Realiti Jual Rumah Melalui Ejen

Assalamualaikum pembaca iiumc and thank you admin approve post ni (kalau disiarkan). Okay straight pada tajuk article ni, saya salah seorang pekerja di firma guaman yang buat urusan conveyancing, jual beli rumah.

Firm saya managed by kaum yang paling kaya kat malaysia ni and most staff and clients pun dari kaum dia jugak. By the way, saya kerja di johor, rasanya semua tahu property kat johor ni melampau sangat harganya, (most of clients firm saya dr negara seberang tambak, rajin beli rumah kat sini).

Cukup la intro itu. Okay tujuan confession ni, saya bukan nak jadi batu api atau suruh boikot agent, cuma saya nak cerita pengalaman saya sepanjang hampir 7 tahun kerja dalam bidang ini. Kes yang saya nak share ni, dari seorang single mother, panggil dia Kak A.

Kak A masa tu desperate nak guna duit untuk anak dia daftar masuk universiti. Kak A pun iklankan nak jual rumah flat dia kat mudah.my, harga dia iklankan 107k. dia kata petang tu ade orang (sebenarnya agent) cakap nak beli, dah ade cash and mintak kurang harga 102k.

Kak A sebab perlukan duit dia kata okay je untuk harga tu. Kak A tunggu punya tunggu tak datang2 buyer tu untuk bayar deposit. Rupanya, agent tu dah ade prospek client, takde duit ape pun, prospek just beritahu agent tu intention dia nak beli rumah and agent tu reccomend rumah Kak A.

Bila Kak A tahu yang agent tu baru nak cari buyer (masuk loan bagai) and takde duit nak bayar deposit (as said earlier, Kak A in need of money), Kak A call balik agent cakap takpelah, dia jual sendiri je sebab hari tu dia setuju sebab agent tu cakap dah ade cash.

BTW, rumah Kak A ni kat hot area, so memang ramai nak beli, takde masalah Kak A nak jual sendiri pun. Bila dia dah beritahu agent, agent tu marah2 Kak A dan ugut2 nak report polis cakap Kak A menipu, breach of contract etc, padahal Kak A tak pernah jumpa dia atau sign apa2 pun dengan dia.

(Some of agents ada yang perangai macam ni, ugut2 clients macam samseng kalau clients tak nak deal dengan dia). Sebabkan Kak A ni single mother, dia takut la apa2 jadi pd family dia, walaupun dia tahu dia tak salah, dia tetap proceed sebab stress agent tu asyik ugut2 dia.

Masa Kak A datang signing kat firm saya, dia cakap yang dari 102k dia jual tu, dia kena bayar 3k pada agent, so dia hanya akan dapat 99k je la, tak tolak legal fees lagi.

Kak A kata, agent tu janji kat bakal buyer rumah dia tu, tak perlu bayar deposit, so Kak A signing agreement semua tanpa terima apa2 duit, (semua kena tunggu loan buyer lulus).

Kak A dah beberapa kali beritahu agent nak jumpa buyer sebab nak bincang pasal deposit, tak dapat bayar 10% deposit, bayar setakat yang termampu pun takpe, sebab Kak A memang betul2 perlukan duit waktu, tapi agent tu buat tak tahu je and tak bagi Kak A jumpa buyer.

Agent tak nnak bagi jumpa sebab dia markup harga rumah tu and jual almost 150k, masa kat agreement agent kata saja markup harga untuk dapat loan, sebenarnya memang agent jual harga tu pun. So, masa Kak A sign tu, dia macam dalam keadaan terpaksa sebab agent asyik2 ugut dia.

Sampai sekarang, Kak A masih tak dapat apa-apa duit pun sebab katanya loan buyer sangkut. Saya follow up dengan Kak A baru-baru ni, dia kata dia terpaksa buat personal loan sebab dah memang takde duit sangat, kesian kat anak dia yang semangat nak register degree tu.

So, the conclusion of this confession is that, buat semua house owner, especially kat hot areas or rumah-rumah low cost,

1. PERGI TERUS KE PEJABAT LAWYER. Kalau nak jual rumah, kalau tak tahu procedure ke apa, just approach mana-mana firm and tanya,

Staff2 firm mesti pandai and boleh tolong especially kalau rumah yang lowcost/perlukan consent, mostly firm area sini akan ambil antara 2k-4k, tapi kalau guna agent, cost dia 3k-7k.

2. Kalau jual rumah kat website, make sure yang nak beli tu direct buyer bukan agent, sebab memang modus operandi agent2 ni carik rumah online especially at mudah.my.

Buat keputusan betul-betul masa nak jual, jangan mudah percaya kalau agent pujuk atau ugut, apa2 just datang je firm and jumpa lawyer and tanya.

Macam Kak A dia geram and kesal bila tahu agent naikkan harga macam tu sekali sebab niat dia nak tolong anak muda je, sebab tu dia jual below market value.

3. Kalau nak guna agent pun okay je, tapi beritahu syarat2 yang tuan/puan nak, macam limit harga, nak jumpa buyer dan sebagainya. Sebab kadang-kadang, house owner baik jual below market value (macam Kak A), tapi sebabkan nak mudah/cepat, jual melalui agent, harga agent jual ikut market value.

Harga markup tu semua consider jadi gaji agent tu. Contoh rumah kak A, agent dapat duit atas angin dalam 50k (tak termasuk 3k kak A bayar and 3k buyer bayar as agent fees).

Sorry confession agak panjang. Bukan niat nak boikot agent, cuma saya perhatikan lately banyak sangat agent ambil kesempatan. Kesian anak muda yang tak mampu beli rumah lagi. Ada je agent yang baik tapi kena carik yang betul-betul bertanggungjawab.

– Piyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *