Aku kenalkan diri aku sebagai Eka (bukan nama sebenar). Berumur pertengahan 20 an dan sudah bekerja.
Mesti korang pelikkan dengan tajuk kisah aku ni…
Okay macam ni. Aku gemuk sejak dari sekolah rendah sehinggalah aku habis study. Berat aku dulu mencecah 80kg dan tinggi aku cuma 159cm. Memang kategori obesiti lah orang kata.
Walaupun aku gemuk, Alhamdulillah aku tak pernah ada masalah kesihatan. Aku tak pernah kena buli atau disisihkan. Kawan-kawan aku semua baik-baik dan penyayang. Seingat aku, orang luar tak pernah kutuk atau tegur aku gemuk. Kalau diorang cakap belakang tu aku tak tahu lah kan.
Cuma adik dan mak aku je la yang selalu nasihatkan aku untuk turunkan berat badan sebab dalam keluarga aku, aku seorang je yang gemuk.
Tapi setiap kali tu la ayah aku akan defend aku cakap aku okay je. Tak payah kurus. Asal sihat sudah. Tu yang penting.
Ayah aku selalu manjakan aku dengan belikan aku makanan sedap-sedap. Kalau aku balik kampung, mesti dalam peti ais tu penuh dengan makanan kegemaran aku je. Disebabkan ni lah, sampai aku habis study, aku tak pernah terpikir nak diet sekalipun.
Dan ditakdirkan tunang aku pun perangai 2×5 je sama dengan ayah aku. Suka manjakan aku dengan makanan.
Tunang aku pun kuat makan jugak tapi badan dia agak sado sebab dia aktif bersukan. Seorang engineer. Macam mana dia boleh suka dekat aku pun tak tahulah. Padahal banyak je perempuan suka kat dia. Bila aku tanya, dia akan cakap sebab aku comel dan peramah.
Aku kenal tunang aku kat stesen bas. Masa tu aku nak balik kampung sebab dah habis chambering di Selangor. Dia tolong angkat beg2 berat aku tu walaupun aku tak kenal dia.
Bila naik bas, rupanya seat dia sebelah aku je. Jadi sepanjang perjalanan, kami bersembang dan dia mintak no telefon aku dan fast forward, setahun setengah selepas tu kami bertunang.
Okay berbalik kepada kisah pasal kurus itu membebankan, masalah aku bermula bila aku start diet dan berat aku menurun. Dalam masa 8 bulan, turun 35 kg. Sekarang ni berat aku 45 kg dan ya aku dah berjaya kurus.
Mesti korang pelik kan kenapa aku tiba-tiba aku diet.
Sebab utama ialah aku nak tampak kemas dan professional. Dulu aku tak berapa kisah sangat dengan penampilan. Tapi sejak bekerja, aku tengok bos aku dan kawan kawan peguam yang lain pergi ke mahkamah nampak kemas dan professional.
Walau aku pakai sekemas mana pun, disebabkan badan aku yang gemuk, aku rasa macam aku nampak tak professional. Bila pakai jubah peguam (robe) aku rasa macam penguin yang tengah berhujah.
Semangat nak diet tu bertambah tebal bila adik aku bergurau kasar cakap nanti aku kahwin mesti nampak macam Handsome & The Beast tengah bersanding. Sebab tunang aku hensem dan aku pulak gemuk macam beast.
Eiii sentap betul aku time tu. Tapi bila fikir, betul jugak cakap adik aku tu. Lepas tu aku belek-belek gambar pertunangan aku dan aku terus rasa aku nampak macam beast.
So sejak dari tu aku pun start diet untuk nampak kemas dan juga untuk nampak cantik masa wedding aku nanti.
Tapi bila dah kurus ni, aku ingat aku akan makin bahagia tapi macam-macam pula masalah timbul.
Pertama, aku dah tak boleh pergi mana-mana sorang-sorang tanpa kena kacau dengan lelaki.
Dulu masa aku gemuk, aku tenang hati dan aman je makan sorang-sorang kat kedai mamak, kedai tomyam atau mana-mana restoran.
Jalan malam-malam nak pegi kedai runcit atau beli burger pun rasa selamat je sebab takde orang nak tengok atau kacau aku. Orang jahat nak culik pun mesti pikir dua tiga kali sebab aku gemuk mesti berat nak angkat bawa lari. Haha
Sekarang ni bila aku pegi mana-mana atau pegi makan sorang-sorang mesti ade je yang kacau. Tiba-tiba nak join makan sekali la, mintak no telefon la.
Paling aku rimas kena catcall. Padahal aku bukan pakai seksi pun. Pakai tshirt yang sama masa aku gemuk dulu, seluar sukan, selipar jepun, tudung senget2, make up pon tak. Bezanya cuma aku kurus.
Kedua, aku dah tak boleh jadi peramah macam dulu. Kalau aku ramah lebih sikit je, mesti ada lelaki yang salah faham aku sukakan dia dan mula la nak confess suka aku bagai. Padahal aku sembang macam selalu ja pun.
Ketiga, tunang aku jadi semakin cemburu. Tunang aku ni baik dari segala segi. Cuma satu je, kalau dia dah cemburu, dia tiba-tiba jadi garang dan pendiam. Pening aku nak pujuk.
Masa mula2 aku nak diet dulu dia macam okay ja. Dia sokong apa2 keputusan aku kalau keputusan aku tu membahagiakan aku.
Kemuncak cemburu tunang aku bila kelmarin kami pegi lunch kat satu kedai nasi campur ni . Tunang aku habis makan, dia bangun pergi basuh tangan.
Tengah aku dok sedap kunyah ayam goreng, tiba-tiba sorang lelaki ni datang kat meja aku dan bagi kertas kecik. Aku pun buka la kertas tu sebab aku ingatkan lelaki tu ialah waiter restoran dan kertas tu tertulis harga makanan dan minuman kami.
Tapi telahan aku silap. Rupanya kertas kecik tu ada no telefon lelaki tu. Aku pun lempar kertas tu sambil dengan nada marah cakap, “saya dah tunang. Tak nampak ke tu tunang saya?”.
Lelaki tu selamba balas, “alah belum kahwin kan. tunang bila-bila boleh putus kan”. Makin menyirap darah aku. Rasa nak karate je mamat tu kat situ. Tapi tak sempat aku nak balas, tunang aku dah balik ke meja dengan muka masam dan lelaki tu pun terus mencicit keluar dari restoran.
Aku cuba terangkan apa yang berlaku dekat tunang aku, tapi dia tak nak dengar. Dia suruh aku terus pergi basuh tangan (ye tak sempat makan habis pun ayam goreng sedap tu huhu) dan tunang aku terus pergi bayar dekat kaunter.
Lepas tu dia suruh aku masuk kereta. Tunang aku diam membatu je sepanjang dalam kereta. Muka pun lebih masam dari cuka.
Sekarang ni aku rasa macam aku nak gemuk balik je macam dulu supaya hidup aku akan lebih aman dan sentosa.
Tapi tu la, baju nikah dan baju wedding aku pun dah tempah ikut ukuran aku yang sekarang ni. Kalau aku tiba-tiba mengemukkan diri balik, nanti tak padan pulak baju-baju tu. Tarikh nikah pun lagi 2 bulan je.
Bila aku cerita dekat best friend aku, dia cakap apa yang aku hadapi sekarang ni adalah dugaan dalam pertunangan. So, just chill & relax, berdoa banyak2 dan jangan nak mengelabah makan banyak-banyak untuk gemuk balik.
Setakat ni lah luahan aku. Terima kasih banyak kepada yang sudi membaca.
– Eka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit