Isteri Solehah

Assalamualaikum semua. Memandangkan saya sangat suka baca iiumc ni saya tergerak hati nak tanya sesuatu kat pembaca semua..

Serba sedikit mengenai diri saya, saya seorang isteri housewife tak sempat bekerja memandangkan suami lamar saya sebelum konvokesyen, suami sangatlah baik dan penyayang.

Kami dikurniakan 3 orang anak yang comel2, alhamdulillah, dah berbelas tahun kahwin sayang suami pada saya tak pernah berbelah bahagi. Malahan awal perkahwinan sampai sekarang suami tak kisah saya nak masak ke tak, mula2 awal kahwin memang lah semangat masak, semua try masak sedap..

Then bila suami balik kerja try makan dia cuma cakap, ‘ayang tak yah susah2 masak, kita makan luar je’. Memandangkan suami yang sarankan makan kat luar mula2 kawin so dia dah jadi habit..

Kerja kat rumah, lebih kepada kemas rumah dan jaga anak2. Memang takde pembantu walaupun suami sangatlah mampu nak bagi. Memandangkan jaga anak ni memang memenatkan so syukur sangat suami tak kisah tak masak, malahan suami akan masak (suami sangatlah pandai masak).

Sekarang ni bertahun dah pindah mengikut suami balik ke negerinya, walaupun sangat tak terbiasa.. Terpaksa terima sebab suami.

Yang jadi persoalan dan menimbulkan trauma ialah saya ada kakak ipar, memula tu memang tak berapa nak rapat then pastu rapatlah sikit.. Bila dah mula rapat sikit ni kakak ipar selalu bagi nasihat dan buat perbandingan.

Dah banyak kali nasihat dan bagitau bekas isteri suami dulu soleha dan selalu masak, kau kenapa tak masak? Dan banyak lagilah ceritanya pasal bekas isteri suami untuk buat perbandingan.

Sampai satu tahap trauma nak terserempak dengan dia. Saya punya trauma tu sampai seminggu susah nak tidur malam, nangis dalam shower dan last sekali sebab tak tahan nak pendam bagitau suami yang kakaknya selalu membandingkan bekas isterinya dengan saya..

Beginilah saya cakap kat suami saya memandangkan bekas isteri awak tu soleha macam kakak awak cakap apa kata awak kahwin balik je dengan dia, bawak saya pergi kaunseling sebab kata2 kakak awak tu terngiang2 kat telinga saya..

Masa saya cakap tu memang marah yang amat dan saya juga minta cerai dengan suami.. Ya kerana mulut seorang wanita, pernahkah kita fikirkan apa yang keluar dari mulut kita impaknya macam mana?

TAK pernah bergaduh besar dengan suami… Tak pernah minta cerai… Tapi sebab kata2 kakaknya… ALLAH betul saya trauma..

Mungkin orang cakap benda kecil sahaja.. Tapi sakitnya tuh di sini, di dalam hatiku.. Terlalu banyak perbandingan yang kakaknya cakap sampai saya pun sikit nak terlepas cakap.. Habis tu kalau dah dia isteri soleha kenapa mereka bercerai?

Saya cintakan suami saya begitu juga dirinya.. Tapi saya nak minta pendapat mereka yang pernah alami perkara seperti ini.. Macam mana nak hilangkan trauma? Saya tak nak jumpa kakaknya.. Tapi itu mustahil sebab dia kakak suami.

Adakah untuk jadi isteri soleha kita perlu memasak? Suami pujuk saya dia cakap, ‘ayang tau tak, hanya Allah yang tau isteri soleha tu siapa.. Ayang ni baik cukuplah kebaikan ayang tu abang je tahu, kalau orang nak cakap apapun ayang masuk ke telinga dan pastu biar je..’

Suamiku sayang,

Aku bukan isteri soleha seperti apa yang mereka perkatakan,

Aku hanya ada sekeping hati untuk mu ku tawarkan,

Aku tahu jauh betul diriku dari sesuatu yang bergelar soleha,

Jika suatu hari nanti aku tidak mampu bertahan itu bukanlah sebab apapun,

Ianya hanya kerana mereka,

Tentu mereka puas bila aku beralah..

Akhirnya kita tahu dunia ini hanya pinjaman,

Hanya sandaran,

Hanya satu tempat persinggahan,

Sebelum kita melangkah ke Sana,

Datang sendiri ke dunia ini,

Apatah lagi nanti pasti pulang ke dunia fana juga bersendirian..

Sebenarnya penat betul hidup jika ada yang suka buat perbandingan.. Tolonglah jangan sesekali buat perbandingan kalau nak nasihat tu please lah jangan buat perbandingan..

Aku penat ya Allah.. Terima kasih atas bahagia yang ku rasa.. Atas nikmat yang Allah berikan, nikmatnya ya Allah hidup ini.. Cuma hamba mu ini penat ya Allah.. Perlukah aku mengalah.. Aku ingin jauh dari tempat ni.. Aku ingin pergi..

Andai jodoh itu panjang temukan kami di syurga mu ya Allah.. Kekalkan jodoh kami.. Andai bukan jodoh.. Bukan jodoh yang panjang… Aku mohon ya Allah temukan dia dengan yang soleha.

– Scorpiogirls (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *