Akhir zaman ni banyak betul ajaran sesat. Kalau zaman awal 20-an dulu kita sering dengar ajaran sesat yang sering dikaitkan dengan agama islam. Menjadi 1 perkara yang sangat sensitif dan pada hari itu umat islam amat menentang sekerasnya ajaran sesat. Jati diri orang yang beragama islam amat kuat. Bukan sahaja dulu malah pada hari ini. Begitu ramai ahli-ahli pemikir yang belajar tentang kitab menentang sekerasnya ajaran-ajaran tersebut.
Pada hari ini, ajaran sesat yang saya ingin utarakan adalah berkenaan Vaksin & Ilmu kebidanan. Pernah tak anda semua buat sesuatu keputusan dalam kehidupan ni tapi keputusan tu adalah yang paling teruk yang pernah anda buat dan hasilnya adalah tidak seperti yang dijangkakan? pernah bukan? contoh paling mudah mak ayah melarang seorang anak untuk bermain di tengah jalan raya, si anak tidak mengendahkan nasihat mak dan ayah kerana tidak mempunyai pengalaman dan ilmu apakah yang akan berlaku sekiranya bermain di tengah jalan raya tersebut. Si anak yang terlalu naif, mengajak kesemua rakan-rakannya yang bermain di tengah jalan raya tersebut dan akhirnya mereka semua mati dilanggar kereta?
Begitulah saya umpamakan mereka yang menolak sesuatu berkenaan yang bukan dalam bidang mereka. Mereka yang sesuka hati mengolah cuma sedikit info dari setiap pelusuk dan ceruk internet untuk mencipta satu pengetahuan yang baru seterusnya mengajak orang lain yang juga naif berkenaan perkara tersebut untuk mempercayainya sedangkan ia ibarat seorang yang sedang membaca 1 Surah Al-Quran tetapi skip kepada surah yang lain. Isi kandungan tersebut tidak dipelajari sepenuhnya, malah cuba memahaminya secara bersendirian tanpa alim ulama. Inilah yang saya katakan sesat dan tertipu dengan diri sendiri. Malah yang lebih parah mereka mengajak orang lain untuk turut serta sesat bersama mereka dan juga mengambil kesempatan di atas kejahilan orang lain.
Buat apa baca tentang AEFI sedangkan kita langsung tak belajar tentang imunologi? macam mana masyarakat sesuka hati tafsirkan berkenaan AEFI sedangkan mereka langsung tidak belajar berkenaan tentang imunologi? malah menolak pula ilmu seorang pakar yang memang bidangnya sebagai seorang pakar kanak-kanak?
Tentang doula pula, sesuka hati mengeluarkan nasihat perubatan kepada client mereka. Kerana tiada dokumentasi dan hitam putih sesuka hati pula mereka gunakan ayat-ayat agama untuk selindungkan aktiviti jelik mereka. Menyalahkan ibu-bapa yang memilih khidmat mereka di atas dasar autonomi ibu bapa itu sendiri. sedangkan mereka menyuntik ketakutan kepada ibu untuk bersalin dan meyakinkan mereka untuk gentle birth di rumah tanpa pengawasan mereka yang terlatih dan bertauliah dalam bidang kebidanan. Amat parah dan menakutkan. Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Orang jahil diangkat dan dijulang sedangkan orang yang mempunyai ilmu dalam bidang berkenaan dinafikan hak mereka.
Tidak pelik, sedangkan ajaran sesat ayah pin pun ramai orang ikut inikan ajaran-ajaran sebegini. Pengikut-pengikut bukanlah dari kalangan mereka yang tidak bersekolah malah mereka yang belajar hingga ke taraf phd juga ada tertipu. Walaupun terdapat ramai ustaz dan alim ulama’ di surau-surau, Pakar-pakar di hospital-hospital namun masih wujudnya golongan-golongan sebegini.ini kerana sesuatu pengetahuan itu bukan di dalam bidang mereka. Kemungkinan ada sesuatu yang memotivasikan mereka untuk mengikut ajaran-ajaran sesat itu.
Saya ingin kongsikan serba sedikit tentang konsep ilmu . Pernah tak anda semua dengar tentang beberapa perkara ini. Facebook infinity Downline, login facebook dapat RM100. siapa zaman tu pernah join maka saya yakin sekarang dah belajar dari kebodohan tersebut. Kononnya ilmu bisnes untuk menghasilkan duit tapi rupanya adalah taktik scam yang dilakukan oleh seseorang dan merebak kepada ramai pengguna facebook. Pernah dengar tak ayat ini di dada akhbar “Gelang magnet melancarkan peredaran darah”.
Saya yakin kalau sekarang ada yang orang jual gelang magnet ni dah sah di cop gila. Kononnya adalah sebagai 1 alat perubatan untuk lancarkan peredaran darah padahal tiada kena mengena langsung. Pernah dengar tak pad penjimat elektrik? for sure ramai yang pernah dengar tetapi ramai juga yang pernah beli pad tersebut kononnya boleh menjadi alat penjimat elektrik. Semuanya adalah pengaruh testimoni dan post di facebook tanpa apa-apa kajian oleh mereka yang bertauliah bukan?
Kalau kita seorang yang mempunyai ilmu bagaimana elektrik berfungsi tak mungkin kita membeli peralatan tersebut. Kalau kita mempunyai ilmu dalam perubatan tak mungkin kita akan membeli gelang tersebut. Kalau kita mempunyai ilmu tentang bisnes tak mungkin kita akan bayar RM100 secara percuma kepada orang lain. Pernah tak anda ditipu oleh rakan anda yang meminjam wang anda dengan modal muka kasihan dan berjanji kononnya dia akan membayar wang anda semula? Kalau anda mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan rakan anda itu tak mungkin anda memberi pinjam wang.
Konsep ilmu ini adalah sangat mudah. Ia mempunyai tingkatnya sendiri. Sejak sekolah lagi kita diajar belajar di kelas mengikut tingkat umur kerana setiap kelas adalah berbeza dan BERGURU kerana setiap ilmu itu ada tingkat pembelajarannya. Dulu waktu sekolah kita marah pada sistem pendidikan, kita marah guru kita sebab apa kena belajar matematik,sains dan sebagainya. Tapi saya yakin ramai yang berterima kasih kepada guru mereka kerana mengajar mereka subjek-subjek yang dirasakan tidak perlu ketika itu sekarang, kerana setiap subjek itu adalah perlu untuk kita meneruskan kehidupan kita seharian.
Yang anda baca berkenaan AEFI itu hanyalah cebisan info. Bukanlah 1 pengetahuan. saya lebih mempercayai mereka yang mempunyai ilmu & pengalaman dalam bidang tersebut berbanding segelintir mereka yang menggunakan hujah teori konspirasi yahudi dan sebagainya dalam pembuatan keputusan. Lebih baik saya percayakan mereka petugas kesihatan yang setiap hari melihat pesakit berbanding mereka yang bekerja freelance kerana freelance ini adalah golongan opportunistik yang melangsungkan kehidupan dengan bisnes mereka. Memakai tudung labuh, bahan agama penuh di wall facebook tidak membuktikan anda itu mahir dalam kesemua perkara. Malah saya banyak berjumpa mereka golongan-golongan agama yang berselindung dengan ayat-ayat agama untuk menutupi keburukan mereka.
Menentang yang batil itu adalah kewajipan semua. Malulah kat orang lain dah maju kehadapan tapi kita ni masih berdebat tentang isu vaksin, flat earth dengan doula ni. Bahaya dibiarkan lama-lama ia akan menjadi sesuatu yang terpahat dalam hati & mereka yang tiada pengetahuan akan tertipu dengan mereka. kasihanilah generasi akan datang.
Sekian…
– Mukmin
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit