Tanda Dia Tidak Lagi Into You

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca tegar IIUMC. Haaaaa hari ni aku nak cerita sikit pasal tanda-tanda sesorang itu tidak lagi berminat/ sayang/ cinta pada kau. Idea aku ini tercetus setelah membaca dengan teliti pasal kakak Senyum mengenai Sweet Stalker vs Stalker (https://iiumc.com/sweet-talker-vs-stalker/). Aku bersimpati dengan apa yang terjadi pada kau kakak. Sebab aku rasa kisah yang aku alami dulu lebih kurang macam kisah kau kakak.

Baiklah. Mari aku mulakan artikel aku. Aku nak pesan awal-awal lelaki atau perempuan ada sahaja yang setia dan ada yang tak setia. Itu realiti. Korang kena faham. Inilah kehidupan. Aku cakap macam ni sebab aku nak kita semua sedar bahawa kita jangan terlalu berharap seseorang itu akan cinta dan sayang kita seperti mana kita menyayanginya. Bukan apa nanti korang semua yang kecewa. Percayalah cakap aku. Haaaa aku harap korang faham.

Jadi disini aku nak nyatakan 4 TANDA YANG UTAMA yang dia sebenarnya “Not Into You Anymore!”

Pertama, jarang hantar mesej atau lambat balas mesej kau.

Haaaaa… Ini adalah bukti pertama yang kau akan lalui. Masa mula-kenal dulu, kemain kau ye duk mesej aku. Siap bersayang berindu bagai. Sanggup dari pagi sampai ke pagi esok balas mesej. Haaaaa. Jangan tertipu kawan-kawan keindahan ini tak lama. Hahahaha. Kau tunggu lah 6 bulan ke atas. Dia akan mula berubah. Lepas tu bila ditanya sebab dah tak macam dulu, dia akan bagi kau seribu alasan. Alasan yang paling popular yang kau akan dengar ‘I’m busy okay! Nampak tak tu. Tapiiiii nanti dulu mungkin dia busy jangan terlalu cepat membuat andaian. Kau rilex je. Bagi dia masa. Kalau perkara ni berterusan, maka dengan ini bersiap sedialah untuk menerima segala kemungkinan.

Kedua, dia tak lagi ambil berat pasal kau.

Kalau dulu awak sihat? Mak ayah sihat? Kucing okay tak? Is everything okay? Awwww sweet hanat. Hahaha. Memang kita yang dah terlalu sayang ni off course melting dan rasa disayangi. Tapiiiiii itu semua tak lama. I tell you haaaaa. Sekarang jangan tanya sihat ke tak, hai pun tak dak? Hahaha. Kau bersiap siagalah. Macam aku cakap. Jangan terlalu awal pulak korang judge perangai dia, tengok dulu berapa lama dia berperangai macam tu. Ingat tau.

Ketiga, mengelak pertanyaan.

Dulu dialah yang beriya cakap pasal kahwin, sekarang bila kita tanya boleh pulak dia skip soalan pasal kahwin. Hahaha… Nampak tak permainan dia kat situ. Bila diajak jumpa ada sahaja alasan. Itulah inilah. So, fikir-fikirkanlah ye. Aku nak cakap kat korang jangan berjanji manis masa mula-mula korang kenal dengan seseorang dan yang mendengar pula jangan pula 100% percaya. Sebabnya, setiap apa yang dijanjikan akan dilupakan dan tidak lagi ditunaikan. Inilah yang aku katakan jangan memberi harapan dan jangan berharap.

Keempat, dia mula tunjuk sikap tak acuh bila berbual dengan kau.

Dah lah balas mesej lambat, dilayan pula macam sampah hahahah. Pernah rasa tak? Mesti pernah kan. Jawab pun macam nak tak nak. Aikkk… Kejap betul hati kau berubah ya. Aku tepuk dahi kau kang! Aku tak nak ulas panjang. Aku yakin setiap orang yang pernah dikecewakan akan rasa betapa peritnya dilayan macam nak tak nak. Bila dah jadi macam ni kita mula membandingkan diri dia yang dulu dengan yang sekarang. Perbezaan yang sangat ketara. Akhirnya, berlakulah perang dunia ketiga dan perpisahan. Lebih sakit bila ditinggalkan tanpa nota. Berdiam diri dan meninggalkan bluetick sahaja. Pedihnya hati ini seperti disiat-siat.

4 tanda ini adalah dari pengalaman aku. Mungkin ada lagi tanda-tanda yang korang boleh nampak. Rasa sakitkan bila ditinggalkan. Kejadian ini buatkan aku sedar tiada cinta yang sejati melainkan cinta kepada Allah dan Rasul. Dan aku dah cuci tangan dalam hal ini. Biar sahaja Allah yang aturkan. Sungguh hati ini berbolak balik. Aku sedar bercinta sebelum nikah bukanlah sesuatu yang baik. Mohonlah keampunan kepada Allah. Berjanjilah pada diri sendiri untuk tidak menjalinkan hubungan sebelum pernikahan. Cukuplah sekadar berkenalan.

Sungguh jatuh cinta itu fitrah manusia. Tapi boleh menjadi salah bila kau bercinta tanpa ikatan yang sah. Dah lah tak sah, ditinggalkan macam tu sahaja. Kau terkontang-kanting dan perasaan kau dimainkan macam tu sahaja. Tak penat ke kawan-kawan? Kalau kau tanya aku, aku akan jawab ya aku penat! Baliklah kepada Allah. Sebenarnya yang mencintai kita adalah Allah. Dia sahaja yang sayang kita. Tenangkanlah diri wahai muslimin dan muslimah. Perbaikilah dirimu untuk menjadi insan yang lebih baik. Mintalah pertolongan dari Allah dengan sabar dan solat.

Sekian. Terima Kasih.

– Tok

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *