Aku selalu tertanya – tanya apa aku patut buat dengan kawan-kawan yang jenis tak pandai appreciate, selfish and tinggal aku bila dorang senang.
Aku selalu okay je kalau dorang minta tolong aku. Lagi-lagi kalau nak minta tolong aku print kan assignment dorang. Aku sanggup tunggu sampai lewat malam nak print kan diorang punya kerja. Aku tunggu lah dorang siapkan kerja tu then baru boleh print.
Then, kawan yang sama jugak, yang selalu sakit kan hati aku. Aku jenis yang suka berkawan. Jadi apa yang aku ada, apa-apa info yang aku tahu, aku akan share. Aku jenis yang suka share happiness dengan kawan-kawan.
Sampailah satu hari ni, aku baru tahu, selama ni apa yang aku harapkan tu semua tak boleh pakai. Aku minat sangat2 pergi luar negara. Aku ni bukanlah dari keluarga yang kaya. Family besar. So kalau nak pergi tu, budget kena besar.
Satu hari ni, ada program mobility fakulti aku buat. Pastu aku dapat tahu, ada pulak negara yang aku teringin sangat nak pergi, iaitu China. Ada jugak negara lain yang boleh pergi macam Indonesia, Jepun and Thailand. Dengan happy nya aku bagitau kawan-kawan aku pasal program ni.
Aku cakap “korang2, ada program mobility. Jom pergi China”. Aku dengan excited nya bagitau dorang. So, dengan semangatnya aku pergi jumpa senior yang pernah pergi mobility ni tuk tanya macam mana nak buat resume apa semua tu lah. So, aku pun forward kat kawan-kawan aku ni.
Tiba hari dekat nak submit borang2, then kawan-kawan aku cakap dorang nak pergi Indonesia pulak. Aku nak pergi China sebab nak feel iklim berbeza. Sana tengah snow waktu tu. Aku pun tersentak lah. Rupa2nya dorang dah berpakat lama.
Aku bagi tahu ayah aku pasal nak pergi China tu. Tapi, ayah aku tak bagi sebab aku sorang. Yang lain budak2 lain dengan geng2 dorang. Mostly chinese. Susah lah nanti kalau nak cari makanan halal and solat.
So akhirnya, tinggallah aku seorang dengan member aku ni lagi sorang. Satu sem tu kitorang berdua je lah yang tak pergi. Dia tak pergi sebab cgpa dia tak lepas. Tapi at least dia ada temankan aku, dan aku tak dapat pergi boleh temankan dia jugak.
Sedihkan. Dorang pergi tinggalkan aku tanpa rasa bersalah pun. Bayangkanlah aku yang susah payah tanya sana sini sampai pujuk nangis ayah aku nak pergi. Last2, aku tersia macam ni je.
Aku bertambah sakit hati bila dorang masuk bilik aku pastu cerita-cerita dengan each other pasal macam mana nanti kat sana. Dorang cakap, “eh, macam mana nanti kat sana eh? Ko nak bawak apa? Nanti kat sana kite pergi tempat ni nak tak? Passport ko nak buat bila?”
Aku nangis tau bila dorang cakap macam tu. Aku keluar bilik. Duduk kat tangga sambil merah2 mata aku. Aku tau aku tak dapat pergi. Tapi janganlah nak menunjuk-nunjuk depan aku.
Aku tak ikut pergi Indonesia sebab kat sana belajar dalam bahasa Indonesia. So aku tak nak amik risiko kalau2 tak faham term. Aku dapat biasiswa. Kalau result aku jatuh nanti susah.
Lepas dari kejadian tu, aku dah start hati2 dengan semua orang. Tapi, aku still tak kisah share ngan kawan-kawan lagi.
Then, case kedua pulak. Salah seorang kawan aku yang aku bagitau pasal mobility ni pulak, dia rahsiakan dari aku yang sem baru ni ada lagi. Aku tak tahu pasal tu. Dorang dah siap daftar dah. Pastu siap dorang dah cancel. So ada lagi kekosongan. Tapi, still dorang tak bagitau aku pun.
Start dari tu, aku dah malas dah dengan mobility ni apa semua. Buat aku sakit je. Program tu tak salah. Tapi orang2 yang jenis penting kan diri sendiri ni yang susah. Kenapa dorang sanggup buat aku macam ni? Apa salah aku? Kalau minta tolong, rasanya aku cuba je buat apa yang aku mampu.
Aku cuba motivate diri aku. Aku muhasabah diri. Baru aku tahu, kita sebagai manusia ni jangan terlalu mengharap dengan manusia. Mengharap pada Allah.
Rezeki tak salah alamat. Kalau tu untuk aku, aku dapat. Walau susah macam mana pun aku nak, kalau bukan rezeki aku, aku still tak akan dapat. Rezeki orang lain2. Mungkin ada baik buruknya.
Sekian.
– Somebody (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit