Mama Oh Mama

Assalamualaikum. Tujuan saya menulis bukanlah untuk memburukkan sesiapa. Tetapi dah tak tahan sebenarnya. Kadang kala dah rasa nak gila. Masa ni pun tengah migrain memikirkan masalah yang bakal mendatang.

Ringkasan pasal family saya supaya pembaca faham serba sedikit situasi saya. Bapa dan ibu saya bercerai masa saya berumur 14 tahun (sekarang ni saya dah berumur 38 tahun dan ada 6 orang anak). Ayah saya spesis yang kawin cerai dan anak merata. Total anak yang dia ada 8 orang (isteri pertama iaitu ibu saya 2 orang anak.

Saya dan adik saya M (lelaki), isteri kedua seorang, kelima 2 orang anak, ke 6 ada 3 orang anak. Manakala isteri ke 3, 4 dan 7 tak ada anak) sekarang ni bapa saya menduda. Dahulu beliau adalah seorang jutawan dan berpangkat dato, sekarang ni dah hidup cukup2 makan sebab dikikis oleh isteri ke 5. Nasib baik tak tinggal spenda koyak macam dalam cerita P.ramlee.

Ibu saya pula asalnya memang anak orang berada. Biasa hidup mewah. Masa kerja pula beliau berpangkat dan bergaji besar tapi apakan daya takdir hidup kami sekuluarga berpecah belah. Lepas bercerai ibu ada teman lelaki yang jauh lebih muda dari dia. Ibu hanyut dan membiarkan kami 2 beradik membesar dibawah jagaan nenek, atuk dan pakcik2 sebelah ibu.

ADik lelaki saya membesar dalam keadaan memberontak. Terjebak dengan dadah, rompak dan masalah sosial. Dia jenis yang tak pernah cukup duit bila diberi. Hari ni bagi duit kalau setakat ratus2 tu. 3 ke 4 jam dah habis. Adik saya ni pernah berkahwin. Tapi jodohnya tak panjang sebab dia selalu pukul isteri dia. Pernah juga dia siram isterinya dengan air panas tapi tak kena sebab allah lindung masa tu. Dan ketika dia hampir nak tikam isterinya nasib baik saya sampai untuk melawat rumah dia masa tu.

Akhir sekali saya kesian dekat isteri dia. Saya pun cakap. Akak tak boleh nak tolong kamu. Hanya diri kamu yang boleh buat keputusan. Sementara belum ada anak ni baik fikir elok2. Kalau akak kat tempat kamu. Akan akan minta dilepaskan. Sebab dah banyak kali adik saya ni bertindak ganas. Pernah sekali dia nak pukul beoas isteri dia dgn tongkat arwah atuk saya yang hujung ada pisau(dia tak tahu tongkat tu ada pisau).

Saya takut terjadi apa apa. Saya berdiri didepan bekas adik ipar saya (sebab masa tu saya fikir takpalah kalau kena saya. Janji jgn kena anak orang). Lalu adik saya tuduh saya lebih kan orang lain. Tak sayang dia sebagai adik. Dan akhir sekali selepas dia bercerai. Kami sepakat hantar dia ke malaysia barat duduk bersama bapa saya yang ada rumah disana.

Tu semua cerita lama lebih kurang 10 tahun lepas. Apa yang saya nak sampaikan di sini dan ingin minta nasihat dari para pembaca adalah :

Baru dua hari lepas. Saya ni baru mula nak berniaga kecil kecilan. Balik berniaga. Ibu saya marah2. Complain macam macam pasal anak2 saya. (ya saya tinggal dengan ibu saya. Salah satu sebabnya adalah janji saya pada arwah nenek saya untuk menjaga makcik saya yang oku. Saya terikat dengan janji yang dibuat pagi sebelum arwah meninggal. Manakala ibu saya pula adalah pemegang hak penjagaan keatas makcik saya )..

Akhir akhir ini saya tak tahu apa yang ibu saya sangat tak puas hati dengan saya . ( mungkin dia tak suka kot saya meniaga sebab saya pinjam kereta dia. Kereta saya rosak dan masih dibaiki. ) semalam tiba tiba dia suarakan nak bawa adik saya balik beraya ke kl. Saya amat tidak bersetuju dengan apa yang ibu saya cuba buat tu. Sebab :

1. Disana adik saya masih dengan perangai lama dia. Minum dan masih mengambil benda terlarang.

2. Dia jenis yang suka mengajar budak2 buat benda salah (sedangkan disini anak saya sedang meningkat remaja).

3. Ada perilaku yang sumbang yang saya pernah terserempak. Masa tu bapa saya baru bercerai dengan bekas ibu tiri saya. Saya datang rumah dan lihat ibu tiri saya berkemban dan adik saya hanya memakai seluar pendek dan duduk berduaan dalam keadaan mencurigakan. Dan mereka juga agak terkejut dgn kehadiran saya masa tu.

4. Adik perempuan saya dari lain ibu pernah mengadu pada saya yang adik saya ni cuba buat sesuatu dekat dia.

5. Kawan yang selalu dia buat perkara jahat dulu ada di KL dan sedang menduda juga.

6. Kalau dulu masa bapa saya jutawan boleh lah setiap kali ada masalah bapa saya selesai kan hulur je keping keping. Sekarang ni siapa pulak nak hulurkan.

Masalahnya sekarang ni bila saya tak bersetuju ibu saya bawa balik adik saya ke kl. Ibu saya tuduh kata saya dengki dengan adik saya. Ibu saya buat saya rasa bersalah dan seolah olah saya ni jahat sangat. Sedangkan saya pernah cakap dekat ibu saya. Kalau nak bawa adik saya balik kl boleh. Tapi terus hantar ke sekolah agama Ustaz Kazim ke. Biar dia belajar agama kuatkan diri. Baru boleh balik rumah ni. Ibu saya suruh saya bersihkan hati jangan pikir buruk. Katanya takkan adik saya tu nak duduk kat kl. Kat sabah sana dia dah ada kerja.

Ibu saya sebenarnya tak tahu yang dekat sabah tu. Kalau adik saya bekerja pun sebab dia ikut kawan kawan. Saja cari duit itu pun utk bantu kawan. Adik saya ni jenis sanggup kikis duit family untuk bantu kawan. Itulah kebaikan dia pada umat manusia pula.  Ibu saya tak tahu akan perkara no 3 dan 4 diatas sebab saya takut kalau cerita pada dia. Dia akan kata saya reka cerita.

Kalau dulu pun masa adik saya bertengkar berpukul2 dengan bekas isteri dia. Ibu saya akan tutup pintu bilik. Biarkan je. Saya dan arwah nenek serta pakcik yang selesai kan.  Begitu juga masa polis datang rumah. Bukan ibu saya yang keluar tunjuk muka. Arwah nenek saya dan saya yang menjawab. Saya juga yang telefon bapa saya mintak tolong jamin adik saya.

Sekarang ni yang buat saya sedih bila ibu saya kata saya dengki sebab adik saya selalu dapat lebih. Dia tak tahu yang bapa saya pernah warning saya dahulu. Jika saya bagi duit pada adik saya lagi. Duit belanja saya yang akan dipotong. Saya tak tahu kenapa ibu saya selalu fikir saya ni jahat dan tak suka dengan adik saya.

Sekarang ni saya dalam dilemma, jika saya pindah :

1. Janji dengan arwah nenek saya untuk jaga makcik saya.

2. Nanti orang kata anak yang sanggup tinggalkan Ibu seorang diri , sebab ibu dah tak ada sesiapa adik beradik semua dah meninggal.

3. Kalau saya biarkan dia bawa balik adik saya. Saya pindah, akan jadi masalah pada makcik saya yang oku ni.

Apa yang perlu saya buat sekarang ni???

– Kak Long

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *