Aku Pekerja Bawahan

Assalamualaikum. Aku gelarkan diri aku Sofia (Bukan nama sebenar). Tujuan aku menulis kisah aku ni bukan untuk meraih simpati atau menuding jari ke arah sesiapa, cuma aku mahukan pandangan dan nasihat dari pembaca.

Memandangkan hari ini adalah hari pertama aku melapor diri sebagai kerani kontrak di syarikat industri, akulah insan yang paling gembira dan teruja untuk memulakan kehidupan baru di sini.

Pada hari pertama bekerja, aku diberitahu bahawa position yang aku mohon tu telah ditukar kepada position yang lain. Mula-mula aku geram jugak dan mula tertanya kenapalah syarikat ni tak inform awal awal kalau dah tahu position tu tiada kosong. Jadi nak tak nak, aku terima jelah.

So, ceritanya bermula disini, masa pertama sekali aku masuk ke department yang mereka tetapkan tu, aku tak diberi kesempatan untuk mengenali staf staf di situ, selaku rakan sekerja aku.

Dan paling malang sekali, bila mana aku tak diberitahu dengan jelas flow bahagian kerja aku tu macam mana. Siapa yang incharge bahagian tu? Skop kerja macam mana dan tak briefing langsung tentang semua tu. Aku jadi pelik dengan pengurusan kat tempat tu.

Bila aku tanya staf kat situ apakah skop kerja aku, diorang kata diorang tak tahu sebab tu task baru. Yang paling pelik, executive dalam tu selaku ketua kat situ pun tak tahu apa-apa.

Manager kat department tu, which is yang dikatakan incharge bahagian aku tu lagilah macam tak nak amik port pasal kerja aku. Yang ajar aku part aku tu pun budak praktikal. Tu pun dia hanya ajar sekali dua je. Pastu dia dah tukar ke department lain.

Jujur aku kata, aku tiada training langsung kat situ. Aku banyak berdikari untuk kerja aku tu. Aku try hard untuk faham task aku tu macam mana. Satu hari, kami attend meeting bersama team2 yang dikatakan team kerja bahagian aku tu.

Then bila aku tunjuk apa yang aku buat masa meeting tu, mereka tak faham apa pun dan mereka boleh tanya kat aku balik, apa yang aku buat. Sedangkan aku hanya mengikut arahan daripada manager aku tu je.

Aku tak bahagia kerja kat situ. One day, manager aku tu arahkan aku untuk back up kerja one of the staff kat situ sebab staf tu accident. Dia terus point aku untuk buat kerja staf tu. K

au bayangkanlah masa tu aku tak sampai 10 hari kat situ, tapi manager tu boleh point aku untuk buat kerja staf yang dah berbelas tahun buat kerja tu. Takde seorang pun staf dalam tu yang sanggup back up kerja staf yang accident ni sebab masing-masing tahu task kerja staf tu sangat susah.

Aku ni lagilah tak tahu apa-apa tiba-tiba kena macam tu. Aku sedih sangat. Aku akui part kerja staf tu memang susah sebab tu semua orang ibarat lepas tengkuk masing-masing. Aku yang kena balik lambat beberapa hari tu. Tapi alhamdulillah, sedikit sebanyak aku dapat juga buat kerja staf tu walaupun tak sempurna.

Sepanjang aku kerja kat situ, aku selalu buat kerja orang daripada kerja aku. Aku tolong orang tu, aku tolong orang ni, tapi bila part aku, takde siapa nak tolong. Manager tu selalu bagi kerja dia kat aku. Suruh aku buat itu, suruh aku buat ni. Macam-macam lagi.

Ada satu hari tu, manager tu call aku marah kata aku buat kerja dia macam tu. Dia tak nak hasil kerja macam tu, dia pressure aku untuk siapkan kerja dia tu sebab esok dia nak present depan CEO. Aku dah tolak sebab aku kata aku busy, memang masa tu aku busy dgn kerja aku.

Lepastu dia paksa aku siapkan jugak kerja dia tu sampai aku balik lewat. Kena OT. Last minute. Aku memang bengang gila dengan dia. Semua kerja nak senang je. Hentam orang bawah. Aku stress sangat. Dah la dapat manager macam tu, executive pulak jenis tak nak amik port langsung. Suka campak kerja kat orang.

Lagi satu, perangai manager aku ni memang mencabar kesabaran aku. Dia suka cakap putar belit. Hari ini dia cakap lain, esok dia cakap lain. Aku pernah terkena dengan dia beberapa kali. Ada satu hari masa time aku nak hantar kerja aku kat staf atasan, staf tu boleh call aku dan bagitahu yang kerja aku tu tak siap lagi.

Aku pun terkejut laa. Sebab, aku buat kerja tu seperti yang diarahkan oleh manager tu. Tapi bila mana aku terangkan dekat staf atasan ni, dia macam menyampah dengan aku. Takde siapa pun yang nak percaya cakap aku.

Aku sedih sangat diperlakukan macam ni. Manager tu bagi aku, dia memang tak guna. Semua nak kerja senang je. Kerja aku sikit pun dia tak kisah. Tapi dia asyik tekan aku untuk kerja dia.

Tak guna untuk aku luahkan masalah aku ni pada pihak pengurusan pun. Kerana akhirnya aku jua yang akan dipersalahkan dan akan blame aku yang bermasalah. Dan aku yang tak faham arahan. Dan aku yang blur. Aku yang kena hentam balik.

Bodoh sangat kah aku sampai tak boleh faham arahan yang diberi? Atau sebenarnya diorang yang tak beri arahan yang jelas? Aku buntu sangat sekarang ni. Aku tak suka kerja kat situ. Tapi aku masih dalam kontrak. Rasa teraniaya sangat.

Ada jugak beberapa staf kat department tu yang mengalami masalah lebih kurang aku. Mereka juga ditindas oleh orang atas. Sangat tak adil. Aku benci kerja kat situ. Aku cuma nak cari rezeki untuk keluarga aku, tapi aku diperlakukan macam ni.

Tolong bantu aku, aku buntu…

– Sofia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *