Laluan Pelajaran Tanpa SPM

Assalamualaikum, semua. Terima kasih admin jika siarkan confession aku. Aku Wana, berusia 26 tahun dan sudah berkahwin kurang dari setahun.

Aku menulis bukanlah bertujuan untuk memberi tips bagaimana laluan untuk seorang yang tidak punyai SPM untuk sambung pelajaran.

Cuma mahu minta pandangan serta sedikit nasihat sebilangan anda yang mungkin tahu cara, bekerja di agensi pelajaran atau punyai pengalaman tidak punyai SPM tapi masih mampu sambung pelajaran.

Sedikit background mengenai aku dan suami. Kami berdua sangatlah berbeza dari segi latar belakang keluarga dan juga pendidikan. Aku punyai ijazah manakala suamiku hanya lepasan sekolah tanpa sijil SPM.

Kami berkenalan ditempat kerja dimana suamiku merupakan operator. Sikap suka memberontak ketika remaja dengan masalah keluarga membuatkan suamiku tidak menghabiskan zaman persekolahannya.

Kami berdua sangat transparent untuk cerita mengenai perihal diri masing-masing. Aku merupakan seorang yang ambivert, observer, quite cemerlang dalam study, jadi nerd time study week lepak libarary.

Manakala suamiku seorang yang sangat social. Pernah kena tahan beberapa kali sebab kaki rempit, minum pun pernah, kaki dadah. Now dah cuci tangan. Rokok pun dah berjaya stop for almost two years. All things his done just because his family matters. Beza bagai langit dan bumikan kami?

Sebabkan aku seorang yang observer and deep down in my heart said, I need to help this boy so we both end up with marriage. So far alhamdulillah, everything went well. Doakan dia terus istiqamah.

Okay berbalik kepada persoalan aku, kami plan untuk tingkatkan lagi skills dia untuk masa depan keluarga kecil kami. Dari apa yang aku perhati, dia ni pandai. Boleh buat wiring dalam production line. Tahu proses in detail pasal mechanical things.

Jadi, kami dalam perancangan untuk dia sambung belajar bagi dapatkan sijil sebagai pembuka jalan untuk next step. Takkan selamanya nak duduk dekat takuk tu je kan. Dia pun dah lali pasang telinga dengar aku bercakap pasal motivasi.

Aku banyak google mengenai institut yang menawarkan sijil-sijil kemahiran macam Adtec, IKM, IKBN dan lain-lain dengan syarat kemasukan. Untuk pergi ke swasta, memang kewangan kami belum mampu.

Jadi moleklah sekiranya, tuan puan, encik cik dapat memberikan pandangan juga cadangan bagaimana untuk kami memulakan langkah kami. Mungkin pandangan anda merupakan rezeki kami.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Sekian, Selamat Menyambut Ramadhan.

Doakan keluarga kecil kami. Slowly but surely with His wills.

– Wana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *