Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin sekiranya confession ini disiarkan. Ini kali kedua aku menulis confession kat sini. Aku harap boleh memberi manfaat kepada readers2 sekalian.
Aku orked. Aku tak pernah bercinta atau couple2 zaman sekolah. Mungkin sebab sekolah sejenis masa sekolah menengah, so tak reti sangat bab2 berlainan jantina ni. Dipendekkan cerita masa masuk matrikulasi, aku rapat dengan seorang lelaki. But wait, kami rapat biasa je tapi masing2 memang tak de perasaan to each other pun. Tapi yang pasti antara kawan baik lelaki yang pernah aku ada dia lah.. kita gelarkan dia sebagai A. Sampai dah kahwin dan dah ada anak pun kami still berkawan.. cuma lepas kahwin si A banyak kawan dengan laki aku pulak.. haha
So after matrikulasi kami pun sambung degree ke universiti yang berbeza. Walaupun study kat universiti yang berbeza tapi kami still contact..sekadar bertanya khabar..sehinggalah pada suatu hari, si A ni konon2nya nak perkenalkan roomate dia, kita gelarkan dia sebagai B. Macam2 kawan aku ni cerita, si B ni baik lah soleh lah and so on. Well, aku pun tak pasti apa perasaan aku masa tu. Yang aku pasti aku saja2 je kawan sebab kawan baik aku tu yang suggest. Tapi kawan pun tak taw nak describe macam mna… time si B tu sibuk langsung tak tanya khabar.. berbulan2 baru mesej balik…
So aku assume dia tak serious la kot.. masing2 masih belajar.. kadang2 mesej macam kawan baik cakap pasal masa depan.. macam rapat pun ye juga… so lama lama berkawan tiba2 aku rasa macam ada sedikit perasaan ‘berharap’ dalam hati. Tapi aku cepat2 tepis. Sebab nya aku dah janji dengan diri aku.. aku ni dah la takde rupa sangat, kulit gelap, berjerawat, tak cantik lah senang kata.. family pun biasa2.. jadi cinta pertama lah yang aku akan hadiahkan buat bakal suami sekiranya ada jodoh kat dunia.. kalau takde pun aku harap Allah bagi ganjaran pahala yang besar kat aku atas asbab aku betul2 berusaha untuk tak buat perkara2 mungkar..
Si B ni kadang2 suka bagi harapan. Tapi dia takde lah pulak pernah cakap direct yang dia suka aku ke macam mana. Sehinggalah pada suatu hari, aku secara tak sengaja terjumpa dengan mak si B ni masa nak hantar barang. Dan di B ni ada elok je kat situ.. Dalam hati aku masa tu nak je cakap, “kalau betul ko suka aku perkenalkan la aku ni kat mak ko… cakap la aku ni kawan ko ke… gentlemen laaaa weiii”. Dan kenyataan nya dia tak buat apa2 pun masa tu.. dia senyum je kat aku dari jauh… dan aku pulang dengan rasa penuh kehampaan.. dan masa balik hari tu jugak aku dah buang nama dia jauh2 dari dalam hati aku dan sedarkan diri sendiri… usahlah letak pengharapan kepada manusia.. kecewa je yang dapat.. yakinlah Allah dah susun cantik kehidupan kita… just follow the flow..
Dipendekkan cerita.. 2 tahun kemudian aku posting ke Sarawak. Masa tu aku memang tak de fikir2 pasal jodoh ke apa.. niat nak bantu mak ayah je.. tapi itu lah, mak ayah mana yang tak nak tengok anak nya bahagia kan.. mak dengan ayah aku macam2 dah buat.. siap solat hajat supaya aku dipertemukan jodoh. Dan tiba2 je kawan satu sekolah nak kenalkan dengan kawan baiknya zaman sekolah. Mula2 aku macam takut2.. sebabnya aku kan dah ada pengalaman tak best berkawan sebab orang kenalkan. Tapi lepas tu aku macam fikir la. Kawan je. Kalau tak sesuai tak payah la teruskan. Bukan pernah jumpa pun. So berkawanlah kami menerusi whatsApp. Kita gelar di sebagai AA
Perkenalan kali ni jelas sangat berlainan. Kami tak de cakap pasal hati dan perasaan pun. Lebih kepada AA ni banyak bantu aku dr sudut pekerjaan kami. Maklumlah aku masa tu baru kerja. Kena buat action research bagai. Ditambah dengan sikap AA yang kelakar dan berterus terang. Directly dia cakap yang dia nak berkawan sebab nak berkahwin. Jadi anggaplah itu sebagai sesi taaruf. Alhamdulillah.. selepas sebulan taaruf AA buat keputusan untuk ke rumah aku. Katanya untuk berkenalan dengan keluarga ku. Aku ingat lagi ayat beliau, perkahwinan ni adalah penyatuan antara 2 keluarga menjadi 1. Jadi melihat dan berkenalan dengan keluarga bakal pasangan menjadi item yang penting. Kalau agak2 tak boleh masuk, belum terlambat untuk undur diri untuk kebaikan ke dua dua pihak.
Oh ya.. lupa aku nak selitkan.. semasa tempoh perkenalan aku dengan AA ni, tiba2 si B muncul kembali. Tujuan nya masoh samar2. Nak je aku tanya di directly, nak apa sebenarnya? Atau nak tanya, kau ni sebenarnya suka aku ke tak? Tapi biasalah, bagi aku tak mungkin aku akan tanya soalan2 macam tu.. hati pun dah takde apa2 pengharapan jadi aku hanya anggap itu hanyalah dugaan buat orang yang nak bertunang….
Dipendekkan cerita yang tak berapa nak pendek ni, 3 bulan selepas pertemuan kali pertama di rumah mak ayah aku, kami pun bertunang dalam majlis yang serba ringkas. Selepas tempoh bertunang ni baru lah kami mula saling mengenali antara satu sama lain. Cakap pasal masa depan. Cakap pasal impian masing2 macam plan untuk sambung belajar lagi ke peringkat sarjana dan phd jika ada rezeki, cakap pasal perancangan kewangan, kebaikan dan keburukan beli rumah di usia yang muda, pemilihan kereta idaman dan sebagainya. Dan alhamdulillah, 6 bulan selepas hari pertunangan kami, kami selamat diijabkabulkan. Selepas itu si B tidak lagi muncul dalam kamus hidup aku.. dan dua tahun lepas tu si B pun dah bertemu dengan pasangan hidupnya. Alhamdulillah…
Setiap aku aku terpandang suami aku, selalu aku rasa ajaib nya hidup aku dan sungguh Allah tu maha berkuasa. Yang kita rasa dekat tu, menjauh. Yang jauh dan tak pernah kenal pula mendekat, tidak disangka2 itu yang menjadi jodoh. Asam di darat, Ikan di laut, dalam periuk, bertemu jua. Satu je yang aku tak berapa suka pasal suami aku ni. Setiap kali aku tengok beliau, berkali2 aku rasa aku jatuh cinta, lagi dan lagi. Perasaan yang tak pernah aku rasa sebelum2 ini. Macam ni rupanya orang bercinta. Seri rumah tangga bertambah2 dengan kehadiran cahaya mata. InshaaAllah tahun ni nak masuk 3 tahun. Dah boleh bagi hadiah baby baru kat suami terchenta… doakan kami ye… perjalanan masih jauh.. moga2 kekal hingga ke syurga.. inshaaAllah… amin…
Moral of the story:
1) Kepada wanita: usah letakkan pengharapan yang tinggi pada manusia. Kerana kita merancang, tapi perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita.. yakin!
Kepada lelaki: usah beri harapan palsu. Ingatlah, jika anda ada anak perempuan, apa rasanya bila anak perempuan anda dibuat begitu. Perempuan jangan cepat perasan, lelaki jangan mudah beri harapan.
2) Boleh usaha untuk mencari jodoh. Tapi usahalah secara bersederhana. Jangan rendahkan maruah kita sebagai wanita. Banyak lagi yang kita boleh buat kalau kita bujang, travel, sambung belajar etc. Being single is not the end of the wolrd. Jodoh akan tiba at the right time, right place with the right person. Apa pun aku selalu mendoakan semua rakan2 yang masih single utk diberi pengakhiran yang terbaik oleh Allah.. manalah tahu yang dekat dunia kita nampak tak de jodoh rupa2nya ada jodoh tengah tunggu dekat syurga… tempat yang kekal abadi… Allahuuu…
3) Jauhi perkara2 mungkar dan maksiat. Nanti Allah gantikan dengan perkara2 yang jauh lebih baik daripada sangkaan kita.
4) Cintailah orang yang telah menjadi pasangan hidup kita. Bukannya belum jadi apa2 dah sayang-sayang bagai. Nanti dah tak rasa indahnya cinta itu selepas kahwin.. apapun, cintailah pasangan kita seadanya kerana mereka hanya manusia biasa. Tingkatkan rasa cinta kepada pencipta pasangan kita, Allah s.w.t. Nak pasangan yang luar biasa amal kita pun kenalah luar biasa barulah boleh jumpa semula dengan pasangan kita dekat akhirat nanti versi masuk syurga. Semoga aku diberi peluang untuk jadi bidadari syurga buat suamiku kelak.
5) Last but not least… boleh je kawan lelaki dengan perempuan tapi kena tahu gap dan batas2nya.. kalau tak, persahabatan tu boleh rosak kerana perempuan dan lelaki ni macam ais dengan api… samada ais akan cair atau api akan padam..tapi kalau ada jarak dan gap yang betul, persahabatan tu boleh kekal lama macam aku dengan si A. Macam mana nak tahu conversation kita tu cukup gap ke tak? Caranya kalau orang lain baca mesej kita tu kita rasa malu tak? Sebab antara tanda iman kita masih ada adalah malu dengan dosa yang kita buat. Jadi kalau conversation kita tu biasa2 orang terbaca pun kita rasa okey,inshaAllah cukup gap tu… huhu
Akhir kata, what you give you get back. Kalau dalam surah an-nisa’, perempuan yang baik adalah untuk laki2 yang baik. Dan begitulah sebaliknya. Nak pasangan yang baik, berusahalah perbaiki diri untuk jadi lebih baik. Allah menilai setiap usaha yang kita buat. Sesungguhnya manusia yang paling baik adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain. Mudah2an perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
– Orked
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit