Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak

Assalamualaikum warga iiumc. Disini aku nak kongsi kesilapan ibubapa dalam mendidik anak anak dalam zaman sekarang.

1) Terlalu manjakan anak. Manja kat sini bermaksud memenuhi segala keperluan anak walaupun sudah mencukupi.

A) Contoh : pergi mall anak nak mainan. Baru tantrum, nangis sikit dah cuak dan belikan diorang mainan. Lama kelamaan anak sudah terbiasa. Mahu apa2 cuma hentak kaki menangis nescaya parents belikan.

Kesannya : Anak jadi tersangat manja. Takut untuk keluar dari zon selesa. Biasanya menjadi anak kesayangan mak ayah. Segala keperluan dipenuhi. Sukar mahu hidup susah. Apabila dewasa kemungkinan menjadi beban kepada orang tua.Ibarat tanggung biawak hidup.

2) Terlalu dengar dan percayakan kata2 anak. Kita sebagai ibubapa wajib dengar dan percayakan kata2 anak. Tetapi ada had batas. Jika anak disentuh secara seksual atau didera disini sangatlah penting kata2 anak. Tetapi yang menjadi masalah apabila ibubapa terlalu ikutkan kata anak. Tanpa usul periksa percaya kata anak bulat2.

Contohnya : anak pukul anak jiran, bergaduh dengan orang, maki hamun, adu domba perkara palsu mengenai seseorang. Lalu tanpa usul periksa terus serang @ pukul @ maki hamun orang berkenaan. Wajarkah? Jika sekali dua sikap anak begini mungkin kata2 orang luar tipu. Tapi jika sudah sering kali berlaku perkara yang sama. Adakah anak anda tipu atau anda yang terlalu ikutkan kata anak?

Kesannya : mencontohi sikap anakku sazali seperti dalam filem “Anakku sazali”. Dan juga mengakibatkan hubungan parents terhadap orang lain keruh serta dingin, bermasam muka dan dibenci. Malah anak akan menjadi lebih teruk sikapnya.

3) Membiasakan anak dengan kehidupan mewah sebab tidak mahu anak merasai hidup susah payah.

Contohnya : ada parents yang beranggapan alah biarlah anak aku senang, dulu aku dah hidup susah. Lalu manjakan dan biasakan anak dengan cara hidup mewah. Hari hari makan mewah. Wajib makan di hotel. Hujung minggu keluar Shopping atau pergi bercuti luar negara.

Setiap duit anak minta diberi sebegitu sahaja. Masa lapang ke kedai branded kerana mahu up to date kononnya. Ada pula langsung tak boleh makan lauk kampung atau ikan sardin, ikan sungai. Kononya tak sedap dan tak biasa makan. Seolah2 taburkan anak dengan kemewahan dan kesenangan dunia.

Kesannya : Bila anak sudah terbiasa cara hidup mewah. Bagaimana anak mahu berdikari?.Bagaimana anak mahu berdiri atas kaki sendiri?. Jangan sampai satu masa anak mengharapkan duit @ harta ibubapa kerana takut hidup susah dan mahu sentiasa up to date mengikut trend semasa. Dan apabila ibubapa tiba tiba susah adakah anak memahami situasi?

4) Merajakan anak lelaki dan menghambakan anak perempuan. Kita sudah berada dizaman moden. Tetapi tidaklah sehingga melupakan adat resam nenek moyang. Jadi mengapa masih ada ibubapa yang berfikiran kolot?

Kenapa masih rajakan anak lelaki? Anak lelaki dibiarkan makan minum terhidang, membongkang dalam bilik tidur sehingga matahari naik, cukup masa keluar rumah lepak sampai pagi. Manakala anak perempuan mesti buat bermacam kerja rumah dan ibarat hamba dirumah sendiri. Jika salah sedikit diherdik dimaki hamun.

Tolonglah wahai ibubapa sekalian. Ubah cara anda berfikir. Anak lelaki bakal menjadi iman dalam keluarga. Bakal menjadi seorang suami dan seorang bapa. Jadi didiklah anak lelaki seperti lelaki. Biasakan mereka dengan kerja kerja rumah. Bukan hanya meletakkan kerja rumah pada anak perempuan. Jangan samakan zaman dahulu dan zaman sekarang. Masakan mahu menunggu anak lelaki anda berkahwin dan meminta isteri mendidik anak anda?

Biasakan anak lelaki dengan tanggungjawab. Didikan anda sekarang mencorakkan sikap anak anda. Didik juga anak perempuan dengan sewajarnya. Sama sama berganding baju mengalas tanggungjawab.

5) Menyerahkan tugas mengajar anak kepada guru. Ya sebagai manusia Kita sangat memahami kesibukkan ibubapa. Tambah tambah dalam mengukuhkan ekonomi keluarga. Tetapi bukan dengan cara menyerahkan tugas mengajar anak bulat2 pada guru sekolah.

Apabila anak menjadi seperti yang tidak diharapkan mula lah salahkan cikgu. Malah ada segelintir ibubapa beranggapan sekolah adalah tempat anak belajar semua jenis ilmu 100%. Ya betul. Tetapi lebih tepat Jika ibubapa sendirilah yang mendidik anak mereka.

Mendidik anak bermula dari dalam kandungan ibu lagi. Proses mengajar anak bermula seawal usia anak sebenarnya. Dari fasa merangkak, bertatih,berlari dan mengenal huruf.Seeloknya ibubapalah yang mendidik. Begitu juga soal adab. Disekolah memang ada guru. Tetapi pendidikan sebenar bermula dari rumah.

6) Terlalu negative pada anak. Tak dinafikan ada setengah mak ayah yang berfikiran negative terhadap anak anak. Apa sahaja tindakan anak salah, buruk pada mata mereka. Setiap pandangan yang diberi pada anak berunsur negative. Kerana ibubapa ada sejarah buruk pada usia muda maka setiap perbuatan anak diberi negative feedback.

Kesannya : anak mudah mengalah, mudah lemah.

7) Jika anak menangis, ganggu ibubapa lalu mereka berikan phone, tablets. Sebenarnya ini perbuatan yang salah. Kanak kanak yang terdedah kepada gajet seawal usia atau ketika kecil mudah menjadi seorang pendiam, tidak pandai bersosial brsama rakan, lebih kepada dunia sendiri dan mudah blur.

8 ) Terlalu memaksa anak mengikut standard ibubapa.

Contoh : paksa anak ikuti kos sains streme atau kos yang anak tak minat. Sebab? Semua anak kawan ibu belajar kos itu.Jadi untuk sama standard anak menjadi mangsa.

Kesannya : anak gagal dalam kos tersebut, anak memberontak dan kecewa.

9) Terlalu bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain.

Contoh : anak jiran belajar sampai oversea. Anak aku sampai negeri tertentu je.

10) Tidak menegur perbuatan salah anak.

Contoh : Pergi rumah saudara berhari raya, apabila anak tiba tiba mencarut pada tuan rumah biarkan saja. Dengan alasan “alah budak lagi ”

11) Dan lain lain, sekian dari saya.

Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari diri saya sendiri.

– Cik puteh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *