Assalamualaikum semua. Saya terbaca kisah confession, (https://iiumc.com/mereka-
Saya berkahwin dengan suami anak sulung dan ramai adik adik masih sekolah waktu kami kahwin. Kira dah dekat 20 tahun kami kahwin. Dalam 20 tahun ini macam macam kami lalui. Perkahwinan yang saya anggap satu kisah perjalanan indah rupanya banyak ranjau. Bermula hari pertama diijabkabul rupanya saya diijabkabulkan sekali dengan bebanan menanggung keluarga orang.
Bermula mertua lelaki saya seorang yang tidak mahu berkerja, bukan dia tak berpelajaran pernah jawat jawatan baik. Tapi dia gemar buat perkara yang pelik pelik, mudah dijolok pujuk orang, berhutang bank, melabur sana sini sampai jatuh bankrap. Saya melihat mertua lelaki saya gagal menjalankan tanggungjawap sebagai seorang lelaki dan ayah. Akhirnya Mertua perempuan yang terpaksa berkerja sara anak sampai pencen.
Saya awalnya kesian akan keluarga suami cuba berbuat sebaik mungkin dengan bantu mana yang boleh. Pada masa sama, saya masih ada tanggungan mak ayah tua dan adik adik masih sekolah. Tapi atas fikir jika saya mulia kan keluarga suami, Inshallah akan Allah SWT akan beri banyak kebaikan kehidupan kami berdua. Itu selalu saya harapkan. Tapi biasa langit tidak selalu cerah. Allah pasti menguji.
Konflik bermula apabila, mertua lelaki saya mendesak suami membelikan rumah guna nama suami. Waktu itu kami belum ada rumah sendiri masih menyewa. Mertua saya berjanji akan membayar installment rumah setiap bulan. Saya ditegah dimasukkan nama bersama oleh pihak mertua. Saya faham maksud mereka.
Biarpun nama saya ada penjamin pada si suami waktu pembelian rumah dibuat. Dan saya yang uruskan dokumen bank dan berhubung dengan bank. Tapi demi suami, saya patuh. Setahun selepas itu, kami dapati rekod nama suami di black listed oleh bank. Rupanya mertua saya gagal bayar rumah hampir 6 bulan. Itupun kami tahu bila loan kami cuba buat kena reject.
Kesannya nama suami ada dalam ccris agak lama. Hingga menyusahkan urusan kami untuk buat sebarang loan belian rumah. Waktu itu saya pula baru berhenti kerja kerana menjaga anak sakit. Allah sahaja tahu perasaan saya, betapa saya rasa pihak mertua tidak sensitif keperluan kami yang telah berkeluarga.
Tak cukup itu, sebelum ini nama saya dan suami juga pernah diguna untuk tujuan bil telefon hingga cecah ribu dan akhirnya nama kami juga blacklist. Mertua perempuan saya diguna nama untuk macam loan hingga diisytihar muflis. Anak anak lain juga ada terkena. Cuma kami yang agak teruk kerana jumlah loan rumah yang agak besar.
Disebabkan ccris, kami tergantung untuk urusan beli rumah sendiri hingga bertahun kami duduk menyewa. Bayangkan dengan anak anak kecil, sewa pula tiap tahun owner naik. Ada waktu kami pernah diminta keluar. Merayu kami hendak tinggal mana. Ada waktu kami cukup ada masa kami cukup suntuk. Menyara rumah dua keluarga bukan benda kecil.
Sedihnya hati Allah sahaja tahu. Saya macamana pun takkan duduk dengan keluarga mertua kerana saya tahu tidak pernah ada tempat untuk kami dirumah itu walaupun setiap bulan kami yang susah payah keluar duit untuk bayar. Nak menumpang bilik pun ditegah.
Adik adik ipar menumpang hidup disitu hingga semua berjaya jadi orang bagus bagus kerja bagus. Saya dan anak anak masih terus menyewa kerana komitmen tinggi untuk membolehkan kami beli rumah lain. Kini ipar duai yang tak berkerja masih tinggal dirumah itu tanpa perlu keluar apa belanja. Kalau kira tempoh sewa rumah bertahun ni sahaja sudah boleh beli satu apartment.
Saya berusaha membantu suami supaya kurang terbeban demi anak anak kami semakin membesar, macam macam saya buat hingga satu masa saya rasa sangat burnout. Kemuncak bila pihak keluarga suami terutama adik ipar saya semakin naik kepala sering menyindir saya berkaitan hak rumah, mak mertua pula sentiasa rasa insecure kerana rumah dibayar oleh suami dan saya.
Ikut sebenarnya saya ada hak menuntut harta sepencarian. Kerana saya mempunyai rekod bayaran bulanan dari akaun saya sendiri. Kami suami isteri berpakat mencukupkan bayaran komitmen kami dengan berkongsi perbelanjaan. Tak ada istilah duit suami duit isteri. Kami berpakat untuk susah senang sama sama.
Akhirnya mertua lelaki ditakdirkan meninggal dan meninggalkan semua janjinya sebagai hutang, yang perlu ditanggung kami sekeluarga berpuluh tahun. Jadillah suami saya penanggung hutang si ayah berterusan hingga entah bila selesai.
Suami tahu jika saya tidak membantu, dia tidak mampu, dengan macam macam komitmen lain. Hatta nafkah saya juga saya anggap sudah hangus dalam membayar komitmen setiap bulan. Tapi keluarga mertua selalu rasa duit anak lelaki mereka tanpa dia tahu, saya isteri berkorban semua nafkah saya untuk mencukupkan keperluan kami sekeluarga. Mungkin mertua perempuan saya beranggapan dia sudah melalui hidup penuh korban pada si suami maka saya menantu pada anak lelaki juga harus buat seperti dia.
Tapi saya selalu tertanya jika anak anak perempuannya dilayan keluarga mertua seperti ini adakah dia tegar melihat sahaja tanpa belas kesian seperti mana apa yang telah berlaku pada saya anak perempuan kepada ibu dan ayah saya yang turut menyayangi saya. Tidak ada ibubapa sanggup melepaskan seorang anak perempuan kepada seorang lelaki atau keluarga yang dirasakan mampu menjaganya.
Pengorbanan saya tidak habis disitu, saya juga terpaksa menghadap azab mulut mulut ipar duai saya yang cakap lepas. Ada waktu mereka memboikot saya bila kami tidak ikut melayan karenah mereka. Mertua pula jenis protect anak sangat sangat. Tak boleh anak kena jentik.. alih alih kita pula yang salah. Pinjam kereta saya rosak calar saya diamkan. Tak ada rasa nak tanggung bayar rosak disindirnya kita berkira.
Saya pernah keluarkan duit untuk sara keperluan adik adik ipar masuk U, hantar mereka masuk U, belikan baju sekolah. Tapi saya tak pernah nak sebut, saya diamkan sahaja. Kadang kala rasa, keluarga saya sendiri tidak saya banyak memberi seperti mana apa yang saya beri pada keluarga mertua. Ada juga tak kena matanya.
Suami saya dikatakan dikontrol oleh saya, manakan tak kalau suruh buat benda kerja gila buat loan berjuta dengan mengadai tanah orang. Tapi itulah kegilaan yang saya anggap pelik keluarga mertua saya. Ntah kami ni mati dengan hutang sampai masuk kubur dek nak ikut semua telunjuk mertua. Bagaimana nasib anak anak kami sendiri. Merekakah akan sanggup datang membantu besarkan anak kami ?
Akhir akhir ni, setelah melalui banyak benda, saya sudah mula meletup. Itu pun setelah anak mereka masih bercakap perkara tidak baik terhadap saya. Saya luahkan semua pada suami saya satu persatu hingga dia terpaksa akui yang dia silap menadah beban nafkah dek dengar sangat kata si ayahnya. Saya pertikaikan dari segi hukum dan saya tegar bawa kes ini ke mahkamah jika perlu. Saya sudah semak di mahkamah yang cara tanggungan ini adalah salah.
Ustaz minta saya bawa kes ini ke pejabat agama tuntut hak saya tapi saya tak mahu malukan muka suami sendiri. Saya tidak pernah ada masalah dengan suami. Kami jarang bertengkar pasal duit cukup ke tak cukup kami akan usaha bersama. Biasa jadi punca pergaduhan kami adalah mulut mulut puaka keluarga mertua.
Saya mula konfront dengan keluarga mertua saya. Saya block semua nombor dan left group family whatsapp. Ini konfront paling besar pernah saya tunjuk terus pada mertua saya apabila dia boleh menyebut nilai pengorbanan saya selama ini untuk anak lelakinya boleh dibayar dengan nilai duit.
Akibat konfront saya barangkali mula terasa tak kena, tahu pulak, Mertua saya menawarkan sejumlah wang yang saya tahu akan dikutip dari anak anak nya dah berjaya. Ya berjaya atas air mata orang. kononnya untuk menebus apa yang saya korbankan untuk rumah dia sekeluarga.
Bull shit!!.
Saya nampak seolah mereka hanya gunakan separuh umur muda saya untuk kepentingan anak beranak sendiri. Saya mempersoalkan kini berapa nilai pengorbanan anak saya tidur berselerak, air mata penat lelah saya, kami mencatu keperluan kami untuk cukup setiap bulan, sakit kepala saya. Berapa nilainya? Adakah orang boleh memberi nilai kehidupan yang telah saya korban untuk melihat suami saya sentiasa tersenyum dapat berbakti pada keluarga.
Saya bukan jenis orang materialistik, saya berkahwin dengan suami dalam keadaan suami tidak ada apa apa hingga dia agak berjaya dalam kerjaya hari ini. Jangan play fool dengan pengorbanan air mata saya.
Saya korbankan masa muda saya, cita cita saya kerana saya juga perempuan berpelajaran untuk beri peluang suami anak lelaki mertua saya mendaki kerjaya dengan sukses. Tak pernah dengar mertua menyebut pengorbanan saya sebagai isteri membantu menjadikan anak dia sehingga apa yang ada hari ini. Yang saya dengar dia akan selalu memuji si anak bijak, anak cantik, anak baik, anak gaji besar. Saya menantu semuanya macam hantu .. haha ..
ini juga saya tuntut dari suami sekarang, bayar semua nilai saya kuburkan cita cita karier saya hingga lukakan hati orang tua saya untuk beri peluang dia berjaya dalam kerjaya nya. Suami akan diam sebab dia tahu banyak mana saya korbankan untuk dia ke hari ini.
Barangkali Allah mendengar rintihan saya akhirnya saya diberi peluang merasa rumah sendiri hasil usaha kami suami isteri. Rumah yang saya ingin besarkan anak anak supaya jadi orang bertanggungjawap, kasihan pada mak ayah dan tidak menyusahkan orang ke depan.
Dengan apa pergorbanan saya pada keluarga suami saya bertahun saya berhak tuntut hak saya semula. Hak ketenangan hidup, hak untuk saya merasa seperti perempuan & isteri lain, hak saya merasai hasil penat lelah saya. Bagi saya cukuplah pengorbanan saya untuk jadi mulia sebagai isteri dan anak menantu hingga kelihatan saya seperti lembu kena cucuk hidung. Saya mula bertegas dengan suami. Sebab saya tahu suami akan berbelah bagi.
Saya tak menahan suami untuk berbakti pada maknya. Saya masih tahu hukum. Yang patut dia bagi saya tak halang. Kerana itu tanggungjawap dia sebagai anak. Anak dia buat apa saya nak menahan. Cuma saya bertegas dari segi hak saya sebagai isteri. Jika suami tidak comply, natijah kebahagiaan keluarga kami akan dipertaruhkan. Saya minta suami fikir baik baik. Dan saya nampak suami mula membetulkan semula apa sepatutnya.
Cuma untuk memaksa saya turut sama dalam keluarga orang terima saya tak sepenuh hati. Saya menolak jauh. Buat apa saya perlu terhegeh hegeh mengharapkan kita diterima seperti anak sendiri. Dan suami perlu menanggung rasa keputusan saya telah keluar dari keluarga atas kesilapan dia yang lalu.
Keputusannya untuk mengorbankan keluarga sendiri demi taat pada kehendak si ayah maka inilah harga perlu dibayarnya. Dia tidak boleh memaksa saya kerana dia tahu betapa banyak kepahitan saya lalui dek perbuatan keluarganya. Saya tahu dia selalu berdoa agar saya lembut hati menerima keluarganya semula. Tapi ke saat ini saya masih ingin berada dalam zon saya dan anak tanpa diganggu oleh sesiapa.
Saya tak pasti samada mertua perempuan saya masih berfikiran cara sama atau sudah sedar diri. Bagi saya ini semua tidak penting dah lagi. Saya tak perlu memikirkan hati orang, menahan rasa. Saya tegar nak dikata apa. Menantu sial ke apa. No big deal. Kerana saya tahu dia orang pun bukannya bagus sangat pun. Jadi kenapa nak rasa bersalah ke apa.
Asalkan jangan melangkaui sempadan kehidupan saya dan anak anak sekarang. Saya tak perlukan penghormatan atau pun penerimaan. Jangan mengacau hidup dan ketenangan saya kini sudah.
Sekarang saya senang dengan kehidupan anak anak saya tanpa perlu bergelumang dalam keluarga yang toksid dan hanya pentingkan anak beranak sendiri. Saya percaya Allah itu adil, buatlah pada anak perempuan orang, suatu hari Allah sendiri akan turunkan pada anak kita hingga terduduk. Saat itu jangan kita lupa kita pernah aniaya kehidupan anak perempuan orang demi kehidupan anak perempuan kita.
Pengajaran kisah hidup saya ini, ambillah iktibar, saya kini tekun kerja dengan suami untuk persiapan tua kami supaya kami tidak menyusahkan anak dan menantu. Cukuplah apa saya lalui serik untuk anak anak lalui. Berkerjalah tekun kita waktu anak anak masih kecil, jangan biasakan berjoli dan buat kerja pelik atau gila. Bahananya bila dah tua menyusahkan anak, menantu dan cucu.
– Wawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit