Usrah Extremist?

Assalamualaikum, rasa terpanggil nak kongsi perasaan cinta yang berbunga bunga terhadap usrah ni. Nak cerita pada antum semua untuk ambil pengajaran daripada ana. Moga bermanfaat.

Bagi setengah orang mungkin ada mindset yang usrah ni adalah golongan extremist, golongan tudung labuh, berkopiah. Usrah bukan untuk orang yang baik je tapi untuk orang yang nak jadi baik :)

Family saya adalah family yang agak religious. At this age (masa sekolah), solat and al-quran enta ke mana, asyik on/off. Ada je perasaan yang Allah detikkan nak solat tapi lepastu tak solat, tak menjaga solat sangat walaupun saya aliran agama.

Walaupun aliran agama tapi solat dan al-quran tak terjaga. Aurat apatah lagi, handsocks and stokin jauh sama sekali. Bila kena bising dengan mak baru sibuk cari. Kenapa? sebab belajar hanya melalui akal, hanya untuk exam, sebaliknya kita beljar melalui hati supaya terpancar dengan amal.

Di matrikulasi, kalau nampak geng usrah saya cepat cepat lari takut kena panggil join, hehe jahat kan. Antum semua janganla jadi macam ana yang lari dari kebaikan.

Macam mana boleh terjebak dengan usrah? Terjebak dengan usrah bila saya further study degree in medical line dekat sebuah universiti X di ibu kota dan sekarng masih lagi belajar. Di situ bermulanya turning point saya. Lepas join usrah saya sangat menjaga solat dan al-quran menjadi teman rapat dan amal yang lain menjadi sampingan.

Yang dulunya saya tak tahu apa itu tadabbur, now i know it. Yang dulu saya tak tahu apa tujuan hidup? now i know it. Yang dulunya fikrah islam hanya kelabu, now alhamdulillah semakin jelas dan akan terus dijelaskan. Yang dulunya tak ambil port tentang realiti umat, now i care about it. Yang dulunya aurat tak terjaga alhamdulillah, now i concern about it.

Join usrah banyak mencungkil kebolehan diri saya yang dulunya saya introvert tak pandai bercakap dan akhirnya semakin pulih macam dalam hadis logam tu, hehe antum boleh la search hadis tu klau nak tahu lebih lanjut.

Usrah seminggu sekali dan saya boleh dikatakan aktif juga dengan aktiviti kolej. Bagi saya kos yang saya ambil ni its a bit hard to carry since it involve medical. Jadual kelas setiap hari boleh dikatakan full sampai pukul 5. Study, lab report and group discussion banyak sangat. Meeting aktiviti kolej lagi malam malam. Tapi nak katanya semua tu alhamdulillah saya manage to handle it dengan bantuan Allah.

Time management is the key! Study dan dakwah sama penting. Buat kedua-duanya dengan bersungguh. Study betul betul. Daurah sebulan sekali dengan akhwat. Selalunya daurah weekend so, memang weekend with akhwat di taman syurga gitu :) Yang dulunya sebelum ditarbiyah weekend akan marathon movie dan sekarang akan di isi dengan perkara yang bermanfaat. Doakan terus istiqamah.

Setiap minggu saya tertunggu-tunggu content yang akan di share oleh my beloved murabbi. Murabbi yang tak putus putus nasihat and taujih saya. Usrahmates yang saling menguatkan antara satu sama lain. Usrah selalunya malam and selalunya lewat juga balik but the most important is apa yang saya dapat masa usrah tu yang akan sustain iman saya utk next usrah pulak.

Everytime lepas usrah i felt contented. Apa yang dibincangkan dlam usrah menajamkan fikrah saya, memantapkan iman dan utk membina peribadi muslim. Sedarilah bahawa iman ini sangat penting untuk kita ibarat nya macam oxygen yang diperlukan oleh kita, kalau tak dapat terasa sesak di dada.

Rasa terharu dengan Allah sebab pilih saya untuk berada di jalan ni yang dulunya mungkin kaki saya dipinggir neraka tu Allah selamatkan. Bila bersama akhwat, dalam bi’ah (suasana) solehah sangat menghidupkan saya. Kalau lepas daurah pulak semangat bekobar-kobar and dapat semangat baru.

Penat? Mestila penat dan letih tapi saya yakin penat lelah yang dilalui sekarang kerana cinta pada Allah. Yakini setiap amal yang dilakukan untuk redha Allah. Walaupun dipandang pahit tapi manis terasa.

Jalan dakwah dan tarbiyah ni sangat menghidupkan. Saya nak sangat pada kalian yang membaca rasa seperti apa yang saya rasa. Mungkin ada banyak spekulasi terhadap usrah ni but trust me this path im choosing is the best path of my life. Mungkin ada yang di antara kalian fobia dengan usrah tapi jangan risau Allah akan memimpin kepada jalan yang Allah kehendaki dengan bantuanNya.

Sentiasa tajdid (perbaharui) niat kita sama sama okay :) sesuatu amal bergantung pada niat. Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya. Jalan ni jalan yang sama seperti Rasulullah dan para sahabat. Hebatnya rasulullah tarbiyah para sahabat sehingga menjadi generasi al-quran yang pada suatu ketika dahulu dapat menguasai 2/3 dunia.

Jalan dakwah dan tarbiyah ini banyak mengubah cara pandang saya kepada kaca mata Islam tu. Usrah adalah tunjang kepada tarbiyah. Dulu mungkin cara pandang terhadap ujian adalah membebankan tapi cara pandang ujian selepas ditarbiyah adalah tanda supaya kita lebih dekat dengan Allah.

Siapa kita pada hari semalam adalah sejarah yang tidak mampu di ubah. Namun kita boleh menentukan siapa kita untuk hari hari mendatang. Tiada masa untuk goyang kaki. Tiada masa untuk bersenang lenang di atas tilam yang empuk. Tiada masa lagi untuk bermalas-malasan. Inilah masanya untuk kita bangkit.

Akhir kata, jom kita sama sama menjadi individu muslim yang lebih baik. Pamerkanlah qudwah yang baik kepada yang lain. Jagalah nama baik institusi usrah daripada terus dicemari. Bagi yang masih study, belajar lah dengan bersungguh-sungguh, istiqamah dalam jalan ini dengan sungguh-sungguh. Gunakan alat untuk mencapai matlamat. Moga di dunia mendapat berkah, di akhirat sana beroleh syafaat.

Doakan ana terus tsabat dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini. Doakan ana menjadi wanita yang solehah. Jom antum semua ‘ahsanu amala’!

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *