Hi, aku May. Seorang gadis yang berumur 19 tahun dan pelajar di sebuah kolej. Aku mempunyai 6 orang adik-beradik dan aku merupakan anak ke-2. Aku mempunyai seorang kakak dan 3 orang adik. 2 lelaki dan seorang perempuan.
Kenapa tajuk aku “Adikku Derhaka” ? Sebabnya ialah aku ingin confess tentang adik aku yang ketiga. Adik perempuan yang masih berumur 15 tahun. Entahlah, aku buat confession kat sini pun sebab aku rasa geram. Tak tahu nak luah kat mana. Lagipula, aku jenisnya introvert dan tidak suka cerita masalah aku dgn orang lain.
Ok, adik aku ni nama dia Ras. Sejak dari kecik lagi, dia memang seorang yang extrovert dan sangat hyper. Selalu dapat top 5 dalam kelas bila exam kat sekolah rendah. Tapi bila dia masuk sekolah menengah, Semuanya berubah. Masa form 1, dia masih okay lagi. Dia dengar cakap keluarga, masih dengar nasihat. Tapi, lepas masuk Form 2, dia dah lain. Degil, tak dengar nasihat terutamanya mak aku. Lebih-lebih lagi, kalau Ras suka mintak duit dengan mak aku, dia akan paksa mak aku sampai mak aku bagi. Duit yang dibagi kadang-kadang dia akan guna utk enjoy dengan kawan-kawan dia.
Aku selalu tegur adik aku tapi dia endahkan. Sampai satu hari, dia dah ada boyfriend. Hello baru 14 kot. Aku yang masa tu baru 18 masih single lagi. yang mengejutkan lagi, boyfriend dia tu satu umur dengan aku dan bekerja. Dengan gaji yang ada tu lah boyfriend dia bagi adik aku Handphone./(Ip5). Mak aku ada tanya dari mana dia dapat, tapi dia tipu mak aku. Dia kata, kawan dia bagi pinjam. Sejak ada handpone tulah, perangai dia makin teruk. Selalu tidur lewat malam, kerja sekolah tak buat, result pun ke laut.
Masa adik aku di form 2 (2018), awal bulan November, dia buat hal kat sekolah. Cikgu dapat tau yang boyfriend dia datang ambik dari sekolah. Mak aku pun di panggil oleh guru disiplin. Aku pun tak tau apa yang berlaku jadi nak di pendekkan cerita, cikgu kat sekolah adik aku suruh adik aku pindah sekolah dan dia di gantung sekolah selama seminggu. Pilu hati mak aku.
Yelah, kakak aku yang sulung sekarang tengah study kat negeri lain, kami tak tinggal dengan bapak aku sebab bapak aku kerja jauh di kawasan pedalaman. Kalau diikutkan, dalam setahun tu, bapak aku balik sekali 2 bulan je. Jadi yang menjadi ketua keluarga sekarang adalah mak aku. Lebih-lebih lagi, kami ada adik bongsu yang masih berumur 5 bulan masa tu (2018). Btw, aku tinggal dengan mak aku, sebab aku pilih untuk study kat kolej yang dekat dgn rumah aku.
Ok, jadi mak aku pun uruslah perpindahan sekolah adik aku. Masa kat sekolah baru, kami sangka perangai dia akan berubah. Tapi tak. Masih sama mcam dulu. Kat sekolah baru tu, adik aku sekolah petang. Masuk tahun ni (2019), adik aku nak ambik exam pt3. Dengan pt3 ni lah dia jadikan banyak alasan untuk tidur kat rumah kawan dia. Asal hari jumaat, dia akan tidur kat rumah kawan dia, dan pagi isnin baru balik. Aku dan mak aku pun tak tahu yang dia nak tidur rumah kawan dia. Aku call, dia tak angkat. Aku chat kat whatsapp, dia block aku. Aku suruh kakak aku chat dia, tapi dia pun di block. Mak aku call kawan dia, semuanya tak nak angkat. Aku sedih bila tengok mak aku yang selalu risaukan adik aku.
Pernah sekali mak aku tanya, “kalau mak mati, kau suka ke?”
Adik aku jawab, “kalau mak mati, siapa nak jaga adik yang bongsu tu?”
Like what the hell? Masa tu aku kat kolej, jd mak aku bagitau aku masa aku tengah rehat jaga adik bongsu aku. Lepas aku dengar apa yang mak aku bagitau, aku terus pukul adik aku. Ras pun melawan balik dan maki aku. Mak aku kemudiannya halang kitaorang.
Satu lagi, mak aku pun pernah tanya, “kau tak nak tengok mak bahagia ke? ”
Adik aku jawab, “entah”.
Ya Allah, kalau aku ada kat situ masa tu, memang aku dah cili mulut Ras. Kemudian, adik aku tidur lagi kat rumah kawan dia tanpa bagitau kami semua. Risau mak aku dan aku perasan, setiap malam mak aku akan menangis sambil jaga adik bongsu aku. Tiap hari, mak aku akan doa untuk bukakan pintu hati adik aku. Aku sebagai anak dan kakak rasa macam tak de guna. Tak boleh nak handle adik aku dan jaga mak aku. Dengan kerja assignment yang banyak, dengan stress lagi. Aku memang tak boleh. Aku kadang” akan nangis. Nangis sebab rindukan bapak aku, kesiankan mak aku dan sedih dengan diri sendiri. Mungkin salah aku, sebab aku tak tegas.
Aku buat confession ni pun, sebab adik aku sekarang macam biasa. Tidur kat rumah kawan dia. Jenuh mak aku call, tapi tak pernah diangkat. Aku pun ada sms, dia tak balas. Please, aku harap korang yang baca bagi pendapat cara nak handle adik aku yang degil tu. Thanks.
– May
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit