Assalamualaikum, confession ni keluar based on this story actually, (https://iiumc.com/gastrik-dan-
Ok, first of all let me introduce myself. Aku pensyarah muda yang ada doctorate. Lepas setahun masuk kerja, aku diberi tugas-tugas tambahan dalam management. Aku boleh cope semuanya,Alhamdulillah. Tapi masalah timbul bila aku pregnant anak ke-4.
Dr Gynae yang treat masalah aku explain yang aku ada bad history pregnancy plus, stress at workplace which leads to Anxiety disorder. Anak 1st emergency czer, anak second premature at 24 weeks, anak third miscarriage at 19 weeks and now tengah pregnant anak keempat dalam 16 weeks.
Aku kena Anxiety disorder masa early pregnancy hari tu. Ditambah pula dengan hujung semester, nak habiskan silibus, marking, final supervision untuk my final year students sebelum diaorang present, lab test plus additional management works. Stress sangat padahal aku buat phD pun tak stress macam ni..
Apa simptom yang aku rasa? palpitation (berdebar yang amat sangat which leads to aku akan menangis sebab sangat tak sedap hati, tak senang duduk), hand shaking, sweating, gastrik yang teruk, rambut gugur yang teruk. Aku tak boleh dengar anak-anak menjerit-jerit, bertekak, nanti aku akan jadi serabut, nak marah.
Mula-mula aku ingatkan ni normal sebabkan hormon mengandung. Sampai aku buat Thyroid test dan juga ECG. Tapi kedua-dua test normal. So, my Gynae’s diagnosis was Anxiety Disorder. Dr referkan aku ke Psychiatrist (Psy).
Bila dengar Psy, semua orang akan ada bad impression kan? macam tu jugak aku. Aku terfikir, teruk sangat ke keadaan aku sampai kena jumpa Psy? Dah la kena tunggu seminggu untuk jumpa Psy ditambah dengan simptom-simptom yang aku hadapi, stress sangat rasanya.. Husband je tempat aku share perasaan masa tu. Tapi orang yang tak kena seriously tak akan faham apa yang ko tengah alami.
Lepas aku dah jumpa Psy, dia explain simptom yang aku rasa ni memang Anxiety disorder. Anxiety boleh dibahagikan kepada 2 jenis, Conscious (sedar) dan Unconscious (tanpa sedar). Psy diagnose aku as Unconscious Anxiety sebab dalam otak aku lansung aku tak fikir pasal past pregnancy problems. Tapi rupanya-rupanya effect kebimbangan aku timbul dalam bentuk simptom yang macam aku nyatakan.
Kalau Consious Anxiety, ko akan asyik terfikir benda-benda yang membimbangkan ko contohnya macam duit tak cukup, results experiment tak cantik, thesis tak siap lagi, pikir apa pakcik makcik bawang cakap dan sebagainya. Kedua-dua akan leads to all those symptoms. Korang boleh google Anxiety disorder symptoms.
Ni aku share apa yang Psy explain hari tu..Untuk pengetahun korang, kat otak kita ada 1 storage hormon iaitu Serotonin. So, ada macam-macam jenis saraf yang akan melalui dan terendam dalam storage hormon ni.
So, bila seseorang ada Anxiety , depression, stress dan sebagainya yang berkaitan dengan metal, hormon dalam storage ni akan berkurang yang menyebabkan terdapat beberapa saraf yang akan expose dan tak terendam lagi. Masalah ni yang akan menyebabkan simptom-simptom seperti palpitation, sweating, kebas tangan dan kaki, rambut gugur, migrain dan sebagainya.
Semakin berkurang hormon ni, akan menyebabkan banyak simptom lagi yang akan timbul. Worst case bila level hormon ni dah minimum, ia akan ganggu emosi ko contohnya cakap sorang-sorang, menangis tanpa sebab dan sebagainya.
Dr tak paksa aku makan ubat even salah satu cara nak naikkan hormon ni dengan makan ubat. Dia bagi choice untuk aku cari jalan to overcome my anxiety. Psy nasihat, if tak boleh cope dengan simptom, aku boleh datang untuk ambil ubat dan jangan risau sebab ubat tu sesuai dengan ibu mengandung tapi tak digalakkan makan masa 1st trimester.
But now, aku rasa lebih tenang (mungkin sebab sekarang kurang stress dengan worload kerja dan aku pun dah masuk 2nd trimester). Aku ambil langkah perhatikan masalah yang akan trigger my Anxiety. Aku try divert masalah kat tempat kerja buat sementara waktu.
Nasihat aku, anyone yang rasa ada simptom-simptom macam aku mention, please seek for advice. If rasa semua test ko dah buat dan result normal, try go for Psy. Masa appointment aku hari tu, orang tak boleh tidur malam pun seek for Psy’s advice. Please take care of your mental health.
Kat Malaysia tak ditekankan sangat mengenai Mental Health tapi dalam masa yang sama ramai Malaysians yang suffer with mental illness samada sedar atau tak sedar. Contohnya, paling sedih orang anggap ko gila if jumpa Psy. Macam tu la perumpamaan dia suasana kat Malaysia ni.
Alhamdulillah aku dikurniakan ketua jabatan yang memahami masalah ni.. Family support pun kena mainkan peranan. kena sentasa ada bersama if problem ni attack. Please jangan simply anggap ni masalah biasa or ringan.
Doakan aku dapat bersalin sehingga cukup bulan dengan anak yang sihat, Amin.
– Shima (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit