Assalamualaikum. Terpanggil untuk berkongsi selepas baca,
‘Kerana Mulut Nyawa Binasa’ (https://iiumc.com/kerana-mulut-nyawa-binasa/) dan ‘Kerana Seorang Lelaki’ (https://iiumc.com/kerana-seorang-lelaki/).
Kedua-duanya menceritakan tentang hubungan luar antara suami isteri dan kesan kehidupan terhadap keluarga. Tak kurang juga konsep yang nak aku kongsikan.
Ada sebuah keluarga ni sangat bahagia. Dikurniakan ramai anak dan rezeki yang banyak hasil berniaga. Tapi adat dunia ni, medan ujian bagi orang beriman dan bukan syurga bagi orang beriman.
Setelah beberapa tahun keluarga ini hidup bahagia, didatangi seorang janda yang juga merupakan pekerja bagi keluarga ni. Datangnya beserta niat untuk mengorat si ayah. Usahanya tak pernah putus walaupun si ayah pernah cuba melupakannya.
Anak-anak masih kecil, ramai, dan perlukan perbelanjaan yang banyak untuk pendidikan dan masa hadapan. Sekali tersalah langkah urus keluarga dan kewangan, boleh jatuh hingga ke papa kedana. Itulah yang berlaku pada keluarga ini.
Anak-anak tadi alhamdulillah dibesarkan dengan pendidikan agama oleh ibu mereka. Walaupun ibu ayah bukan dari latarbelakang sekolah agama. Si ibu amat menitikberatkan pendidikan agama, tapi si ayah lebih kepada kerjaya duniawi.
Hampir 3 dekad keluarga ini bersama, akhirnya diuji dengan pernikahan secara sembunyi si ayah dengan si janda. Akhirnya dia berjaya ‘menjatuhkan’ seorang lelaki untuk menuruti segala rancangannya.
Hubungan suami isteri menjadi sangat tegang, pelbagai agenda dan perancangan di lakukannya sebelum mereka bernikah. Tapi ahli keluarga tadi sentiasa positif untuk tidak buruk sangka. Sehingga keadaan menceritakan segalanya.
Perniagaan juga menjadi merosot dan akhirnya lenyap. Rumah, kenderaan semua terpaksa dijual kerana si ayah tak mampu menanggung semuanya. Malahan hutang terhadap isteri keduanya bertambah. Pendapatan tiada. Hal ini sangat mengusut dan membebankan si ayah.
Selepas terbongkar pernikahan mereka dahulu, ahli keluarga bertindak untuk memastikan samaada pernikahan itu sah atau sindiket, agar dapat mematuhi syariat. Walaupun sedih dan sakit hati atas apa yang berlaku, akur dan redha itu menjadi teman.
Alhamdulillah pernikahan itu sah. Namun, rahsia mereka terbongkar selepas membaca kenyataan dari Mahkamah Tinggi Syariah. (Selepas tahu dah bernikah, isteri pergi ke pejabat agama untuk pastikan pernikahan itu sah walaupun keadaan ekonomi suami tidak melayakkan si suami untuk berpoligami! Selepas ke pejabat agama, pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah dan mendapatkan salinan perjanjian/akuan yang telah dibuat oleh peguam. Alhamdulillah dalam tu semua maklumat ada)
Antara perkara yang terbongkar ialah:
1. Alamat kepada isteri pertama bukan alamat sebenar. (Hal ini bagi memudahkan proses poligami kerana defendan tidak hadir ke mahkamah sedangkan surat/tujuan tidak diketahui isteri pertama)
2. Jumlah pendapatan & perbelanjaan keluarga tidak tepat. (Walaupun si lelaki mengalami masalah kewangan yang teruk, surat itu boleh membantu untuk menipu mahkamah)
3. Pelbagai janji-janji yang ditulis agar menampakkan si lelaki seorang yang adil dan berlaku adil pada kedua-dua pihak.
Tiada lagi hangatnya kasih seorang ayah. Tiada raya bersama ayah. Bukan hanya konflik suami isteri. Perkara begini turut memberi kesan kepada anak-anak. Tak dinafikan, mungkin banyak punca yang menyebabkan sesuatu perkara tak diingini berlaku. Antara nya:
1. Lemahnya komunikasi keluarga
2. Gangguan pihak ketiga
3. Syak wasangka
4. Hasutan pihak ketiga, keempatโฆ
5. Kekurangan ilmu agama
6. Kurang percaya pada janji Allah
7. Kelemahan iman
8. Perkara ghaib
9. Amanah dan tanggungjawab
10. Kejujuran dan kesetiaan
11. Ego dan sebagainya
Banyak lagi kalau nak disenaraikan hehe. Ikut nafsu amarah, jiwa muda, anak mana tidak kecewa bila ibu bapa bergaduh, dikacau pula orang ketiga hingga merosakkan hubungan keluarga.
Sekarang, semuanya hanya mampu membiarkan keadaan merawat segalanya. Jika perpisahan menjadi pendamai, biarlah mereka berpisah kerana Allah Taala. Jika diam itu lebih baik, biarlah masa mengubati semua hati yang terluka. Penat sudah untuk menegur dengan kata-kata. Andai belum masanya hidayah tiba, izinkanlah ia tiba sebelum kita semua menutup mata.
***
Pernikahan itu indah bila berlandaskan syariatnya. Susah atau senang, kaya atau miskin, yang penting kebahagiaan itu tiba bila kita hanya ingat pada Maha Pencipta. Dendam itu hilang bila kita sedar dunia ini tiada apa-apa nak dimiliki. Syukur tak diuji dengan penyakit-penyakit misteri seperti confessions sebelum-sebelum ni, tapi ‘sakitnya’ tetap rasa dalam lubuk hati. Kini, kesakitan itu juga sudah pudar dengan ingatan pada Yang Maha Esa.
Cintailah seadanya, hargailah seadanya, sayangilah seadanya bukan dengan sepenuh jiwa dan raga. Berikan sedikit ruang untuk Maha Pencipta. Agar lebih tenang berdepan setiap ujian dariNYA.
Selamat Hari Bapa.
Kerana hari-hari sentiasa ingatan untuk pelosok seorang lelaki bergelar Ketua Keluarga. Baik atau buruk mereka, jangan hilangkan dari doa kita.
Suatu hari, pasti kita semua berkumpul bersatu kembali. Tak disini, mungkin disyurga sana. Aamiin.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit