Nasib Seorang Sales Advisor

Assalammualaikum and hi pembaca iiumc. Terima kasihlah admin iiumc luluskan confession aku ni.

Aku tak nak ulas banyak aku terus straight to the point jela ye. Ini lebih kepada luahan aku sebagai seorang Car Sales Advisor (SA) lah. Punca aku terfikir nak tulis confession ni sebab aku nak mintak kata kata semangat dari pembaca yang berilmu.

Kerja aku ni korang sedia maklumlah hari hari berurusan dengan customer. Dan ragam customer ni biaselah, macam macam, ade yang baik ada yang mudah dan biasala ragam yang tak berapa enak.

Ragam pertama customer yang tak berapa enak ni customer yang jenis suka cuba-cuba loan. Jenis ni dia takde nak beli pon die saja nak cuba tengok berapa dia lepas atau nama dia lulus ke tak untuk beli kereta tu sebab memang aku dengan pegawai bank tu takde kerja lain nak layan perangai suka-suka dia tu.

Bila dah lepas, eh saya nak cancel, saya survey je haritu. Ewah.. seronok kitorang dengar. Dalam bank ade ye rekod awak masuk cuba loan berapa kali, ingat takde rekod ke? Allah.

Ragam kedua yang jenis tunjuk belang lepas loan lulus. Sebelum loan lulus lembut budi bicara, sopan menyusun ayat mintak nak full loan, low interest, mintak adjust itu ini. Kita usahakan sehabis baik.

Bila dah lulus, dah sign tiba-tiba attitude terus bertukar layan macam kita ni penagih duit dia. Tak dapat kereta keesokkannya terus nak marah dan bercakap secara sinis, demand macam-macam free gift la duit kopilah tiba-tiba.

By the way, duit kopi untuk customer tu atas ihsan SA ya. Tolong ingat, kebanyakan Car Sales Advisor ni diorang takde basic, gaji memang 100% based on komisen. Jadi bila kau tiba-tiba mintak duit kopi, tak ke namanya kau mintak gaji dia?

Kalau komisen besar takpelah, tapi komisen SA kereta tempatan ni bukannya besar sangat ye. Free gfit pon setengah SA keluarkan modal sendiri beli free gift tambahan, jadi kalau tak dapat selain dari yang dijanjikan sebelum deal janganla nak mintak lebih-lebih.

Tolonglah faham dan hormat kerjaya kami ni ye. Biasa customer macamni yang acah-acah bagus je, dia rasa dia hebat sangat beli kereta, SA ni semua nak tipu dia je, padahal loan nak lulus pon nasib.

Berbeza dengan customer aku yang minda kelas pertama, beli cash pon faham process ambik masa 3 hari sebelum dapat kereta, terima je free gift yang dijanji, memang mudah Alhamdulillah.

Aku faham ada orang yang akan cakap, kalau tak tahan takyah kerja ni tukar je kerja lain. Iya memang saya sedia maklum bila saya pilih kerjaya ni, inila perkara-perkara yang saya perlu hadap.

Tapi kita ni masih sesame manusia, saya pon ada keluarga nak bagi makan. Takkan kerana masalah stok kereta sebab kilang tak dapat cope with demand saya disi**kan dib***kan.

Kalau ada stok percayalah kita takdenya nak simpan semata2 nak kena maki free, kita kan cuba sehabis baik untuk puaskan hati customer. Saya tau awak marah tapi percayala kami pon frust dengan masalah stok ni.

Terima kasih untuk customer yang telah memudahkan urusan-urusan jualbeli kereta. Semoga Allah mudahkan urusan kalian. Takpelah dalam 10 manusia yang baik mungkin Allah nak hantar 1 yang tak elok.

Terima kasih juga kepada semua sudi baca luahan hati aku.

– ANGELO (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Saya harap kita semua tabah dengan ujian dari cust ni.semoga dapat bagi kita pengajaran dan pengalaman yang lebih bermakna untuk akan datang

  2. normal la tu kerja SA kena deal dgn customer mcm2 ragam. dah itu punca rezeki kau. kalau rasa susah, baik ko kerja jadi nelayan laut dalam. xyh dah deal dgn cekadak cust. ko deal dgn ikan je kadang2 dapat byk kdang2 xdpt langsung!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *