Kit STD di Klinik Universiti

Assalamualaikum. Aku seorang pelajar di sebuah universiti di sebuah negeri kecil. Dalam 2-3 hari aku rasa demam. Sekejap panas, sekejap elok. Jadi selepas aku makan di cafe, aku terus pergi ke klinik di universiti tak jauh dari fakulti.

Masuk je ke klinik, hanya ada 2 orang yang menunggu giliran. Apabila nombor aku dipanggil, aku terus ke bilik doktor. Aku cerita tentang sakit aku pada doktor dan dia kata lebih baik cek darah sebab risau kalau denggi. Dia minta aku pergi ke bilik rawatan. Setibanya aku sampai, staf ditugaskan keluar sebentar.

Aku duduk dibilik tu sambil memerhati segenap sudut bilik. Aku dah bosan melihat phone yang baru saja aku belek ketika menunggu giliran tadi. Tiba2 aku terpandang sebuah kotak diatas kabinet. Disitu tertulis HIV, Syphilis, Chlamydia dan beserta perkataan lain yang aku agak unfamiliar.

Tapi aku pasti perkataan yang lain tersebut mesti berkaitan dengan STD or sexually transmitted diseases dan barang dalam kotak itu mesti alat yang digunakan untuk cek diseases tersebut. Aku pun tiba2 timbul rasa ingin tahu, mereka memang ada guna alat tersebut?

Beberapa ketika kemudian, staf bilik tersebut datang dan mengambil darah. Sakit sikit la kene cucuk tu. Tapi tak la sesakit yang aku pernah rasa bila jatuh motor dulu. Selesai proses ambil darah, aku kembali di bilik doktor. Result darah tu ambil masa sikit, jadi aku ambil kesempatan untuk bertanya pada doktor tentang kotak dibilik rawatan tadi.

Doktor tu pun jawab, didalam kotak tersebut ialah kit untuk cek STD dan memang berguna. Dia kata sebenarnya, pihak universiti tak dapat pun bekalan kit ni. Jadi pihak klinik universiti minta kit2 ni di hospital dan kilnik kerajaan seluruh negeri.

Aku pon terkejut, sampai boleh tak cukup? Ramai student yang ditest dengan kit tersebut. Sebenarnya student2 yang ditest ni taktau pun mereka sebenarnya terkena STD.

Jadi bila cek positif ada STD, mereka akan terus dikaunseling dan minta pasangan mereka untuk datang cek sekali. Bila ditanya, mereka ni bertukar2 pasangan. Sekejap dengan kawan sama universiti, kemudian dengan kawan mereka kenal diluar. Tapi yang aku betul2 terkejut, yang positif STD ni adalah semua Melayu. Islam.

Kalau di uitm mungkin semua tak terkejut sebab non-muslim boleh kira dengan tangan. Tapi universiti aku ni, komposisi pelajar mengikut pandangan aku, 50% Melayu, 45% Cina dan 5% India dan lain2. Bagaimana semua yang positif STD ni Melayu sedangkan Melayu hanya 50% dari jumlah pelajar?

Aku pasti, sikit sangat student yang tau tentang benda ni, mungkin hanya aku. Aku yakin pihak universiti tahu tapi demi menjaga nama, mereka tak mahu dedahkan. Sepatutnya pihak universiti perlu bendung benda ni dengan jalankan kempen tentang penyakit ni.

Terangkan keburukan. Berikan statistik. Tunjukkan gambar, imej2 yang boleh buat pelajar insaf. Benda ni perlu dididik, pengetahuan agama sahaja tidak cukup. Pendidikan seks kena ditekankan untuk pelajar2. Berapa ramai lagi pelajar Melayu Islam kita nak biarkan dijangkiti penyakit ni?

– Sejarawan Engineer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *