Assalamualikum semua. Aku Maya (biasa la bukan nama sebanar) 25 year old this year. Aku ada kelulusan Diploma Bioperubatan, tapi sekarang setelah setahun dari tamat practical aku cuma kerja sebagai kerani disebuah syarikat kecil.
Ya aku bersyukur ada kerja yang dekat dengan rumah kerja2 juga aku boleh handel semua alhamdulilah.. Tapi bila tengok kawan berjaya, muncul keinginan untuk kerja dalam bidang yang kita belajar walaupon pointer aku tak seberapa.
Teringat time aku practical di satu tempat terkenal di Malaysia. Aku bersungguh2 nak practical dekat situ walupun jauh dari family, time aku cuti sem aku solat hajat, solat tahajud mintak untuk aku diterima practical disitu.
Yela aku pikir pointer aku ni tak seberapa pon, jadi biar la merasa kerja betul2 dalam bidang time practical ni. Walaupon tak dapat pengalaman kerja, pengalaman time practical pon jadi la.
Motif utama aku cari tempat yang practical syarikat besar2 because I want to challenge myself and to find a new friend, rumah dekat dengan kolej so mana2 jumpa kenalan pon macam sekampung jek. Aku bukan seorang yang banyak bercakap, bukan pandai bergaul dan low confidence sangat.
Bila jalan berdua dengan orang even my friends pon krikk krikk jek, dan terbiase agaknya kawan aku tuh kesian dia. Tapi aku seorang pendengar yang baik, nk tegok reaction aku after long story tuh ikot mood la hehehe.
Time practical tuh memang aku self-reliant sgat la. Every day in 6 month tuh aku bangun pukul 5 pagi untuk naik bas pukul 6:30, after bas kejar LRT pulak then last shuttle, selama-lama practical tk pernah lambat la, bila duduk rumah pukol 7 pon punya liat MashaaAllah!!
Semasa practical aku diberi kerja yang sememangnya biomedical punya, walupun kadang2 ada mengeluh juga bila banyak kerja sampai berat aku pon berkurang 5kg woii.. patut staf sana keding2, sane 6 tingkat tuh aku naik tangga jek lift lambat sangat.
Misi improve my self yang kurang bercakap n awkward every time ni bila SV (supervisor) beri arahan assist vendor yang tak pernah aku kenal, berlainan jantina and ada juga berlainan bangsa. Everyday aku ingatkan diri aku cuba confidence walauapa pon yang kita buat, orang pon mudah percaya pada kita bila kita percaya pada diri sendiri.
Now, ramai juga staff kenal aku berbanding geng aku yang lagi lama practical dari aku. Sampai dia cakap “wehh dia kenal kau” time tuh kita orang jalan2 and tersempak dengan staff. Aku banga la dengan diri aku yang cuba diubah, dulu takda siapa pon yang ingat aku or kenal aku.
Bidang biomedical ni ramai tak tahu kita orang akan kerja apa. Kerja kitaorang service mesin2 perubatan yang ada di klinik2 dan hospital. Pastikan masin itu selamat diguna bila kita attach pada pesakit, dan memastikan fungsi utama mesin itu berjalan lancar. Luaran mesin juga kena jaga, mesin kena bersih dari kotor. Kalau mesin tuh kotor kau nak bagi pada pesakit, lagi bertambah2 la kuman yang ada.
Memang banyak gila ilmu dan pengalaman aku dapat time practical. Dapat tengok live operation walaupon sipi2 jek dekat pintu kaca tuh. Hari2 practical aku berjalan dengan bergitu bermakna, banyak machine2 baru yang aku belajar dan first time nampak so macam jakun sikit.
Ade satu machine ni serupa dengan check harga dekat shopping mall tuh, tapi fungsi dia bermacam2. Alhamdulilah!! Geng time practical pon sekepala, apa2 boleh masok je dengan perangai aku walupun geng aku cuma 3 orang termasuk aku.
So sini aku nak ingatkan jika kita nak ubah diri kita, cari la tempat baru yang tiada siapa pon kenal kita time tuh. cuba latih diri sebaik mungkin time, kerana “jika air mengalir menjadi jernih dan jika tidak mengalir air akan menjadi keruh” jika tidak keluar pada comfortable zone kita akan karat begitu sahaja.
Pesanan untuk student yang mencari tempat practical, sila cari tempat yang betul2 dalam bidang korang. “Sambil menyelam minum air” siapa tahu mungkin akan datang kita tak berpeluang untuk kerja bawah bidang yang kita pelajari, dapat juga kita merasa pengalaman sebenar waktu kita practicalkan.
Ada kawan2 yang lain dia orang pilih tempat practical yang dekat dengan rumah asalkan boleh buat practical dekat situ. Ade yang practical dekat kedai mesin basuh asalkan mesin ajek.. time practical kau dah pilih lari dari bidang..
Sekian dari saya, hehehe.
– Maya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit