Kenapa Talhah bin Ubaidillah Dijamin Syurga?

Kenapa Talhah bin Ubaidillah Dijamin Syurga?

Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa… Aku tak ade la nak confess sangat. Cuma nak bagi info2 yang kita tak terfikir pun nak cari. Ni first time aku tulis kat page ni.. I’m so sorry kalau cerita n bahasa agak terabur. I just wanna share my feeling..

Kan kita semua dah tahu kan 10 sahabat yang dijamin syurga. Pernah tak korang terfikir, kenapa 10 orang ni yang dijamin syurga? Apa yang dorang dah buat?

Aku macam terfikir la.. Khalid al Walid ni hebat, Abu dujanah pun hebat, Mus’ab bin Umair ni, tak payah cakap..memang mantap..tapi kiranya 10 orang ni lagi hebat la sebab dorang ni terang2 Rasulullah bagitahu yang untuk dia adalah ‘Syurga’..

So harini aku nak cerita tentang Talhah bin Ubaidillah.. aku personally adore sangat dengan dia.

Talhah R.A ni antara 8 orang pertama yang memeluk islam. Ok skip about his history.. yang tu boleh google.. macam mana dia boleh tergolong dalam kalangan 10 orang yang dijamin syurga?

Masa perang uhud, korang ingat tak yang peristiwa barisan pemanah turun dari bukit? Masa tu Khalid Al Walid tengok dan serang balik. Masa tu, Ya Allah, tentera Islam ni diasak teruk sangat. Bole bayang tak macam mana getir nya keadaan masa tu. Memang cemas gila.

Masa tu, Quraisy ni memang nak attack Rasulullah je la. Dan masa dorang attack tu, cuma Talhah R.A yang ada masa tu untuk protect Rasulullah. Dia protect sampai dia kena 10 tetakan. Lepas tu baru sahabat yang lain sedar situasi tu dan tolong protect Rasulullah.

Sahabat semua masa tu risaukan Rasulullah, sebab dahi Rasulullah dah kena panah. Tapi Rasulullah cakap, ‘Tengoklah saudaramu (Talhah) itu, dia terlalu tenat’. Masa ni, Talhah dah rebah, tersungkur dah.

Tapi lepas tu, Rasulullah dan para sahabat berundur ke lereng bukit. Dan masa tu, ada seketul batu yang halang dorang, Batu-batu kat tanah arab ni besar. Dan digambarkan batu ni lagi besar daripada Rasulullah. Rasulullah try nak panjat, tapi tak lepas. Lompat pun, tak lepas jugak.

So korang rasa apa sahabat2 ni buat? Siapa yang tolong Rasulullah? Talhah… Ye, Talhah yang dah kena tetak tadi. Dia membongkok kat bawah, Dia mintak Rasulullah panjat belakang dia. Lepastu baru lah Rasulullah dapat panjat.

Kemudian Rasulullah bersabda : Talhah wajib menerima, iaitu Syurga

Bila baca ni, aku tak pelik kenapa Talhah terima syurga. Apa yang dia terima, berbaloi dengan apa yang dia korbankan. Tapi Talhah syahid tak? Tidak… dia lah sahabat yang digelar ‘syahid yang berjalan’

To all those parents who read this. Alhamdulillah, sekarang aku tengok parents dah namakan anak anak dengan nama-nama sahabat. aku suka sangat, I feel like, zaman sahabat akan datang lagi. Bentuklah anak-anak menjadi hebat seperti empunya nama tu.

Jangan biarkan masa membesar diorang terbazir. Cuba lah yang terbaik untuk mendidik. Masa depan Islam, masa depan negara , mungkin berubah dengan kehadiran Umar alaf baru, Ali zaman baru, Uwais zaman baru.. dan banyak lagi la..

Fahamilah dengan sebetulnya apa maksud ‘amanah Allah’. Bukan sekadar beri pakai, makan, minum je.. Ada tanggungjawab yang lebih besar Allah amanahkan. Renung-renungkan..

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit