Assalamualaikum semua.. Hi.. Terima kasih admin kalau cerita aku ni disiarkan. Sebenarnya niat dihati nak berkongsi pengalaman pada adik adik abang abang dan kakak kakak yang bakal graduate tahun ni. Tak kisah la graduate diploma ke degree ke.
Okay aku mulakan dengan kisah aku. Umur aku 24 tahun berasal dari Kelantan dan graduate diploma sahaja. Aku ulang ya graduate diploma sahaja. Aku cuma nak share pengalaman aku lepas graduate. Aku grad masa umur 21 tahun. Masa belajar aku banyak main-main tapi alhamdulilah dapat jugak grad.
Bulan pertama menganggur tu okay la. Duduk rumah tengok tv, baca novel, main socmed. Masuk bulan kedua aku dah struggle cari kerja sebab terkejut tengok hutang ptptn oiii. Huhuhu hampir lupa yang hutang tu wajib dibayar!
Segala jenis job vacancy aku apply. Masa tu tak fikir pun gaji berapa. Serius kalau gaji 1k sebulan pun aku tak kisah sebab masa tu mana nak fikir duit sangat kan. Komitmen pun takda.
Hampir setahun aku menganggur tapi tak pernah putuh asa untuk isi mana2 kerja kosong. Dalam masa hampir setahun tu ada la jugak dapat interview tapi mungkin belum sampai rezeki aku. Suara-suara sumbang dari sedara mara terdekat dah lali kat telinga aku ni.
Soalan yang aku selalu dengar ‘kau ni tak nak cari kerja ke’ ‘duduk kt rumah tak bosan ke’ ‘sampai bila nak menganggur’ ‘kau ingat kerja yang cari kau ke’. Ya Allah ya rabbi masa tu memang aku nak je cakap ‘kau tahu mana aku tak cari kerja ??’.
Dia ingat zaman sekarang macam zaman dia. Jalan keliling bandar sambil kepit fail kat dada pastu pergi mana-mana company and tanya ‘ada kerja kosong tak??’’. Tapi fikir kan orang tua.. aku diam kan aje.
Kadang aku sampai menangis fikirkan nasib sendiri sampai bila nak harapkan duit mak ayah. Alhamdulillah mak aku sendiri mulut tak secelupar sedara yang lain. Dia tahu anak dia punya struggle macam mana. Berkat doa mak aku, aku dapat kerja setelah setahun berduka huhuhu. Gembira yang amat bila gaji almost 1.5k.
Dekat Kelantan ni kalau gaji 1.5k dah dikira untung sangat. Tempat kerja okay. Bos okay walaupun berbangsa cina , satu aku share istilah rasist tak pernah wujud di Kelantan. Serious aku cakap kalau sapa-sapa baca kisah aku and dia orang Kelantan mesti dia faham apa yang cuba nak sampaikan. Kat sini kami bergaul tak kira bangsa. Aku bangga sangat dengar orang cina dan india cakap Kelantan.
Mungkin tak semua tapi majoriti sangat hormatkan agama lain. Kat sini tak pernah ada isu laungan azan ganggu diorang ke. Takda disco,pub or seangkatan dengannya pun langsung takda masalah bagi diorang. Yang ada cuma ahli-ahli politik yang nak laga-lagakan kaum ni sedangkan rakyat okay je hidup aman damai.
Okay balik pada cerita kerja tadi. Huhu maaflah excited sangat cerita pasal negeri sendiri. Aku kerja tak sampai sebulan dah dengar soalan ‘taknak beli kereta ke’. Ya rabbi aku sampai terfikir bila soalan ‘cepumas2’ ni nak stop. Kalau aku beli kereta konfem akan dengar soalan ‘taknak kawin ke’ then ‘taknak anak ke’. Lepastu ??? ‘taknak cerai ke’.
Okay maaf kalau terkasar. Apa yang aku cuba nak sampaikan, korang get ready lah dengan soalan2 yang macam tu. Yes aku masih muda tapi sepanjang hidup aku selama 24 tahun ni boleh dikatakan segala asam garam dunia aku dah hadam. Manusia takkan pernah rasa cukup. Begitu jugak diri aku sendiri. Bila dah kerja 2,3 bulan dah mula rasa nak gaji yang lebih banyak.
Komitmen tu bukan setakat korang kena bayar bil elektrik, kereta, rumah or wat so ever. Tapi bagi aku komitmen tu bila korang terpaksa keluarkan duit tapi bukan untuk diri sendiri. Tu lagi sakit. So… just get ready. Assalamualaikum.
– Sya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit