Rutin Seorang Ibu

Aku baca pasal posting “cara urus rumah tangga” (https://iiumc.com/cara-urus-rumahtangga/), dalam IIUMC. Menarik jugak la sharing dia yang membuat aku pulak nak kongsi cara aku uruskan hidup aku.

Aku ni recently single mother. Terngiang2 lagi ucapan cerai di mahkamah tu. Tapi secara zahirnya, aku dah jadi single mother dari bulan 10 2018 bila ex keluar rumah. Mula2 dia bawak lari anak kami yg sulung, meroyan jugak la aku walaupun anak sulung dah 6 tahun. Sebulan dia “culik” last2 dia pulangkan balik anak kami. Tahu pun penat jaga budak. Hahahahaha. Padan muka kau.

Anyway, lepas ex keluar rumah, susah la jugak nak biasakan diri. Sebab di rumah, tugas ex memang basuh pinggan sebelum tido (most of the time, kdg2 ada jugak dia ngelat), basuh baju, keringkan baju di dobi (walaupun panas terik tapi dia malas sidai so dobi senang keja dia) dan buang sampah (although dalam sebulan 2,3 kali jugak berulat dulu baru buang).

Other than that, kami 50/50 la basuh berak anak, mandikan ank etc. Note that 3/4 masa kami kahwin laki aku tak keja, aku je kerja 8-5, anak2 letak pengasuh.

So macam mana aku buat lepas jadi single mother? Adakah kehidupan aku lagi kalut sebab hilang a pair of hands to help? Honestly, nope. Weh, bahagianya bila kurang satu beban yang besar. Haha… Setiap pagi aku bangun pukul 4 pagi, light warm up then exercise ikut youtube dalam 15 min, terus masuk dapur buat sarapan dan bekal lunch untuk aku dan anak2. Simple2 je selalunya.

Contoh ikan bakar, ayam bakar, sayur rebus 1 min. Gitu2 je. Then subuh, mandi, siap pergi kerja, buang sampah di dapur manakala anak2 aku terus hantar pengasuh dalam keadaan tak mandi. Anak sulung sekolah petang so kalau aku mandikan awal pun nanti busuk balik. So pengasuh la uruskan semua.

Balik kerja terus ke dapur siapkan dinner. Masa ni memang aku on tv, bukak cartoon untuk anak2, bagi mainan untuk main, sementara aku sibuk kat dapur. Then makan, mandi berjemaah kami bertiga, solat berjemaah jugak. Then chill sambil tunggu isyak, masa ni aku akan interview anak2 aku pasal apa yang diaorang lalui hari tu, bersembang, golek2 atas sejadah, cium pipi, peluk2 and stuff like that lah.

Isyak, lepas isyak tv tutup aku akan bantu anak sulung buat homework. Anak kedua pulak aku ajar membaca sambil ditolong yang sulung. Pukul 10 sharp, aku suruh anak2 aku simpan semua mainan, then tutup lampu, masuk bilik tido. Aku akan keluar dari bilik, sapu lantai yang anak2 aku sepahkan lepas makan td, then mop lantai (nasib rumah flat, kecik senang urus).

Aku strika baju aku, kemaskan barang untuk bawak ke pengasuh, siapkan beg anak, then kul 11 aku join ank2 aku tido. Kadang2 anak2 aku ni licik, pukul 11 tak tido2 lagi, sibuk bergurau sesama sendiri. Kalau jadi mcm ni, memang aku jadi tickle monster la siap dua2 kena geletek sampai tertido.

Itu lah rutin aku untuk weekdays. Weekend aku dedikasikan untuk anak2. Sabtu selalunya aku n anak2 akan bangun lambat (tido balik lepas subuh). Pukul 9 – 10 baru celik. Mandi, terus breakfast luar. Maklum la hari2 makan air tangan sendiri bosan jugak. Lepas kenyang terus ke supermarket cari barang basah untuk seminggu.

Anak2 memang excited la sebab boleh “tolong mama beli barang” (termasuklah menyelinap barang diaorang sekali dalam troli tuh. Hmphhh). Selalu groceries kami dalam rm100 – RM170 macam tu sekali beli. Tak pernah lebih dari tu. Balik rumah, selalunya semua dah kenyang dek junk food yang sempat kami beli masa groceries tu. So anak2 akan entertain themselves kat depan, aku pulak mengemas barang2 belian tadi.

Sementara mengemas, letak baju dlm mesin so bila aku dh setel kemas, baju dah sempat basuh. Sidai baju, basuh lagi seround then masak special untuk anak2. Masak special dalam definisi anak2 aku of kos la spagetti, nasik ayam, lasagna. Layan je lah. Dah masak, sidai baju lagi seround. Kalau hujan, memang mengdobi la kami.

By this time dah lebih dari asar dah. Solat asar bawak anak2 lepaskan energy di taman. Either g jogging atau bawak anak2 g playground. Main la sampai magrib. Magrib, balik mandi, solat, tunggu isyak, solat then movie night. Anak2 memang suka movie night. Layan je dua2 movie apa pun.

Favourite anak2 is white chick. Walaupun citer bukan untuk kanak2 tapi bila ada part tak senonoh tu explain la kat anak2 balik. Anyway diaorang tak leh lari dari benda negative dalam dunia ni. Instead of denying things like that exist, better educate so that they understand things better when they face it in the future.

Ahad pagi, lepas subuh aku terus manage baju yang basuh semalam. Aku tak lipat yer baju2 aku (kecuali pakaian dalam), aku akan sangkut baju2 aku. Rumah aku tak ada almari pun. Ada tempat sangkut baju beli kat ikea 3 unit. Towel, cadar katil ke apa aku letak dalam 1 rak. Senang.

Lepas tu strika 5 baju anak aku nak skolah, aku bg terus semua baju2 tu kat pengasuh isnin nanti. So tak la aku serah bulat2 kat pengasuh aku. Pengasuh aku mandikan anak2 pagi2, siap ke sekolah, hantar n amik anak. Itu je. Petang2 aku amek dalam keadaan busuk balik aku mandikan sendiri. Kan aku mention kat atas tu. Makan pun aku bekal kat anak2 so tak la aku harap pengasuh buat semua.

Anyway, dalam pukul 9,10pagi anak2 dah jaga, aku siapkan sarapan, sarapan sama2 then aku tanya anak2 aku nak buat apa hari tu. Ikut lah diaorang nak buat apa since kerja2 rumah aku dah setel semua. Kadang2 nak jalan mall, nak main dalam indoor playground, nak painting, mandi pool ke apa aku ikut je. By maghrib, semua aktiviti dah setel, solat magrib, solat isyak dan sesi study sama2 bermula dan repeat semua rutin.

Dari segi kepenatan, memang penat. Sebelum ni lagi penat dengan fully bf anak kedua lagi. Dah la aku ni yatim piatu tak ada mak bapak nak tolong. Adik beradik lain semua kakak2 masing2 bizi dengan family sendiri. Aku sorang2 je lah hadap ex malas kerja, kerja opis, uruskan keluarga kami.

Bila dah single mother, alhamdulilah things are easier. Masak pun since aku n anak2 aku jenis tak memilih so simple dish dah sufficient dah. Aku pulak tak perlu nak sakit hati balik rumah sepah sebab aku sendiri akan kemas sebelum tido. Kalau letih sangat aku biar je tak berkemas nanti dah ok aku buat.

Emosi aku lebih stabil sebab tak ada orang nak sakitkan hati aku lagi. Aku bizi sangat uruskan diri, anak2 dan kerja sampai aku tak ada ruang untuk merenung nasib sendiri. Malam2 tidurku lena sekali sebab memang letih gila. Alhamdulilah, all is well for me setakat ni. Allah tarik satu nikmat Allah kurniakan nikmat lain yang lagi indah.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *