Assalamualaikum. Aku seorang gadis berasal dari selatan tanah air. Aku mahu minta pendapat dan pandangan pembaca. Khususnya pegawai2 dari JKM atau siapa2 seangkatan dengan nya.
Maaf jika cerita aku berterabur. Aku tak pandai menulis. Aku berasal dari keluarga berpendapatan B40. Tak kaya tetapi tak juga miskin. Cuma jika ada makanan aku sangat bersyukur .
Begini, ibu aku seorang ibu tunggal. Bercerai mati. Dan arwah suami ada tinggalkan simpanan yang tak seberapa. Ibu cuma keluarkan RM500 setiap bulan kerana khuatir wang ayah semakin susut.
Aku mempunyai 8 orang adik beradik. 4 sudah bekerja. Wang kerja cuma mampu menampung hidup mereka sahaja. Masing2 bekerja sendiri. Jualan laris adalah duit. Jika tidak, tunggu jualan esoknya pula. Jika ada rezeki lebih maka kami makan besar. Kami semua tinggal bersama ibu. Manakala, 4 lagi masih bersekolah menengah dan sedang menganggur.
Aku lah anak yang sedang menganggur. Aku belajar cuma sampai PMR kerana tidak sanggup ke sekolah tanpa wang poket. 2 orang adik terlibat dengan najis dadah tetapi sering pulang ke rumah untuk minta duit.. Seorang lagi kakak sudah menjadi sangat sosial sering bertukar lelaki.
Seorang lagi kakak jarang pulang ke rumah. Hanya pulang untuk makan dan tidur kerana sering berada di rumah keluarga angkat. Seorang lagi abang yang menganggur bekerja sebagai penyeluk saku. Seorang lagi abang setelah dibuang sekolah beliau bekerja di kelab malam. Begitulah sedikit sebanyak menggenai adik beradik aku.
Dipendekkan cerita. Ibu semakin kesempitan wang. Mana kan tidak sempit. Ibu sakit kronik yang memerlukan ibu berulang alik ke hospital untuk ambil ubat, ambil darah, jumpa dokter, melakukan beberapa TEST di hospital. Rumah kitaorang jauh dari pusat bandar. Hospital sangatlah jauh. Tambang kereta saja sehari mencecah RM100 .
Ibu mendapat bantuan wang JKM dan ZAKAT. Tetapi Masih tidak mencukupi. Ibu mesti bayar bil air api, sewa rumah, sewa motor jiran, bil rawatan ibu lagi. Tambahan wang makan kami juga sering dicatu.
Akhirnya, ibu berpura2 strok tidak boleh bangun atau berjalan. Hanya keluarga terdekat sahaja tahu hal sebenar. Ini berlaku kerana segala kesempitan ini. Ibu tidak mahu anak2 nya kelaparan. Ibu cuba cukupkan keperluan kami.
Wang tersebut hasil dari ibu menipu strok. Masalah sekarang, keluarga aku makan duit hasil haram. Aku takut dengan wang ini kerana ibu menggunakan nama aku dan bank aku. Aku tahu niat ibu tidak mahu kami kesempitan. Tetapi ini wang hasil menipu.
Ya. Ibu memang sakit kronik. Ibu mempunyai lebih dari 6 penyakit. Ditambah pula usia ibu menjengah usia warga emas. (Ibu lahirkan anak2 lewat kerana kahwin lambat)
Tetapi masih mampu berjalan dan melakukan hal2 lain. Setiap hari aku semakin cemas. Aku juga membelanjakan wang itu untuk keperluan sekolah adik adik ku. Keadaan memaksa aku untuk menggunakan wang haram itu. Aku tiada pilihan.
Aku tidak mahu ke penjara. Aku masih muda. Setiap hari aku dihantui rasa takut. Tetapi apa pilihan yang aku ada? Tetapi aku memerlukan wang.
Apa pendapat kalian? Perlukah aku berterus terang hal sebenar kepada pegawai JKM? Atau terus menggunakan wang ini?
– Unknown (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit