Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pernah tak rasa tak cukup duit dalam dompet (dalam bank apatah lagi), tetibe datang kotak, tong, botol untuk korang isi duit derma. Masa tu korang fikir nak beri ke tak nak, nak beri ke tak nak.
Nak beri seringgit kang, cam ape pulak. Nak beri duit lain, semua duit besar, masa tu lah takde duit warna hijau nak masuk dalam tabung. Tapi bile korang yakin ada bantuan Allah, korang letak seikhlas hati, tetiba lepas tu datang lah kebaikan yang tak disangka-sangka. Ni cerita aku hari ni…
Baru lepas dapat gaji hari tu, aku pergi servis kereta, belanja barang kat mak ayah, belanja anak makan (dah lama tak keluar dengan anak sebab aku tengah sambung belajar dan sibuk dengan kerja). Beli barang sikit, belanja-belanja tak sedar duit dalam bank aku tinggal empat ratus.
Aku mula gelabah, sesak nafas, fikir camne aku nak survive lagi 20hari ++ nak dapat gaji. Aku tak belanja habis duit tu. Ade aku masuk tabung haji, simpanan, masuk tabung pendidikan anak. Tak beri kat mak ayah, sebab aku suka belikan barang untuk depa.
Nak jadi cerita, lalu tabung infaq depan akukat tempat kerja. Kakak setempat kerja aku tanye “Jannah, engko nak derma tak ni”. Aku telan air liur sambil fikir ‘wei, duit aku ade sikit jek ni’. Depan kakak tu aku senyum dan hulur duit untuk infaq, dalam hati ‘Ya Allah, cukupkan lah duitku. Aku yakin dengan janji-Mu’.
Hari ni, aku dapat duit kerja sampingan sikit. Aku tak kire, terus hulur sekeping duit tu untuk sumbangan. Infaq masa Ramadan kan berkali ganda pahalanya, jadi aku cuba lah berlumba-lumba infaq dibukan Ramadan. Yang baki aku tak tengok pun berapa,terus aku masuk dalam dompet. Asar tadi, ade member minta derma sikit nak tolong budak-budak. Aku fikirr, tak leh dah ni. Kalau aku infaq lagi, lepas ni minyak kete pun aku tak mampu isi.
Maghrib tadi aku scroll FB. Tetiba, lalu satu video derma untuk mualaf. Aku pun tak tau kenapa, terus tekan ‘Donate’. Selalu aku tak pernah wat macam ni. Jumlah yang page tu suggest ratus-ratus beb, Allah…mana lah cukup duit dalam bank tu. Aku scroll bawah sikit, jumpa butang ‘Amaun Lain’. Alhamdulillah, Allah beri lagi peluang aku infaq. Aku taip nombor dua digit jek, sebab itu je yang aku mampu.
Aku tekan sendiri, lepas tu die bawa aku ke FPX page. Aku pun request TAC. Lepas dah terima TAC, aku proceed. Tetiba datang dalam kepala ‘weii, kalau ni scam cam mana?’ ‘alah.. bukan hilang ribu2 pun, duit dalam bank aku ade lah tiga digit jek’. Aku gelak sendiri. ‘eh, kalau betul die masuk akaun aku camne?’ Datang lagi suara aneh kat kepala aku (adoi, syaitan dah Kene ikat… keanehan tu dalam diri aku ke sebenarnya?). Hati aku makin berdebar. Dalam debar-debar tu tetiba, FPX aku siap, dan aku nampak baki bank aku LIMA DIGIT. ‘SUDAH, aku kene game dah!!!’.
Aku cepat log in bank aku tengok baki. BETUL! LIMA DIGIT. Aku makin berdebarrr jantung nih..’depa songlap duit aku! Jangan amik tabung haji aku dah (tengah berdebar bebb, tak leh fikir rasional dah). Aku scroll ke bawah transaction kat akaun aku. Ade duit lima digit masuk. Duit apa? Aku baca statement.
Ya Allah, nikmat apakah yang kau berikan padaku? Duit yang lima digit tu memang duit aku rupanya. Aku ade selesaikan satu urusan bulan April hari tu. Dan urusan tu telah diselesaikan lebih cepat dari yang disangka. Aku jangka hujung Mei ni baru masuk duit tu, tetiba Allah beri mudah, tak sampai dua minggu dah selesai. Sungguh besar kuasa Allah yang memudahkan segala urusan.
Tapi aku tahu jugak, aku kene kire juga sikit2 baki dalam bank sebelum infaq. Kalau tak camne aku nak gerak pergi kerja kan? Sebelum tawakal kene usaha dulu kan? Walaupun cerita ni macam drama hambar (aku pun dok fikir- ramainya orang minta infaq hari ni), tapi sesungguhnya yang aku nak share dari cerita aku ni ialah ayat dari surah al-Baqarah, ayat 262, yang bermaksud:
‘Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya (2:262).
Semoga Allah mempermudahkan urusan seharian kita untuk terus berada infaq kerana-Nya, amiin..
– Jannah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit