Al-Waqiah, Surah Yang Membahagiakan

Beberapa hari lepas, luahan “Saya Minta Maaf” (https://iiumc.com/saya-minta-maaf/), tersiar di page ini. Terima kasih buat admin kerana sudi berkongsi dan terima kasih juga buat komen-komen yang baik dan positif pada post tersebut.

Saya kira, semua peristiwa yang terjadi ini kerana surah Al-Waqiah.

.
.
.

Sudah bertahun-tahun lamanya, saya menanggung sakitnya dipresi dan anxiety. Sudah hampir 2 tahun juga saya dapatkan rawatan secara serius bersama pakar psykiatri. Sekarang, dipression dan anxiety relapsed (sakit semula) dengan sangat teruk di saat saya sedang mengandung anak ketiga.

Sudah rujuk doktor, memang doktor sedikit khuatir pada kondisi saya sekarang. Kerana mood dan emosi wanita mengandung boleh berubah sekelip mata.

Pada mulanya, saya ambil ringan saja kata-kata doktor sebab sebelum ini, memang saya menjaga kesihatan emosi dan mental saya dengan sangat baik. Hinggalah saat saya alah teruk pada awal kehamilan, anak-anak menjadi mangsa kemarahan saya.

Tambah pula, peristiwa yang sudah saya cerita disini, (https://iiumc.com/saya-minta-maaf/).

Sakit saya menjadi lebih teruk. Saya terbaring dan menangis. Jiwa saya kosong. Suami sangat baik kerana sedia beri ruang untuk saya bertenang. Anak-anak, beliau yang uruskan dari mandi, pakaikan baju, makan dll.

Dalam keadaan jiwa yang meruntun ini, saya tidak tinggal membaca al-Waqiah setiap hari. Sudah 5 bulan saya amalkan membaca surah ini, memang benar rezeki tak pernah putus (dalam pada masa yang sama, kita berusaha). Kalau dulu, pernah mencatu duit untuk beli pampers dan susu anak, kini alhamdulillah dalam rasa tak cukup, rezeki berlebihan pula.

Namun kejaiban kali ini, sangat luar biasa bagi saya.

Sudah beberapa minggu saya sarat membawa hati, saya merajuk, saya ego. Tak mahu saya ziarah rumah mak ayah walaupun saya rindu. Tak mahu saya angkat call dari mak, walaupun saya tahu mak saya juga sedih dengan apa yang berlaku. Tak mahu saya orang datang ziarah kerana saya sedang kusut, tak mampu berfikir. Bukan menahan jiwa yang lara, saya sangat-sangat perlukan ruang.

Kelmarin, secara tiba-tiba saja ayah beritahu mahu datang rumah. Siapa tak suka mak ayah nak datang, saya jawab datanglah. Saya masakkan lauk sedap-sedap sambil tunggu mak ayah.

Sampai saja mak di pintu depan, dipeluknya saya sambil menangis mengucap maaf dan rindu. Hati anak siapa tak meruntun sedih. Hampir 30 tahun saya membesar, mak sangat ego mengucap kata sayang dan rindu pada anak-anak. Apatah lagi nak menyentuh anak.

Saat itu, saya berada dalam pelukan mak mendengar tangisan mak. Air mata saya jatuh. Saya peluk mak kembali. Setoxic macam mana pun mak pada sakit saya, mana mungkin saya membenci mak sendiri. Tak mungkin saya akan lari jauh, baik buruk keluarga kita tetap keluarga kita.

Datang ayah, dipeluknya saya. Semua mengungkap kata sayang dan rindu. Saya menangis lagi. Saya patut bersyukur masih lagi merasa nikmat ada ibu bapa.

Sebab mak ayah datang, tak lama kemudian adik-beradik lain semua datang menjengah. Rumah penuh, anak-anak bermain riang. Bertukar hadiah dan cerita, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Jiwa yang kusut tadi kini semakin lapang.

Sebelum mak ayah beransur balik, sempat saya selit sedikit duit. Bisnes saya, tak adalah menjadi sangat. Saya terfikir-fikir juga, duit makin susut tapi lagi rugi kalau tak bagi mak ayah duit sementara saya ada duit.

Siapa sangka, hari ini saya terima tawaran mengajar karnival anjuran kerajaan.

Besarnya nikmat Al-Waqiah. Bukan asbab kemewahan disebaliknya tapi kerana pergantungan pada Allah yang tidak putus-putus.

– Anak yang bahagia

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *