Untuk part I, (https://iiumc.com/gaslighting-manipulative-dan-pendera-emosi/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/gaslighting-abahku-manipulative-pendera-emosi-ii/).
Bismillah, Alhamdulillah syukur kepada Allah, terima kasih admin sudi siarkan tulisan aku untuk part 1 dan 2. Terima kasih semua komentar2. Serius aku hargai sangat komentar2 yang positif dan doa2 yang baik dari korang semua, walaupun ada yang berbeza pendapat, aku harap admin dedahkan lagi sambungan ni, supaya sama2 kite ubah paradigma menghormati perbezaan, tapi bukan mewujudkan kebencian.
Sama macam aku, dalam tulisan aku sebelum ni aku cakap aku marah. Betul, mmg aku tak nafikan, aku perempuan yang penuh dengan emosi. Aku marah abang aku, tapi aku tidak membenci dan aku masih sayang, hormat pada kreadibiliti abang as abang sulung. Sebab :
1. Aku sedar ilmu aku terbatas, hujah aku tak kuat. Kalau terbanyak sangat cakap nampak bodoh, lebih baik aku tak tunjuk pandai dari memandai2.
2. Aku ni anak bongsu yang menjadi orang tengah antara abang2 aku dan kakak2 aku. Senang kata, aku ni selalu bertindak menjadi orang neutral.
3. Aku taknak abang aku rasa hilang sifat kepimpinan dan tidak lagi mahu bertanggungjawab bila aku desak atau sound abang aku secara berterusan.
Sebenarnya, masa mak dan abang ke pejabat agama tu, aku ikut sekereta. Komunikasi aku dengan abang aku baik, cuma aku tak kongsi semua benda yang aku sembangkan dengan abang aku kat sini. Abang sendiri call aku, bagitau nak ikut tak pegi pejabat agama? Laju jer aku cakap mestilah nak! Abang ambik aku di rumah dengan anak aku 3 orang.
Cuma aku tak dapat nak masuk ke pejabat pegawai agama tu. Rizal dan Tini pun ada sekali. Tapi yelah dah abang aku suruh aku tunggu luar. Aku menurut jelah. Lagipun, pun tak sedap hati nak tinggalkan anak aku yang bercenriang tu nanti pada Tini dan Rizal sebab mereka kurang rapat. Kiranya aku jadi peneman mak sahajalah, memulihkan semangat mak dan anak2 aku jadi penghiburnya sepanjang perjalanan.
Aku dan kakak2 aku memang anytime nak ambik mak aku dah, tapi kan ade kes pejabat agama call abang aku. So, nak tak nak, memang mak aku kene duduk dengan abang aku dulu, bagi settle barulah boleh buat next step. Mak aku pun tak nak ikut kami, mak selesa kat rumah abang bersunyi2. Tak sempat masuk minggu kedua abang dah bawak mak balik ke kampung. Ape lagi kami boleh buat? Suami2pun hormatkan abang, takkanlah mereka nak buat sukahati melangkaui abang.
Walaupun abang buat keputusan melangkaui kami, tapi abang pegang janji dia ikut kemampuan dia. Abang masih bertanggungjawab dan tak pernah lagi menyusahkan kami adik beradik perempuan dlm urusan emak dan abah. Kami masing2 yang saling berebut nk lengkapkan keperluan mak dan masih mahu balik kg, setelah apa yang terjadi. Selain dari itu, kami tak mahu anak2 kami belajar berdendam.
Kami masih ada ihsan dalam diri kami semua, mmg tak boleh dinafikan banyak kebaikan yang abah buat untuk kami. Tapi hanyalah taburan wang, harta, kebendaan..hasil wang yang abah belanjakan untuk kami dari kecil hingga besar adalah duit hutang pajak kebun sana sini, yang tempoh pajaknya sangat lama, sampai sekarang pun tak habis lagi. Abah tak cerita pada kami masa kami masih belajar. Kami sangat sedar yang abah memang berusaha sungguh2 untuk lihat kami semua berjaya.
Namun, kejayaan demi kejayaan ini buatkan abah jadi semakin hari semakin riak, ujub, takbur dan hasil akhirnya menjadi narcissist. Semua kejayaan2 ini digembar gemburkan. Hingga kami naik segan. Bila masing2 sudah berkerjaya, barulah abah sikit2 cerita tentang pajakkannya dengan harapan, anak2 boleh tebus semula tanah itu atau bagi duit belanja pada emak dan abah. Pernah juga dengan bangganya abah cakap dengan makcik pakcik belah mak “sekarang aku tengah ‘menuai’ hasil anak2”. Terdiam mereka.
Orang kampung mmg pandang tinggi pada abah kerana berjaya menyekolahkan anak2 dan anak2 ada hidup yang sempurna. Paling kami risau, abah buat majlis kenduri kawin kami besar2an pakai duit hutang. Kami tak mahu abah terus hidup dalam hutang dan perasaan mazmumah yang menghanguskan segala pahala ibadahnya. Sia2 usahanya selama ini. Muflis. Tapi abah tak hirau dengan ketidak senangan kami.
Abah terus2an menjadi orang yang makin cintakan diri sendiri tapi, tiada empathy kepada isteri sendiri. Hakikatnya kalau tiada emak, kami yakin kami takkan kemana sampai hari ini. Berkat doa dan kesabaran emaklah yang buatkan kami di tempat kami sekarang, bukan hanya usaha abah one man show.
Tapi, itulah yang berlaku, abah sikit pun tak pernah berterima kasih pada mak, kalau minta maaf pun hanya setahun sekali. Tapi abah mencari kesalahan mak hampir setiap masa. Kami sebagai anak dah cuba tegur abah, tapi pergaduhanlah yang akan berlaku setiap kali kami menyuarakan ketidaksenangan kami dengan cara bapak ‘mendidik’ mak. Mak lagi jadi punching beg. Bila kami dah balik ke rumah masing2.. tiap2 hari abah akan suruh mak call semua anak2 secara bergilir2, suruh anak2nya minta maaf dengan abah. Supaya hidup kami tak dilaknat menjadi anak derhaka. MasyaAllah.
Trick yang sama berlaku kepada abang, yg buat abg semakin kusut, sebab banyak nombor2 yang tidak dikenali menganggu tak kira waktu, memberi tekanan pada abang, dek kerana tidak menjawab panggilan abah. Abah suruh semua orang yang dah dia panggil dan jumpa untuk menghubungi kami semua supaya minta maaf dan pulangkan mak pada dia. Hinggakan abah mesej ugut bagitahu abah nak datang dengan kawannya ke rumah abang ambik mak. Abang terus pesan pada anak dan isterinya, kunci pagar, kunci pintu. Kalau abah datang, jangan bukak pintu. Tapi abah gertak jer. Tak datang pun.
Kakak aku ade mainkan peranan dia jugak tuk ringankan sikit beban abg aku, kakak akulah yang call pakcik2 untuk hulur bantuan pada abang dan volunteer nak ambik mak sementara abang uruskan hal abah. Sebab, kami adik perempuan ni memang dah cuba bagi pendapat kami pada abang, tapi abang senyap. Jadinya kami pun mintalah bantuan pakcik2, kotlah abang boleh dengar nasihat dari sudut berbeza dari golongan sejenisnya. Tapi abang nampak yang fokus kami adalah penceraian.
Abang sangat2 mempertimbangkan pro n contras dalam banyak hal. Tak macam anak perempuan, terus ambil langkah mudah, ‘dah alang2 abah halau, senang lah aku n mak larikan diri’. Abang bukan pendendam dan jauh sekali nk ambil jalan mudah. Tu antara sebab abang tolak bantuan tu dan bertindak sendiri dengan ilmu yang ada dan nasihat dari pegawai agama.
Bila aku tanyakan abang aku, kenapa abang pulangkan mak pada abah? Kenapa abang tolak bantuan pakcik2? Abang ada terangkan padaku dengan panjang lebar melaui wassup, tapi seperti biasa, mula2 aku pun tak dapat hadam. Bila aku bincang dengan suami aku, aku dah faham dan menghormati perbezaan cara lelaki dan perempuan berfikir. Lambat sikit untuk aku faham, tapi… kakak2 aku sampai sekarang tak boleh nak faham. Lagi2 abang aku tak membalas wassup kakak aku, kerana mungkin ayat kakak aku agak keras berbanding aku.
Setelah aku fikir panjang, peratusan aku menyalahkan abang aku tinggal 20%, kerana abang aku pun mangsa narcissist dan gaslighting abah aku. Aku yakin ini berlaku, sebab aku sendiri pernah rasa, ayat2 dan bahasa badan abah aku jika dia merayu dan mencuba untuk meyakinkan aku untuk menyokongnya. Ayatnya seribu satu penjeratan emosi yang boleh membuatkan aku down kalau aku tak kuat. Dia akan attact kelemahan atau kesilapan ko dulu2, dia akan buat ko rasa bersalah dulu. Kalau ko diam dengar, ko akan masuk dalam perangkap. Kalau ko pandai menepis, insyaAllah ko boleh bertahan. Tapi..abang aku bukan jenis begitu. Kalau ditakdirkan mak aku pergi dulu suatu hari nanti, aku pasti abanglah satu2nya mangsa abah seterusnya.
Mengenali abang aku, dia seorang anak yang patuh dan taat. Naif dan tidak pernah bersangka buruk pada orang, macam mak. Terlampau pandang positif sehinggakan isterinya pun jadi geram kerana abang terlampau mudah menurut kehendak abah. Kakak ipar aku bukanlah perempuan yang tak faham agama dan menghalang abang aku buat baik pada orang tua. Tapi, abah aku terlebih dahulu bijak memegang kelemahan abang aku.
Aku tak pastilah samaada abang aku sedar agenda abah atau bersangka baik sahaja. Boleh dikatakan abang aku akan turutkan permintaan abah, tidak mampu untuk katakan tidak. Dari kecil hinggalah sudah berumahtangga abah suka meminta duit dari abang dengan alasan yang abah nak ‘sokongan anak2’ sebab mak dan abah ada hak atas duit abang sebagai anak lelaki, dan tak perlu persetujuan isteri.
Agak mendukacitakan, abang hanya boleh tegas bila di rumah sendiri, bila berhadapan dengan abah, abang akan mulai kendur. Sebab abah aku pandai memanipulasi abang dengan cara yang berubah2, sekejap marah, sekejap nampak tulus, ayat minta dikasihani. Orang yang pandang dan dengar abah bercakap, akan timbul rasa tak sampai hati dan kesian. Bila abah ada hajat dengan abang, sehabis baik abah akan cuba flashback zaman susah abah dulu menyekolahkan abang. Hantar abang sekolah berasrama penuh jauh2 hanya naik motor. Hujan panas semua abah cerita detail.
Mahu tidak abang akan cair dan tidak sanggup untuk menidakkan permintaan abah. Dihujung2 ucapannya, abah akan cakap “jadilah anak yang baik, mengenang jasa, kalau tak bagi pada abah takpe, abah tak marah, bagilah pada mak, abah tak pe.” Aku yakin setiap kali kalau abang balik kampung, abang akan ditarbiah oleh abah dengan ayat2 yang sebegini berulang ulang kali. Memanglah bagi pada mak, tapi nanti abah akan tanya mak, “Anaknya ada bagi duit? Abang pinjam dulu duitnya buat bayar sekian sekian.” Mak pun bagi. Semudah ABC.
Sekarang abang aku dah berusia 50 tahun dan sudah bersara awal, isterinya masih berkerja mungkin sampai 55 tahun, kerana tak rasa selamat dengan keadaan kewangan dan cara abang aku mengorbankan sejumlah besar duitnya pada abah untuk benda yang tiada manfaat dengan anak2 yang belum habis sekolah.
Personaliti abah yang boleh berubah2 ini, akan buat orang luar, termasuk keluarga besar jadi tak percaya kalau kami anak2 muda ni mengadu. Orang takkan percaya yang sebenarnya abah mendera emosi mak, dan tak semua orang ada ilmu tentang NPD ni. Adik beradik mak aku dan embah aku pun tertipu, diorg menyangka yang abah ni hanya seorang lelaki yang tegas. Tapi hakikatnya sudah menjadi lebih dari itu. Narsistik + Gaslighting + Misogynistic.
Sampai pernah satu ketika, aku sendiri berbalas cakap dengan abah sebab aku dalam pantang, tak tahan dengar emak kene marah jer dengan abah. Kalau aku tak dalam pantang, aku mmg dah lari rumah dah, dan aku pernah buat macamtu masa aku anak dara. Bila aku tanya lembut2 pada abah “apa ni abah, marah2 mak jer.. kesian lah kat mak”. Abah daripada baring, terus duduk sambil pandang mata aku, membalas “tengoklah ni anaknya pun dah berani nak backing maknya, maknya yang salah dibacking, siapa didik anak macamni, kalau bukan maknya yang tak pandai didik anak!”.
AllahuAkhbar aku serius tak boleh hadam dengan tuduhan abah, kita bertanya untuk tahu ape masalahnya sampai teruk sangat cara abah marah mak. Tapi aku pulak jadi bahan bukti yang mak aku tak pandai didik anak, tak pandai urus suami kerana menurun perangai mak aku.
Sakit hati aku bila bertubi2 abah menyerang mental dan emosi mak. Makin aku jawab, makin abah membalas dengan ayat2 hukuman tuk menyalahkan mak aku. “Nilah anaknya dah disekolahkan tinggi2, dah pandai melawan orang tua” Aihh aku nk sedarkan abah aku, supaya jangan melampaui batas pun kene chop melawan. Memang takkan ada akhirnya kalau aku terus menjawab. Sudahnya, untuk meredakan keadaan, mak aku jugaklah yang akan mintak maaf, walaupun aku tak bersetuju, mak aku akan suruh aku diam pulak hanya kerana aku masih dlm pantang dan tak mahu panjangkan ceramah abah.
Aku pernah berbincang dengan adik beradik aku, apa punca abah jadi mcmni. Menurut kakak dan mak, abah aku dulu tak dapat kasih sayang dari arwah ibunya, ibunya pilih kasih dan melebihkan anak2 perempuan, dalam bab harta pun, anak perempuan yang dapat lebih. Anak2 lelaki hanya dapat saki baki sahaja. Harta dan tanah arwah tok dan nenda aku dulu banyak. Berekar-ekar. Boleh dikatakan orang yang pegang paling banyak tanah di kampung pada zaman 50-60an.
Tok dan nenda aku dulu sama2 mengerjakan kebun, sibuk dikebun, anak2nya terabai, hinggakan abah aku menyusu badan kakaknya sendiri. Aku yakin, abah ada dendam yang besar pada arwah ibunya sendiri. Disebabkan itulah dia seboleh2nya tak mahu ada perempuan dalam hidupnye yang boleh mengarah2 dan berkuasa melebihinya. So, betullah fakta dari salah seorang komentar di part 1&2 tu. Abah ada unfinished business. Aku nak sangat bagi kredit lah kat komentar ni. Terima kasih banyak la banyak bagi aku term2 baru yang aku sendiri tak pernah dengar selama ni.
Arwah tok pun dh lama sangat meninggal, aku sendiri pun tak sempat jumpa arwah tok. Tak tahulah die perasan atau tidak dengan sifat negatif abah ni. WallahuAlam. Nenda mmg tak hirau abah. Aku sempat jumpa nenda, itupun nenda dh terbaring jer. Bergilir2 adik beradik abah jaga dirumah masing2. Kalau turn rumah di abah, emak yang banyak uruskan nenda. Abah cuma bantu tuk angkat dan alihkan nenda sahaja. Yang selebihnya aku dah lupa. Nenda meninggal waktu aku umur 9 ke 10 tahun.
Pernah satu masa dulu, abah marahkan mak, masa embah perempuan ada dirumah kami, embah lelaki dah meninggal. Abah lagi sekali tak puas hati ape ntah dengan mak, mendiamkan diri konon merajuk dan duduk tak jauh dari embah, emak pujuk abah. Tapi abah memang sengaja ambil peluang ni untuk marah emak depan embah, embah pun masuk campur untuk menenangkan, tapi sekali lagi abah akan cakap, ini cara dia nak ajar isteri dia, abah tak pukul mak pun, cuma marah2 jer, tak bersyukur lagi ke dapat suami macamni? Embah pun mengakui yang abahlah suami yang terbaik untuk anaknya dan akhirnya suruh mak sabar sahajalah. Masa ni abah memang menang besar, kononnya dapat ‘sekolahkan’ embah dan emak sekaligus.
Masa ni aku anak dara lagi, aku start motor dan blah lari pegi rumah kawan aku yang paling jauh. Serius aku tak boleh dengar suara abah menengking2, langsung tiada sikit pun rasa hormat terhadap isterinya dan ibu mentuanya. Aku rasa sejak peristiwa itulah aku jadi agak maskulin, sebab aku rasa jadi feminine ni senang kene pijak. Haha.
Emak call aku banyak kali, mengaku salah mak dan suruh aku balik… aku menangis teruk sepanjang bawak motor. Aku sedih terbayang mak aku tunduk2 menyembah abah minta maaf, embah aku pun sama. Remuknya hati aku. Kalau boleh aku tak nak balik, tapi..aku kenelah jugak balik. Sampai kat rumah, makcik pakcik n sepupu aku ada kat rumah, ya Allah..bala apa lagi ni, abah memang suka kecohkan hal2 macamni tuk memalukan mak pada adik beradik mak. Aku tak masuk rumah, aku buat2 sibuk basuh motor. Aku taknak dengar segala perbualan… lebih2 lagi suara abah. Aku malu nak menghadap muka makcik pakcik n sepupu aku.
Ya Allah, sakit pulak dada aku bila terkenang kembali. Bila mak dah dikembalikan ni, cengkaman abah pada mak bertambah2 kuat. Lagi2 lepas abah aku kene strokes tak lama lepas mak aku balik dan abang aku pulak kene serangan jantung. Penyakit VS ganguan misteri.
– Dahleeya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit