Buntu Dengan Mak

Sedikit tentang Aku. Aku, Student PG UIA. Alhamdulillah dah habis Master dengan jaya nya. Aku tak tahu nak luah pada siapa. Aku perlu luah. In fact dalam solat selalu Aku berdoa untuk Mak. Cerita Aku mungkin panjang. Aku harap pembaca dapat bantu Aku.

Aku diceritakan oleh nenek, masa zaman muda Mak, ada orang suka kat Mak dan telah gunakan ilmu jahat terhadap Mak. Jadi disebabkan itu, kesannya membuatkan Mak ‘sakit’ sampai sekarang.

Untuk pengetahuan, Mak dengan Ayah Aku bercerai masa Aku form 1. Aku dan kakak Aku la jadi ibubapa kepada adik2. Ayah busy bekerja time tu.

Mak kahwin lain masa Aku form 4. Ayah tak kahwin2 sampai la Ayah meninggal sewaktu Aku first sem Master. Time tu Aku rasa hidup ku gelap kerana Aku terlalu sayangkan Ayah melebihi Mak.

Patutla Ayah Aku tak nak kahwin lagi mungkin dia tak nak Aku dan adik2 jadi terabai dengan keluarga baru. In fact Aku dan adik beradik kurang rapat dengan bapak tiri dan anak2 tiri.

Ayah kami meninggal dalam tidur selepas solat subuh di surau, Ayah baring sekejap. Dalam pukul 8 tengok dah meninggal. Last seen kat WhatsApp dalam 7 lebih.

Alhamdulillah Ayah pergi dalam keadaan terbaik dan membanggakan anak2. Aku terlalu rindu, semasa Aku taip ni pun Aku menangis rindu kan Ayah.

Aku pernah jumpa beberapa orang Ustaz bertanya perihal Mak Aku. Apa Ustaz tu kata, berdoa dan terus berdoa kerana doa anak2 akan menjadi asbab Ibu akan berubah. InsyaAllah Aku tak kan berhenti berdoa supaya Mak dikurniakan hidayah oleh Allah SWT.

Masa kecik Mak suka melembukan anak2, cakap anak2 bodoh, tak reti, suka mencarut. Akibatnya, masa besar Aku dan adik2 memang kurang ngam dengan Mak dan suka lawan cakap Mak sebab perangai Mak too much. Bukan sahaja anak derhaka tu wujud, Mak derhaka juga wujud.

Masa Mak kahwin dulu tinggal dengan bapak tiri tak kisah pasal anal2. Bila bapak tiri dah pencen baru sibuk tanya anak2. Ibaratnya anak2 kena take care pasal dia pulak. Anak2 tiri Mak pun tak suka kat Mak. Fair la kan, anak2 Mak pun tak suka kat bapak tiri.

Mak suka lawan Suami, suka mengamuk, moody, buat muka jelek kalau tak suka sesuatu. Kalau makan mesti tak habis. Aku sebal muka kalau makan dengan dia. Bengang pun ada. Nak makan itu ini tapi sekadar rasa. Dia tak kisah pasal duit yang habis tu.

Mak selalu meninggalkan solat. Dalam keluarga hanya Mak solat tidak cukup. Solat sangat jarang. Kalau keluar , dia tak kan kisah pasal solat. Anak2 semua solat. Mak selalu pakai pad seperti pakai pampers. Terbonjol kat punggung. Aku tanya, kenapa Mak pakai pad macam tu?

Mak telah memalukan kaum Wanita. Orang perempuan sedaya upaya nak menutup aib sendiri. Mak seolah2 ingin tunjuk kat orang, tengok la dunia Aku tengah haid ni so Aku tak perlu solat. Mak Aku diam je.

Mak hidup dia hanya dunia semata2. Emas di tangan, kuat berjalan. Tidak pernah ke masjid untuk dengar ceramah atau solat berjemaah. Hanya duduk di rumah baring sahaja.

Mak jarang sekali demam. Kalau demam macam tak demam. Kita kalau demam, akan rehat di rumah. Tapi Mak ubat demam nya berjalan. Mak akan jadi kuat kalau berjalan. Kaki berjalan Mak ni.

Mak selalu melaga2 Aku dengan adik beradik. Cakap dengan A lain, cakap dengan B lain. Bila Aku tanya, kenapa Mak cakap lain2? Mak memang mulut suka melagakan2 anak2.

Menyampah dengan perangai Mak ni. Lepas tu mula lah mengamuk. Mengadu kat A la B la. Kami adik beradik selalu buntu kenapa Mak kita macam ni. Mak terlalu hipokrit. Depan cakap lain belakang cakap lain.

Mak cakap nak pergi umrah. Tapi duit tak cukup. Yela suka berhutang. Duit ada tak tahu belanja apa. Tapi merungut duit tak cukup. Aku cakap pergi la umrah dengan bapak tiri. Dia kata hmmm bapak tiri tak nak pergi.

Hmmm pelik sungguh la ada manusia tak rasa nak pergi umrah. Umur dan lanjut usia. Mak Aku ni asyik cakap pasal umrah, solat pun tunggang langgang, mengaji habuk tak buat. Dia memang kadang2 Aku rasa tak sedar apa dia cakap.

Aku memang ada plan, Aku akan cuba usahakan duit untuk bawak Mak menunaikan umrah. Mungkin awal tahun depan.

Aku hanya minta doa pembaca untuk doakan Aku dapat migrate di luar negara kerana Aku akan bawak Mak sekali.

– Hafiza Evans (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *