Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab siarkan nukilan saya yang serba sedikit ini. Mula-mula sekali saya minta maaf kalau nukilan saya ini tidak mampu difahami kerana sudah bertahun saya tidak membuat karangan dalam BM.
Kisah Ayah ku Ibarat raja. Ya dalam Islam isteri perlu memuliakan, menghormati, melayan suami tapi apa yang dapat dilihat dalam fenomana masa kini, para suami menganggap perkahwinan itu merupakan satu kuasa besar buat mereka.
Saya merupakan anak bongsu dari tiga beradik dan telah bekerja. Kehidupan saya kebanyakan nya bukan di rumah tetapi di hostel, dan rumah sewa. Jadi boleh dikatakan 24 tahun dalam hidup saya, cuma 12 tahun bersama keluarga. Namun hubungan saya sangat rapat dengan kakak dan ibu.
Namun saya sedih dan seringkali menangis mengenangkan nasib ibu saya. Perkahwinan ibu dan ayah sudahpun lebih 35 tahun. Sepanjang perkahwinan itu, jarang sekali ibu saya merasa apa itu kasih sayang seorang suami.
Dari segi sekolah, duit belanja, barang dapur, bil air api indah water segala bil, kereta, baju ditanggung oleh ibu. Ayah?? Habis pada rokok, kereta dan benda lain yang tak berfaedah. Kerja rumah masak, basuh baju, sidai, lipat, iron semua oleh ibu saya.
Betapa hebatnya seorang wanita, tanpa mengeluh dia membesarkan anak2 bagai menatang minyak yang penuh. Kasih ibu saya terhadap anak-anaknya terlalu besar. Kalau kita cakap sakit kepala, sakit perut dia yang susah hati, kejut kita bagi ubat. Semoga Allah permudahkan urusan ibu saya dunia dan akhirat dan masuk kan dia ke dalam syurga yang tertinggi, Amin.
Sepanjang hidup saya, saya tak pernah nampak ayah saya solat, mengaji apa tah lagi. Masa saya kecil, ibu dan ayah sering bergaduh dan pernah juga ayah saya curang dengan janda tak sedar diri (emo jap). Tapi ibu masih sabar hingga saat ini.
Makin tua perangai ayah makin menjadi. Sering memarahi ibu saya, setiap apa yang ibu saya katakan dia akan bangkang dan anggap semuanya salah. Ego terlalu tinggi sampai planet pluto fuhh. Dan ibu saya punya tahap sabar, saya sangat kagum dan saya yakin kalau saya ditempat dia, sudah pasti turun naik mahkamah.
Dalam solat saya sering berdoa agar Allah beri petunjuk buat ibu dan ayah, semoga keluarga kami aman dan mendapat redhanya. Kalau anda ada petua untuk melembutkan hati seorang ayah yang sudah terlalu keras, tolong maklumkan kepada saya.
Nukilan ringkas dari pencari sinar buat kebahagiaan keluarga.
– Pencari Sinar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submitv