Untuk part I, (https://iiumc.com/coretan-si-skizofrenia/).
Maafkan aku jika ianya tergantung sepi, hehe. Ok berbalik pada kisah aku, dekat Universiti, aku agak sedih sebab dalam ramai kawan kawan aku, aku sorang sahaja yang masuk U tersebut. Nak tak nak aku terpaksa cari kawan baru untuk aku sesuaikan dengan keadaan sekeliling.
Alhamdulillah seperti aku katakan tadi, aku seorang yang peramah dan extrovert. So yeah, ramai kawan yang aku dapat. Alhamdulillah sangat bersyukur.
Sem satu dan sem dua asasi tiada masalah walau dalam hakikatnya aku nak sesuaikan diri agak lambat . aku agak stress sikit pada akhir sem asasi sebab roomate2 aku semuanya pendiam. Semuanya buat hal memasing.
Bayangkan cuti, dari pukul 6 pagi kami bangun sampai malam kalau aku tak mulakan dulu untuk bercakap, konfem, memang diam je dalam bilik. Ya Allah aku stress jugaa sebab takde tempat berbual, bercerita mengadu dll.
So, Untuk recharge balik kuasa aku (disebabkan aku extrovert) aku cuba cari orang yang boleh ajak sembang. Itulah aku, doktor kata aku tak boleh cope dengan stress, dan sikit sikit aku mudah stress.
Sem tiga juga aku agak perit sebab kos kami kena belajar bahasa arab. Public speaking dalam arab aku agak lemah sebab lecturer garang dan dia tak terima untuk tengok kertas. Asal tengok kertas, KONPEM KOSONG. Padahal waktu persediaan yang diberikan untuk sesuatu present tu hanya selang hari.
Contoh (hari ahad kena present tajuk kita dan wajib dihafal dengan lancar, selang sehari, hari selasa tajuk baru wajib dihafal dan begitulah seterusnya) Ramai juga tak boleh masuk degree sebab kena repeat subjek ni.
Alhamdulillah aku lepas walau lulus saja. Tapi aku tau yang sebenarnya lecturer aku nak melatih untuk bercakap secara impromptu depan orang. Ya, cuma aku masih lagi bertatih. Lagi2 dalam bahasa arab. Aku seronok tapi biasalah, belajarkan. Mana ada senang. Alhamdulillah
Okey setelah, cuti sem 3bulan, aku kembali untuk masuk degree. Aku gembira juga walaupun pointer asasi cukup- cukup makan. Pada awalnya aku langsung tiada masalah. Alhamdulillah kawan kawan, lecturer aku semuanya baik.
Setiap kali habis kelas, memang aku minta untuk dipeluk (lecturer perempuan sahaja) Maklumlah, Universiti aku dengan rumah jauh, nk jumpa ibu memang susah dan aku sejenis yang boleh dikatakan menghormati lecturer aku.
Aku akan sedaya upaya untuk minta maaf di penghujung kelas. Andaikata aku duduk di belakang, pasti lecturer aku akan tanya di mana bunga? Dan aku disuruh duduk di depan. Ya, aku sayang mereka.
Dan penghujung sem, aku agak serabut memikirkan exam lagi, presentation yang banyak lagi, projek assignment lagi. Semuanya bertembung di saat saat akhir , aku serabut sebab fikir aku nak dekan. Ak nak juga dekan aku wajib dekan.(Biasalah, budak baru masuk degree). Itulah prinsip aku, sangat mementingkan pointer walau hakikatnya itu semua rezeki Allah swt.
Kebetulan juga, aku kena hantar hafalan setiap dua hari, serabut memikirkan banyak benda kena buat, dengan carry mark aku banyak rendah, aku tak jumpa jumpa point2 untuk presentation, aku banyak jadi komiti untuk program dalam satu masa. Ya. Sangat memenatkan sebab aku buat lebih dari kemampuan aku. Nak seimbangkan akademik dan koko bukan mudah.
Start daripada itu, aku mula susah nak tidur. Aku banyak diam , mata aku mula jadi kabur sepertinya macam tak boleh fokus sesuatu perkara, otak aku selalu duk fikir macam macam, aku mula tak pandai urus diri dan ketika itu juga aku bergaduh dengan teman aku sebab perangai kami tak ngam.
Time kelas itu hari, aku rasa tak sedap badan, terus muntah muntah sebab perut aku masuk angin, aku dah start tak makan. Member member aku suruh pergi klinik dan doktor kata aku gastrik saja sebab tak makan. Aku masa tu dah lembik sikit sebab hampir demam. Tapi badan aku suam suam aje.
So, aku macam okey saja, bagiku doktor kata aku tak sakit. (Start pada tu aku dah macam tak percaya kat doktor sebab dia kata aku tak sakit)
Aku mula celaru, time ni aku dah start tak nak solat, aku tak nak pergi kelas, aku serabut fikir exam, present, esaimen, komiti program, masalah kawan dan macam macam lagi. Ditambah dengan demam aku yang semakin panas. Aku juga ada ikut kelas tambahan dari 5-7 petang.
Bayangkan kos aku agak padat dan kelas aku bermula dari 8-7 petang, 3 hari begitu. Tambah lagi kelas hafazan 2kali. Aku stress juga sebab tak mampu nak hantar hafalan aku.
Pada akhirnya aku call ayah aku sambil nangis nangis, aku tak boleh begini, aku stress dan aku tak boleh buat semua benda, aku rasa aku bodoh, aku tak pandai, aku tak boleh dan tak boleh.
Alhamdulillah parents aku sangat supportive, bayangkan rumahku ke universiti tersebut lebih kurang 9 jam dan ayah kata nak datang esok walaupun beliau bekerja. Ayah aku minta nombor phone kawan kawan aku, tapi yang aku kasi num phone kawan aku yang tengah bergaduh. Aku dah tak boleh fikir apa apa dah time tu.
Kawan kawan aku start dah nampak perubahan pada aku, aku nampak pucat, mata lebam teruk. Sepertinya, macam mayat hidup.
Time tu aku dah start fikir semua dah tak sayang aku dan nak tinggal aku. Aku dah tak tidur hampir seminggu, makan sekadar biskut, roti roti. Itupun kena paksa. Aku juga fikir semua orang tengah tengok aku, seolah-olah aku ada buat salah dan paling teruk sekali, aku dah jumpa port mana aku nak bunuh diri, gaung dekat uni aku.
Ayah aku call member aku. Nak tak nak, beliau sepertinya kena jaga aku. Ayah aku nasihatkan kawan aku untuk call pihak kaunselor uni aku dan ayah aku nasihatkan dia suruh tengok tengok aku apa semua dan jangan tinggal aku sorang sorang. Time tu aku meluat sangat dekat dia sebab dia jenis lambat nak hadam apa orang cakap.
Pihak kaunselor datang bilik aku, diajaknya ke klinik, time tu aku dah tak bercakap. Aku banyak menangis sebab otak aku sangat serabut fikir exam walhal benda tu ada study week yang selang banyak hari, dan masih berbaki sebulan lebih saja. Aku fikir presentation dan macam macam yang menyerabutkan otak.
Aku taknak ke klinik sebab nanti doktor kata awak sihat je ni. (Seperti atas, aku dah tak percaya doktor) nanti dikatanya aku tipu sebab pura pura sakit. Itulah, aku fikir semua tak sayang dan benci dekat aku.
Time sakit, aku dah mula nampak kelibat bayang bayang tapi aku tak tahu apa dia. Dan selalu orang duk sebut nama aku, selalu. Tapi Alhamdulillah tak disuruh untuk buat benda yang jahat.
Bagi korang yang fikir aku ada gangguan makhluk halus, sebelum ke hospital aku dah pergi dekat lecturer aku yang pandai berubat. Beliau kata aku ada gangguan dan setiap masa aku pasang ruqyah yang ustaz kasi berbentuk audio.
Tapi aku tak boleh sangkal, bila badan kita dah start lemah, memang ada benda yang akan menumpang. Itu aku tak sangkal. Time ni badan aku dah turun 8kilo dalam dua minggu lebih sebab tak makan. (Badan aku agak berisi )
Sesampainya aku ke hospital, aku disuruh tunggu di tempat yang sama sama sakit macam aku. Member aku ada teman tapi driver suruh jaga sorang lagi patient yang kaki terseliuh. Oh ya. Kebetulan ada seorang lagi patient yang member aku kena jaga. Kiranya jadi penjaga untuk kedua duanya la.
So, member aku tu kena jaga aku dan sorang lagi. Aku kesian dekat dia sebab dia jenis lurus dan baik sangattt orangnya. (Faham faham ajelah). Maafkan daku, awak. Aku duk hospital aku daftar sendiri, aku tunggu sendiri, bayar pendaftaran sendiri. Haha masih hebat,
Yang paling aku tak leh lupa pasal member aku ni time doktor minta air kencing aku, tapi member aku tanya, “air kencing saya ke doktor?” Ya Allah time tu aku dah la tengah serabut, boleh pulak dia tanya macam tu. Dia bukan bergurau tapi aku boleh nampak juga dia macam sedikit serabut dengan sekeliling, aku memang meluat dekat dia (yelah time sakit aku tak boleh fikir waras)
Alhamdulillah aku tak kena tahan wad sebab kakak aku datang ambil aku bawak uni dia. So aku tumpang bilik kakak aku. Kerja aku tidur je memanjang sebab effect ubat yang doktor kasi. Aku ringkaskan cerita parents aku datang ambil aku bawa balik ke rumah. Alhamdulillah family aku open minded , rujuk pada rawatan islam dan juga pihak hospital.
Buat kalian yang tertanya-tanya betu ke aku skizofrenia ,sebenarnya nak diagnos sesuatu mental ilness ni pun ambil masa juga sebab nak declare betul-betul sakit apa dan ubat yang akan diberikan. So yeah. Aku kena refer dekat hospital di kampung aku juga.
So, dari awal awal lagi doktor suspek aku skizofrenia tapi perlukan bukti yang kukuh sebab stress, depression, dan lain lain perlu pengesahan doktor. Tak boleh sembarangan kita kata kita depress yang pada hakikatnya tak jumpa doktor/pakar dalam hal ni.
Kesan pada ubat yang doktor kasi, aku jenis tak boleh duk diam, aku akan jalan jalan ke hulu ke hilir, aku nak berdiri dalam kereta. Aku nak baring sambil gerak kaki kat rumah orang. Doktor kata sebab effectnya begitu so, aku kena tukar ubat lain.
Boleh ke aku nak buat part 3? Panjang sangat coretan aku. Maaf kalau penulisan aku agak kasar pasal member aku tu. Tapi sekarang aku dah minta maaf dan masing masing mula faham sesama sendiri dan aku dah kawan baik yang Subhanallah sangat rapat. Alhamdulillah.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit