Assalamualaikum to all readers. Aku merupakan confessor ‘Kenapa Talhah Bin Ubaidillah dijamin syurga?’ (https://iiumc.com/kenapa-talhah-bin-ubaidillah-dijamin-syurga/).
First of all, terima kasih kepada readers yang support aku untuk continue writing. Alhamdulillah, hari ini kita masih berada di dalam bulan ramadhan, masih diberi peluang untuk beramal, masih boleh membina hati yang hebat, sehebat ‘Keluarga Yassir’.
Aku yakin, ramai yang dah familiar dengan cerita keluarga Yassir. Tetapi sejauh mana kita benar-benar merasakan yang mereka ini adalah hebat. Dulu aku bila dengar tentang syahid, aku just rasa ‘owh, hebatnya dapat syahid’ Hebat di lidah yang aku sebut tu, aku tak rasa di hati. Tapi bila aku attend pengajian and sebagainya, hebat keluarga Yassir ini rupa-rupanya hebat yang aku sendiri tak mampu nak buat.
Sumayyah dan Yassir, islam melalui anaknya iaitu Ammar. Sumayyah ni berkulit gelap. Dia datang dari Habsyah (bole tengok Umar Series atau Buku Ar Raheeq Al Makhtum) . Betulkan aku kalau salah. Dan dia dikahwinkan dengan Yassir dari Yaman. So korang tahu lah orang yaman ni berkulit cerah kan.
Dorang dikahwinkan oleh tuan sumayyah, nama dia Abu Hudhaifah. Lepas dorang kahwin dan ada anak, Abu Hudhaifah ni bebaskan dorang. Diorang merdeka, tapi disebabkan mereka ni dah lama jadi hamba, jadi hati mereka tetap rasa yang mereka ni hamba walaupun dah bebas. So dia still serve keluarga Abu Hudhaifah yang salah satunya adalah Abu Jahal.
Jadi bila islam ni sampai, yang pertama peluk islam adalah Ammar. Ammar yang peluk islam dulu. Mak ayah dia tak tahu pun yang dia ni peluk islam. Ada satu hari ni, orang islam yang kecil bilangannya ni, solatlah kat atas bukit termasuk Ammar. Masa tu ada Abdullah ibn Mas’ud, ada Saad bin Abi Waqqas.
Kebetulan abu Sufyan, ketua bani Syams lalu kat situ dengan geng-geng dia. Pembesar masa ni, ibarat menteri hari ni. Diorang yang urus pentadbiran semua. Jadi dia adalah orang yang dipandang tinggi. Bila Abu sufyan tengok diorang solat kat tempat umum macam tu, dia jadi marah.
Maka terjadilah pergaduhan kecik. Diorang saling baling batu. Nak dipendekkan cerita, Ammar terlibat sama sampai muka dia berdarah. Bila balik rumah, sumayyah tengok muka dia, sumayyah terkejut. ‘Apa yang jadi dengan muka mu ni, wahai anakku?’
Lepastu Ammar cakap, dia gaduh dengan Abu Sufyan. Perghh, terkejut lah Sumayyah dengan Yassir. Dia cakap ” Abu Sufyan? Saiyyidul Abd Syams?” (Ketua Bani syams). Sumayyah dan Yassir sebelum islam, sangat memuja-muja ketua bani ni. Jadi bila Ammar dengar, dia rasa tak senang. Bila tahu Ammar gaduh dengan Abu Sufyan, parents dia still cakap eh kau tak takut ke gaduh dengan dia tu, dia bukan orang biasa, Dia pembesar, Kalau jadi pape macam mana.
Bagi Ammar masa ni, ibu bapa dia risau akan benda yang bukan dalam kekuasaan manusia. Yelah, kita Islam, kita tahu dekat siapa kita perlu takut. Jadi Ammar bangun dari tempat duduknya, kemudian dia suruh Sumayyah dan Yassir duduk. Ammar bertenang dan menarik nafas dalam-dalam. Ammar membacakan surah adh-dhuha dengan tenang sampai habis. Sayu sangat. Sumayyah dan Yassir terdiam.
Usai membaca surah itu, Sumayyah cakap ” Wallahi, ini bukan ayat manusia”. Sekian lama mereka berkhidmat kepada tuan, kini kembali kepada Tuhan. Ammar membawa kedua ibu bapanya berjumpa Rasulullah, dan mereka memeluk islam.
Pada masa ini, tuan-tuan hamba dah start menyeksa. Benda ni di umum Umar al Khattab masa dorang bincang kat Darul Nadwah. Umar cakap, ” Kalau kita nak sekat islam, sekat ahli yang terdekat dahulu”. Jadi masa ni terlalu ramai yang diseksa, sama ada ahli keluarga sendiri, mahupun hamba.
Same thing goes to Yassir. Bila dia dah islam, dia pun takut. Takut kalau diketahui agama mereka. Bila dia cakap yang dia risau, Sumayyah cakap apa? Sumayyah tak cakap yang dia turut risau. Tetapi sumayyah meyakinkan suaminya bahawa Tuhan tidak akan mensia-siakan kita. Betapa hebatnya pendirian mereka.
Dan satu hari, Abu jahal dapat tahu yang keluarga Yassir ni dah peluk islam. Mereka diseret ke padang pasir yang panas membakar. Padang pasir ni panas boleh mencecah 50 darjah, Yassir masa ni tidak berbaju, di jemur. Di sebat dengan cemeti. Mashaa Allah.
Dengan badan berdarah, kena pasir yang panas kat bawah matahari tu, korang boleh bayang tak macam mana azabnya masa tu. Kadang diletakkan batu panas di dada, dalam umar series diletakkan pedang yang dibakar kat dada Yassir. Pernah kena melecur minyak panas? Diorang ni dua kali ganda melecur.
Wallahi, kalau Yassir tu ayah aku, aku tak sanggup nak tengok. Tapi Ammar, hanya mampu pejam mata dan menangis mengharapkan pembelaan dari Tuhan. Rasulullah? Mana Rasulullah? Rasulullah lalu di situ, ya Rasulullah menyaksikan mereka di seksa.
Tapi Rasulullah hanya mampu berkata, ” Bersabarlah wahai keluarga Yasir janji kamu adalah SYURGA.” Betapa mereka yakin yang Syurga janji Allah itu benar, maka mereka terus bersabar. Kenapa Abu Bakar tak beli mereka? Ya, abu bakar nak beli mereka macam mana Abu Bakar beli Bilal, tapi ingat tak yang mereka bukan hamba. Jadi mereka tak boleh dibeli.
Back to the story. Bila setiap hari diseksa, maka meninggallah Yassir. Tubuhnya tidak lagi kuat menahan seksa. Kemudian Sumayyah ditombak. Dan kini, tinggallah Ammar. Semua orang tahu kan Ammar ni mengalah dengan kehendak Abu Jahal dan dia dibebaskan. Kemudian dia berlari menemui Rasulullah, dia cakap. ”Ya Rasulullah, aku ni dah berdusta”. Dia menangis sekuat hati. Hancur hati dia.
Tetapi betapa bangganya dia dengan kedua ibu bapanya, saat perang menentang Musailamah yang mengaku menjadi nabi, masa tu ada tentera islam yang berundur. Kemudian Ammar tampil, dia cakap ‘Mahu kemana kalian. Adakah kalian nak menjauhkan diri dari syurga? Sesungguhnya aku Ammar, anak Yassir’
Bila aku trully belajar dan kaji cerita Keluarga Yassir ini, aku menangis bila dengar Lagu Sumayyah. Ianya sebuah lagu yang sangat mendalam. Otak aku membayangkan macam mana hati Sumayyah itu yakin yang Allah akan membela dia. Macam mana dia yakin yang dia ni dibunuh di dunia sementara untuk hidup di syurga yang selama-lamanya. Aku yang diuji dengan rezeki pun dah mula goyah. Aku yang di uji sedikit dengan perangai orang sekeliling pun dah goyah.
Tika mereka diseksa, ciptaan Allah iaitu padang pasir menjadi saksi pengorbanan mereka. Korang bayangkan di akhirat nanti Sumayyah ni ada jawapan dah kat depan Allah jika ditanya apa yang kau dah lakukan dengan hidup kau? Apa yang kau dah buat untuk agama kau sepanjang kau hidup?
Tapi aku? Aku still mencari jawapan untuk diri aku sendiri. Bila aku fikir yang ‘Mati itu Benar’ dan aku akan rasa jugak, aku jadi takut. Macam mana rupa malaikat yang nak sapa aku nanti?
Kadang aku rasa penatnya baca facebook, instagram yang orang saling memperbesarkan isu-isu kecil, aku rasa sakit sangat kat dada. Dada aku rasa sempit, sebab aku tak tahu aku patut buat. Aku hanya mampu diam. Aku tak mampu nak bisik kat telinga semua orang yang cukuplah, cukuplah kita memperbesarkan isu yang remeh.
Kalau dia bukak tudung, kalau dia murtad, kalau dia buat benda yang tak menyenangkan kat media sosial, komen kita tak mampu nak tegur dia. Abes tu takkan nak tengok je dorang calarkan agama islam kan? Benda yang paling baik kita buat ialah cepat-cepat betulkan diri kita dulu. Tertegaknya Islam dalam dirimu, maka tertegaklah Islam di sekelilingmu.
Akidah itu tak boleh disentuh dengan komen kat media sosial. Tapi ia perlu disentuh dengan kasih sayang. Face to face. Tiada dakwah yang berjalan di media sosial melainkan ianya hanyalah sementara seperti air yang mengalir. Air singgah untuk membasahi hati, tetapi akan kering kembali. Macam mana hebat dia berbicara sekali pun, kalau nak betulkan akidah seseorang, mesti dengan fizikal.
Kalau tengok Abu Bakar bila nak sampaikan Islam, dia pegang, dia sentuh orang tu, dia cakap yang baik-baik. Contact fizikal itu sangat penting. (Boleh baca buku Dakwah Fardhiyah dari Imam Hassan Al Banna- boleh practice untuk tegur anak anak dan family). Ada banyak step . Start dengan bina jambatan hati dulu dan sebagainya.
Islam bukan agama yang semborono main cegah macam tu je. Islam agama yang berseni. Even Rasulullah kalau nak tegur, Rasulullah akan tengok dulu siapa yang rapat dengan orang tu. Rasulullah sampaikan kat orang tu sebagai perantara. Lembut kan cara Rasulullah tegur?
Ya betul kalau korang rasa kadang kena bagi sentap sikit. Tapi sejauh mana rapat kita dengan orang yang kita nak bagi sentap tu? Kalau kita ni tak ada jambatan hati dengan orang yang nk ditegur tu, nescaya hati dia akan makin menjauh.
Kita umat Islam, ada tanggungjawab lebih besar. Anak-anak syria perlu pembela. Anak-anak palestine perlukan saudaranya di sana. Tak cukup wang ringgit untuk kita dermakan, sebab wang ringgit kita hari ini, tak mampu pun nak goncangkan hati musuh Allah.
Wahai ibu-ibu, niatlah anak mu untuk menjadi pembela Islam, sesungguhnya itu adalah masa depan yang paling mahal yang kau mampu bagi pada mereka. Iaitu Syurga.
– Aisyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit