah tiada di depan saya.

Tiba tarikhnya kami berangkat menuju ke Madinah. Pijak saja bumi Madinah aku sudah mengalir airmata. Aku sendiri tidak percaya yang aku telah berada di Madinah. Ketika memasuki Raudah, aku tidak putus-putus berdoa agar Allah memperlihatkan wajah Siti Aishah yang amat aku rindui namun hampa. Aku terus berdoa di tempat yang mustajab doanya. Juga tidak kelihatan wajah isteriku. Aku terus gelisah sebab keesokkan harinya kami akan ke Mekah. Wajah isteriku masih tidak kelihatan. Keesokkan harinya kami menuju ke Mekah. Bergema di dalam bas….

” Labbai Kallah Hum Malabbaik. Labbai kala syari kalakalabbai. Innal hamda. Wanniaqmata. Lakawal mulk. La syari kalaq “. Menangis kami semua di dalam bas. Isteriku yang berada bersebelahanku sudah beberapa kali menyeka airmatanya. Aku berdoa agar Allah dapat menerima kami ketika berada di tanah haram. Bila memasukki Mekah dan melihat sendiri Kaabah terbentang indah, airmata terus jatuh berderai. Aku terus berdoa.

” Ya Allah izinkan aku melihat Siti Aishah. Aku terlalu merinduinya “. Itulah ayat pertama yang keluar dari mulutku. Selesai umrah, aku masih berdoa dengan doa yang sama. Tapi wajah Siti Aishah masih juga tidak kelihatan. Aku memandang di sekeliling kaabah. Hampa perasaanku.

Keesokkan harinya aku melakukan ibadah umrah untuk Siti Aishah. Badan aku sudah terasa kepanasan. Selesai tawaf dan solat, aku terus berdoa… ” Ya Allah. Izinkan aku melihat Siti Aishah. Aku terlalu rindukannya “. Tiba-tiba aku dapat merasakan badanku menjadi lemah. Badan aku seperti melayang keatas dan dapat melihat isteriku sedang berdoa. Aku dapat melihat ramai orang sedang melakukan tawaf. Suara mereka begitu bergema. Aku menjadi takut. Adakah ajal aku sudah sampai. Aku berdoa lagi kepada Allah…

” Ya Allah…Aku berdosa padamu Ya Allah. Niat aku telah lari dari asal. Aku datang bukan keranamu tapi kerana ingin melihat wajah isteriku. Ampunkan dosaku Ya Allah. Aku masih mempunyai anak yang memerlukan kasih sayang seorang ayah. Aku buat semua ini sebab terlalu rindukan Siti Aishah. Tolonglah hambamu ya Allah. Ampunkan dosaku. Aku tak akan meminta lagi Ya Allah “.

Tiba-tiba aku merasa seperti di tarik ke badan aku kembali. Isteriku memegang aku. Risau dia kerana aku kelihatan begitu pucat dan tidak bermaya.

“ Kenapa bang. Nah tengok abang lemah saja ni.” Kata isteriku.
“ Abang rasa macam ruh keluar dari badan abang. Abang terpung di udara dan dapat lihat badan abang sendiri dan orang ramai.” Kataku kepada isteri.

Dia menyarankan aku agar menggunakan khidmat kerusi roda ketika melakukan saie. Ketika berada di atas kerusi roda, aku menangis mengenangkan dosa aku terhadap Allah. Namun masih terdetik di hati agar Allah izinkan aku melihat Siti Aishah walaupun seketika. Selesai selesai umrah untuk isteri, kami pulang ke bilik. Akibat demam dan keletihan, aku pun tertidur. Aku bermimpi Siti Aishah datang kepadaku dengan pakaian ihram. Tersenyum dia melihat aku. Manis sungguh dan inilah wajah yang saya rindukan selama ini.

” Terima kasih bang. Siti sihat. Abang jagalah kesihatan abang “. Terus dia hilang dari pandangan. Aku terkejut dari tidur. Aku terus menangis. Aku bersyukur Allah telah makbulkan lintasan hatiku. Bermula saat itu aku tidak lagi berdoa untuk melihat wajah isteriku. Cukuplah pengajaran yang Allah berikan kepada aku. Jangan lari daripada niat asal iaitu beribadah kerana Allah.

Moga pembaca semua mendapat pengajaran dari ceritaku ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Moga pembaca yang dapat mengerjakan ibadah umrah beroleh umrah yang mabrur.

– Ariff Budiman

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *