Damailah Kau Disana Sahabat

Assalamualaikum. Nama aku Alia seorang pelajar dan menuntut di sebuah kolej. Tujuan aku menulis confession ni sekadar untuk meluahkan rasa sedih aku.

Beberapa hari yang lepas, Muhammad, kawan yang rapat dengan aku telah pergi menghadap Illahi. Bayangkan betapa hati aku terasa kehilangan Arwah. Semua pelajar 1 batch aku termasuk guru-guru turut merasa kehilangannya.

Turut membuat aku sedih, melihat kawan-kawan ku yang lain turut bersedih atas pemergiannya secara tiba-tiba. Niat arwah yang ingin Menuntut ilmu tidak kesampaian apabila Arwah telah kemalangan akibat di langgar oleh kereta. Arwah meninggal di tempat kejadian dimana ianya berlaku dekat dengan kawasan sekolah Aku pada awal pagi.

Pada mulanya, kami ingat kan hanya kemalangan kecil sahaja. Tapi setelah cikgu memberitahu bahawa arwah tercedera dengan teruk, aku dan kawan-kawan ku yang lain menangis sambil menunggu berita perkembangan arwah Muhammad di kelas. Beberapa kawan lelaki aku dan Raihan turut pergi ke tempat kemalangan.

Kemudian, rakan baik aku yang telah aku kenal sejak dari tingkatan 1 dan juga kekasih arwah, Raihan menghubungiku dan memberitahu bahawa Muahammad sdh tiada sambil mnangis teresak-esak. Allah, hanya Tuhan sahaja yang tau hati kami Semua.

Orang yang baru kami jumpa semalam, sudah Tiada. Aku dan rakan yang lain bergegas ke tempat kejadian meskipun peraturan kolej tidak membenarkan kami untuk keluar. setelah kami tiba d tempat kejadian, Aku dan yang lain melihat sekujur tubuh di selimuti dengan kain putih di atas jalan raya.

Di tepi Arwah, kawan-kawan lelaki aku memayung arwah kerana dek matahari yang terik. Di Sebelah kanan mayat Arwah, kami lihat ibunya sedang menangis teresak sambil memeluk Anaknya. Aku mencari Raihan. Aku lihat dia turut menangis di tepi Arwah.

Aku sedih, mata yang sudah berhenti mengalir air mata kembali membasahi pipi ku. Kawan ku yang lain memeluk Pensyarah-pensyarah yang turut ada di situ. Susana menjadi sangat hiba.

Pensyarah yang aku tidak pernah melihat menangis turut tewas apabila mereka memeluk kami dan meluahkan rasa kehilangan mereka sambil teresak. Kemudian, aku pergi ke Raihan. Aku memeluknya begitu juga dengan kawan ku yang lain. Menenangkan hatinya meskipun kami masih mengalir air mata.

Apabila Arwah dibawa ke hospital, kami menunggu dengan setia di ruangan mayat. Lehernya koyak telah dijahit dan kakinya hancur seperti digilis dengan kereta. Raihan dan ibu arwah pada masa itu sudah tenang sedikit. Setelah keluar dari bilik mayat, aku dan Raihan tidak berpeluang melihat muka Arwah.

Kemudian, mayat arwah di bawa ke rumahnya. Disitu baru kami berpeluang melihat wajahnya. Allah, wajahnya tenang meskipun pucat. Raihan duduk di tepi arwah dan melihat wajah nya. Ya, kami semua, rakan rakannya menangis sambil berpelukan.

Pada mulanya aku tidak ingin menangis tetapi setelah aku melihat adiknya yang masih memakai baju sekolah sedang menangis, aku pun menangis. Mungkin dialah adik yang Arwah Muhammad akan hantar pergi ke sekolah terlebih dahulu sebelum menuju ke kolej.

Apabila hendak di hantar ke kubur, aku tidak dapat mengririnya kerana atas sebab-sebab tertentu lagi pula rumah aku jauh dr kawasan kuburan dam arwah di kebumikan pada waktu maghbrib. Tapi, kawan ku yang lain mengatakan bahawa arwah tersenyum saat imam membuka sekali lagi kain kafan buat kali terakhir. Allahu.

Keesokan harinya, kami semua meneruskan hari persekolah seperti biasa meskipun kami d selubungi dengan kesedihan. Waktu rehat, kami duduk beramai-ramai dan melihat semula video kenangan yang kami rakam sambil ketawa kerana perangai kami yang gila-gila bila bersama.

Aku tahu, jauh di sudut hati mereka, mereka sedih tapi cuba untuk tidak terlalu menunjukkan kesedihan kami. Kami semua rindu dengan ketawa nya, rindu dengan bebelannya, rindu dengan perangai nya yang suka menyakat, rindu dengan muka sedihnya apabila bergaduh dengan Raihan, rindu dengan segalanya. Seolah olah kami bermimpi.

Raihan tidak datang ke kuliah kerana demam. Ya, dia sedih kerana arwah Muhammad merupakan cinta pertamanya. Orang yang selalu ada dengan dia telah pergi. Kami berusaha menghibur kan hati dia melalui whatsapp dengan menghantar teks semangat, gambar-gambar lucu dll.

Raihan ada chat aku, dia bagitau yang dia lawat kubur arwah petang tadi. Dia kata dia rindu sangat. Rindu yang tidak boleh di gmbrkan. Raihan kata, dia sedih sebab jodoh dia dengan Muhammad tak panjang.

Arwah kata nak sambung degree sama-sama, lepas tu kawin, lepastu arwah nak bahagiakana mak bapak dia memandangkan keluarga arwah bukanlah golongan yang senang. Aku menjadi sebak. Aku sangat faham dengan keadaan arwah kerana keluarga ku jugak bukan orang senang.

Aku hanya memberi kata semangat kepada Raihan. Aku lagi bertambah sedih bila Raihan menyuruh aku berjanji untuk tidak meninggalkan nya. Aku berjanji meskipun ianya berat kerana ajal di tangan Tuhan.

Muhammad, terima kasih kerana telah menjadi salah satu kawan terbaik ku yang pernah aku ada. Terima kasih kerana menjaga Raihan dan menerima kekurangannya sepanjang kau hidup.

Terima kasih kerana menjadi seorang abang yang sayang akan adiknya dan bekerja keras membantu ibu bapa menyara keluarga. Terima kasih kerana telah menolong di semua aktiviti kolej. Terima kasih kerana sering menghantar kami ke rumah apabila kami ketinggalan bas. Terima kasih atas segalanya. Meskipun banyak lagi benda yang ingin di terima kasih, namun ingatlah bahawa kau sangat baik.

Kita yang hidup ni, teruskanlah hidup. Jika rindu dengan orang yang sudah tiada, ingatlah doa mengiring mereka. Jodoh, ajal, rezeki semuanya di tangan Tuhan dan semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Allah menguji kami di usia yang masih muda, namun kami sedar bahawa semua yang berlaku akan mematangkan diri masing-masing.

Al-fatihah, Muhammad

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *