Healing

Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua sahabat2 muslim. Nama saya Siti. Tujuan saya menulis adalah untuk berkongsi bagaimana saya cuba untuk bangkit setelah diuji ujian yang persis sama dengan confession ini, (https://iiumc.com/sakit-rasa-dikhianati/).

Pertamanya. Tiada isteri akan redha dikhianati suami dalam konflik orang ketiga. Saya paham apa yang kanda confessor hadapi kerana kisah kita 90% sama. Yang membezakan “kasut” kita, suami saya berfungsi sebagai breadwinner keluarga kecil kami dan suami saya seorang yang muda dan sihat.

Maaf, tujuan saya menulis adalah untuk focus ikhtiar yang saya usahakan untuk merawat luka dikhianati suami. Mungkin saya mengambil masa yang agak lama untuk sembuh, 4 bulan yang lalu and still counting? Semoga membantu sahabat2 di luar sana untuk bangkit dan ada nilaian pahala untuk saya.

1. Banyakkan doa (untuk diri sendiri).

Jangan pandang enteng dengan kemampuan doa. Sesungguhnya doa adalah terapi mujarab. Doa supaya Allah teguhkan hati kita untuk menghadapi ujian ini. Macam2 kita boleh curhat kat Allah dan ambillah masa sebanyak mana pun untuk menangis dan mengadu kepada Dia. Mungkin sehari. Seminggu. Sebulan. Hati kita masih belum recover? Tapi yakinlah. Dia maha Mendengar. Takkan lah dalam banyak2 doa kita. Allah tak kabulkan satu pun, betul tak?

Yang penting, jangan putus harap. Kita hamba yang sangat berhajat dengan kebaikan Tuhan.. Bina hubungan dgn Tuhan melalui doa dan solat. Selain itu, mintalah orang lain yang dipercayai untuk mendoakan kita. Kita tak tahu, mungkin Allah angkat beban yang menyesakkan hati kita kerana mustajabnya doa orang lain yang mendoakan kita. Senyum. Allah maha Baik.

2. Dapatkan motivasi2 positif daripada pelbagai sumber.

Memang betul bila diuji dengan betrayal suami, kita boleh jadi majnun. Walaupun ada orang yang berjaya menyibukkan diri dengan kerja2. Saya antara orang yang tidak dapat focus dan menjadi sangat tidak produktif. Dalam keadaan saya follow rapat Prof Muhaya, Ustaz Pahrol, Ustaz Ebit dan sebagainya, emosi saya mudah triggered dek permasalahan ini. 1 kesimpulan yang paling mujarab yang boleh saya kongsikan. Sebenarnya motivasi yang paling padu ada dalam lembaran2 wahyu dari Tuhan.

Ya. Al-Quran mampu membuatkan saya waras dan menahan diri daripada perturutkan emosi. Jangan sekadar baca. Tetapi kita kena perhalusi mesej2 di dalamnya. Antara surah yang memberi impak kepada saya adalah surah An-Nur. Point yang saya dapat drpdnya, adalah bagaimana pemilihan sosok peribadi untuk kita angkat menjadi pasangan hidup membawa kepada keutuhan institusi kekeluargaan dan pembinaan komuniti yang hebat. Jadi, sahabat2ku. Dalam sekian banyak ayat/surah dalam AlQuran. Pasti banyak yang akan merawat luka di hati.

Point yang saya nak highlight di sini adalah stabilkan diri dengan “spiritual approaches” then baru kita sembang macam mana nak urus keluarga kita? Nak cerai ke? Nak pertahankan ke. Kalau nak bagi peluang,macam mana kita nak hadapi masa depan dengan hati yang ada parut?

3. Musyawarah dengan orang2 yang soleh dan dipercayai.

Kita bukan nak cari” fan club”. Ketahuilah kalau kita bagitahu orang, yang suami kita ada orang lain. Semua orang akan hentam suami kita. Semuanya akan memberi solidariti kepada kita. Tetapi di situ sebenarnya sedikit sebanyak kita sudah membuka aib suami (dan kita sendiri). Maka pemilihan orang yang kita mahukan pandangan dan nasihat, mestilah orang yang ada kemampuan untuk mencapai objektif kita bagitahu.

Sebabnya. Yang kita mahukan adalah solusi yang menguatkan jiwa. Ada di antara mereka yang fokus nasihatnya untuk memberi moral support. Ada yang focus macam mana nak hadapi konflik sekarang. Dan paling penting pandangan2 mereka untuk kita tata perancangan hidup yang lebih baik. Ketahuilah ramai orang nakkan kebaikan untuk kita. Walaupun mungkin kita rasa mereka tidak empati. Tetapi mereka mahukan yang terbaik untuk kita.

4. Istikharah.

Kalau tanya ego diri. Saya memilih untuk cerai sebenarnya. Tetapi saya kalah dengan maksud Doa Istikharah (nanti boleh google). Kerana kita tidak tahu apa yang Allah sediakan untuk kita in future. Kerana kita tidak tahu pilihan cerai/bertahan ini baik atau tidak untuk kita. Kita yakin je lah dengan doa ini. Tawakkal. Allah akan lorongkan jalan keluar terbaik.

Yang paling penting, pada masa ini, kita dah betul2 letakkan Allah sebagai sandaran hati. Bila kita sedar semua ujian ini adalah untuk kita balik kepada Allah dengan penghambaan yang paling tulus. InsyaAllah. Hikmah akan mula tersingkap sikit demi sikit.

Jay Shetty kata, jangan buat keputusan jangka panjang hanya kerana peristiwa singkat yang terjadi sekarang. Saya yakin. Di luar sana ramai sahabat2 yang memilih untuk mempertahankan rumahtangga bukan sebab takut title janda. Kita banyak pertimbangan, dan sebenarnya kita tak perlu explain kat orang apa reason tindakan kita. Semoga apapun pertimbangan kita, Allah redha.

Ambillah masa untuk rawat hati ini. Sabar and don’t rushing. Ada orang, bila diberi peluang kedua. Dia akan jadi orang yang lebih baik dan takkan sia2kan peluang tu. Bagi peluang untuk diri kita dan pasangan? Moga2 apa pun tindakan kita bernilai ibadah dan Allah pasti memberi ganjaran walau sekecil2 amal.

Selamat berjuang, sahabat2ku. Doakan saya kuat juga!

– Afwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *