Marwa Mer Punya II

Untuk part I: https://iiumc.com/marwa-mer-punya/

Ada tanya pasal Bobo, nanti aku story na hampa. Fast forward, tamat la belajar. Tapi aku sambung lagi ambil degree pulak tapi kat sebuah uni di negeri sebelah.

Aku masih lagi contact dengan Mer dan still tak declare apa2. Dia pun dah kerja dekat sebuah kilang di KL sana, technician. Sebenarnya Mer pun dapat offer sambung belajar tapi dia tolak, nak kerja dulu katanya.

Ada satu hari, abang aku suruh aku pi rumah dia kat KL sana teman kakak ngan anak depa. Dia kena p kursus seminggu. Aku pun apalagi. Pi KL kan sapa takmau. Tergedik-tergedik aku nak pi.

Masa kat sana tu Mer ni ajak aku jumpa, Lama tak jumpa katanya, lagi pulak aku nak balik rumah aku dah. Abang aku dah habis kursus dia. Tapi aku segan la, camana nak habaq abang aku.

Abang sporting ja tapi nak jumpa laki ni aku takut la nak tanya. Aku pilih jalan selamat, aku bagitau kakak ipar aku. Dia tolong sampaikan kat abang aku.

“Hang nak jumpa kawan ka?”, tanya abang aku. “Haa, dia ajak cek jumpa. Sat ja dia kata.” Tergagap-gagap aku jawab. “Hmm takpa2, habaq dia esok kat Pavilion kui 11 pagi. Kita pi jumpa sana esok.” kata abang. Fuhh! Lega satu bab.

Pi la kami kat Pavilion tu. Kami tunggu Mer dekat Kenny Rogers tak silap aku. Dalam keramaian tu nampak la dia dok senyum dah. Dia kan tinggi, dok nampak ja kepala dia tu di tengah orang ramai tu. Dia salam abang aku. Abang aku tanya nama apa. “Amer.”

Mer jawab. Abang aku kata, “Aii, apa ni cari boyfriend sama nama ngan aku ni?” Dia gelak. Mer senyum ja la. Pastu abang aku suruh kami pi pusing tengok wayang ka apa. Abang aku jalan ngan anak bini dia.

Masa aku final exam semester satu, ayah aku meninggal. Memang aku struggle sangat masa ni. Semester satu aku memang struggle gila, aku rindu BFF aku, uni ni lain terus. Jadual kelas buat sendiri, pi kelas kadang sorang tak sama ngan kawan lain.

Dulu kelas 8am sampai 5pm. Kelas sama kawan kelas pun orang sama. Aku nak adapt tu memang ambil masa. Boleh kata hari2 aku nangis call Bobo Noni. Bobo kerja dekat Padang Kota dok pakai kostum Francis Light. Noni pulak jadi stewardess. Masing2 sibuk.

Dua bulan ayah meninggal, adik aku kahwin. Kami beza setahun ja. BF dia dapat kerja dekat dengan rumah aku, so abang2 aku cadangkan kahwinkan ja depa ni. Senang pi.

Masa ni Mer pun buat gila ajak aku kahwin (ni selepas dia dapat tau adik aku nak kahwin). Dia kata senang kita nak jumpa sebab dah halal. Aku kat utara dia kan kat KL. Aku kata pasaipa pulak, aku kan belajaq lagi. Aku ada cita2 yang perlu jadi nyata aku habaq dia.

Aku memang suka dia. Tapi nak kahwin tu ishh bukan dia la. Muda lagi ni. Satgi kahwin ni takleh tu takleh, kena mintak izin bagai. Tu aku tak suka couple2. Lagi pulak nak kahwin.

Mer ni dia pemalu, antara kami dua aku punya kuota perkataan sehari tu unlimited. Dia limited tapi dia berani. Dia pi tanya abang aku. Depa kan kenai dah. Abang aku pulak bincang2 family tau2 jadi. Amboi mudah sungguh.

Tiga orang abang aku sepakat kata kat mak, “Bagi ja dia kahwin mak, lepas dah tanggungjawab kita, biaq laki dia bela dia pulak”. Family Mer pun on ja.

Sebelum bertunang aku tanya dia, kita ni sebaya kan, dia jawab ye sebaye. Ok lega sepasai. Aku takmau la adik2 pada aku jadi laki aku. Trauma masa skola adik2 ja dok ngorat.

Dalam hati, “Yuhuu, laki kami sebaya ngan kami”. Prinsip hidup kedua aku, suami kena sebaya atau tua pada aku. Prinsip pertama sudah hancuss gara2 lesung pipit. Yang kedua kena jaga.

Mak aku ada kata, cari orang yang sayang kita lebih. Tu yang aku nampak kat Mer ni. Memang nampak la dia sungguh2, antara ramai kawan laki yang rapat ngan aku, dia ja berani dengan family aku.

Seminggu lepas adik aku menikah, aku pulak bertunang. Kihkihkih. Mak aku pesan, kahwin boleh tapi belajaq sampai habis. “Mesti mak, kan ayah yang nak sangat cek masuk u”.

Aku bertunang koboi hampa. Aku masa tu ada kelas, aku tak prepare apa pun. Semua family, jiran dengan sedara aku buat. Aku habis kelas pagi, balik rumah kelam kelibut aku mandi2 salin baju. Baju pun pinjam jiran.

Aku siap tu p duduk sambil senyum tersimpul malu, sua tangan, mak Mer mai sarung cincin. Setel. Aku balik uni semula. Akad nikah dijadualkan 5 bulan lagi masa aku cuti semester.

Lepas tu nak kena urus dokumen2 untuk nikah tu, dia pass kat aku dokumen dia. Aku pun kelebek la satu2, sekali terpandang salinan IC dia, “Whatttttt? 91?” Teruih aku call dia. “Mer 91 ka? Kata kita sebaya.”

Aku nak bebai la hampa pun. Adik2 kot. Aku ni 89. Ni mau depan aku memang aku luku dah. Ketaq kawan tu nak jawab. Dok gagap tak tak, aku letak teruih. Dia call pun aku tak jawab dah. Kecewa tang 91 tu.

Aku pi reyau kat mak, “Cek takmau la kahwin, dia tu adik pada cek mak. Takkan cek nak kahwin ngan adik2 kot. Melah (adik aku) pun laki dia tua pada dia.”

Mak aku dok pujuk la aku. Mak aku kata dia muda tapi dia matang. “Betui la tu pun tapi dia muda cek dua tahun mak oii, cel nak panggil apa kat dia nanti? Cek tak kira cek takmau kahwin. Kenduri cancel semua cancel.”

Tiba rasa pedih tang dahi, ciss aku kena luku ngan mak aku. “Toksah dok merepek sangat, Dua bulan lagi kenduri hang. Umuq ja pun buat teruk. Nanti sat hang, mak pi habaq kat abang hang”.

Nahh, 1 family tau aku kena scam pasai umuq pengantin laki. Semua kata umuq ja pun. Hmm umuq ja pun, setahun gagah la, ni dua tahun.

Mer toksah kata la, dok minta maaf mintak ampun, dia naik motor dari KL sampai utara ni nak pujuk aku. Tau2 sampai depan rumah dengan motor LC dia tu. Aku keluaq tengok dia dok senyum dengan lesung pipit kegemaran aku tu. Hishh, lemah betui la. Punca semua ni.

Mak aku kalut jugak keluaq siap beletiaq kat aku, “Saja Wa ni nak merajuk, mai2 masuk bahaya la awat la yang naik motor jauh2 lagu ni.”

Dia lalu tepi aku dia kata, “Sayang, tengok jap belakang saye.” Aku dengan muka tak puas hati, tanya dia tengok pa. “Ni bontot saye ni, ada ke lagi? Saya tak rase ape dah ni. Kebas.” lepas tu dia gelak. Ehh buat lawak pulak. Dah scam aku, adik2 pulak tu.

Mer bagitau aku, dia bukan sengaja nak tipu, tapi aku yang awal2 dah cakap aku tak suka laki muda pada aku. Tu dia pun takut nak jujur, takut aku takmau kawan ngan dia, dia kata memang jatuh cinta pandang pertama kat aku, bukan masa dia minta nombor tu.

Sebelum tu lagi dia dok usha aku dah, cuma aku yang tak pernah perasan dia. Dia pun terkejut aku sem 5, dia ingat aku sama sem atau junior dia. Mer ni pun muka matang, aku pun dok ingat dia sebaya aku.

Lepas Mer balik KL tu, setelah aku timbang tara, aku teruskan la. Takkan la sebab beza 2 tahun tu aku nak cancel. Selfish sangat aku ni. Maka berkahwin la kami.

Di pagi hari pertama aku sebagai isteri, aku panggil dia, “B”, mak aku dengaq, mak kata, “B B lama2 jadi b*b*, panggil la abang sedap sikit dengaq.” Eeihh celah mana sedap, dia tu adik kot pada aku. Huhuhu. Masih takleh move on dengan umuq tu.

Sumpah aku punya vision berumahtangga tak pernah aku terfikir pasal anak. Tup2, masa aku masuk sem 3, tadaaaaaaa. Aku mengandung. Murung kami lakibini. Bukan murung tak suka ada baby. Murung memikirkan masa depan.

Kami pi lepak tepi pantai, dua2 hanyut ditelan pemandangan alam. Aku dok pikiaq, aku mengaji lagi ni, baru sem 3, jauh lagi perjalanan. Nanti apa kata orang2 kat u tu. Lecturer semua. Adodoiii. Kami pulak PJJ.

Mak aku bila dapat tau, “Tudia la hampa nak kahwin tapi tak reti. Takpa la rezeki la tu.” Awal2 tu aku morning sickness teruk gila, masuk kelas lambat, kawan2 yang tolong aku sign kehadiran. Aku kan naik bas pi kelas.

Ya Tuhan, mengaum la bau dalam bas tu, sebab bercampuq pelbagai manusia. Cannot go la. Sejak tu aku jalan kaki ja p kelas. Dekat COB ka CAS ka aku jalan ja redah. Sampai aku boyot2 pun aku jalan.

Memang student lain pun pandang2 la jugak. Yala, mana ada orang preggy. Aku ja wehh. Aku siap cakap kat mak aku nak berhenti belajaq, mak aku bising2, berkandaq dia bagi, risau pendarahan dalam telinga aku cancel niat nak berhenti tu.

Aku makan banyak berat aku dari 42kg naik sampai 78kg. Mer kata aku ni macam lembu dah. Jahat betui dia. Sem 4 aku tangguh sebab bersalin. Bulan Mei selamat la aku melahirkan seorang puteri seberat 3.4kg. Baby family aku jaga sebab aku kan duduk hostel.

Masa ni aku kekok nak bahasakan diri mama ka ibu ka. Aku macam tak reti, aku bahasakan diri orang. Haha.

Masa dalam pantang aku tengok ja baby, ishh anak aku ka ni, tak sangka aku ada baby dah. Ciwi la aku. Mer tu lagi la kekok. Dalam kekekokan tu, dia happy, di usia 21 tahun dia jadi ayah. Haha.

Kakak aku kata elok la dok orang orang, nanti dia boleh cakap dia panggil hang orang. Padan muka. Teruih aku gagahkan bibir aku ni biasakan diri dengan mama.

Tiap hujung minggu aku akan balik tengok baby. Aku ingat dah bersalin kan okay boleh fokus study. Elok aku dok syok belajaq sem 4, aku mengandung lagi.

– Marwa bini Mer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Bagus la vision Marwa. Sambil further study, berkahwin & dapat anak. No waste time. Nanti bila graduate semua dh ada…sambong lagi story tau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *