Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession. Berdasarkan tajuk, hari ni aku nak beri sedikit panduan yang kemungkinan ramai belum tahu. Dan kalau yang dah tahu, mungkin boleh tambah-tambah lagi tips berguna untuk kita semua.
Sekarang ni boleh katakan hampir semua benda nak beli dekat Shopee. Asal ada benda viral, terus search dekat Shopee. Akulah tu orangnya. Hehe.
Aku boleh katakan bertahun-tahun dah jadi pembeli di Shopee dan rupanya banyak perkara yang aku tak tahu. Dan sekarang bila aku tahu, aku kongsilah. Diharap korang yang belum tahu, dapat membeli belah dengan lebih yakin bila tahu info-info ini.
1) Sila lihat rating kedai sebelum membeli.
Kebanyakan yang terkena scam di Shopee ialah sebab pembeli tak ‘aware’ untuk lihat rating pekedai tersebut. Di situ kita boleh tengok komen-komen pembeli dan paling penting, kita boleh elak diri daripada kena ‘scam’.
Kalaupun ada komen-komen bekas pembeli yang teruk, tengok pula cara pekedai tersebut handle situasi. Kalau dia pun kasar dan tak kesal langsung dengan kesalahan dia, sila abaikan dan beli dengan pekedai lain. Kalau dia sungguh-sungguh mohon maaf, dan ada budi bicara untuk refund barang yang rosak contohnya, kalau aku, aku bagi peluang lagi untuk beli dekat kedai peniaga tersebut. Jangan tengok semua komen 5 bintang saja, klik dekat bintang selain 5, terutamanya 1. Lihat sebab pembeli beri bintang serendah itu kepada peniaga.
2) Tolong aktif chat.
Selalunya peniaga akan inform pembeli melalui chat. Malangnya ada pembeli yang jenis tak buka-buka langsung chat (akulah tu). Paling lawak, aku tak perasan ada rupanya button chat itu. Selalulah check kalau-kalau ada mesej daripada peniaga, terutamanya kalau dia nak inform pada kita, stok dia dah habis, boleh atau tidak dia nak gantikan dengan produk baru, atau mungkin dia nak maklumkan, pengeposan ada sedikit kelewatan. Dekat situ kita dah kehilangan maklumat penting tentang pembelian kita.
3) Pantau pergerakan order.
– Selepas buat bayaran, perhatikan bila peniaga tu mula proses order korang. Once korang buat order, order korang akan berada di status To Ship. Dan selepas dia dah pos, order korang akan bergerak ke sebelah, iaitu To Received. Kalau dia dah pos, beri sedikit masa kepada pihak kurier untuk masukkan maklumat ke dalam sistem. Janganlah marah-marah peniaga kenapa kata dah pos, tapi order masih pending dekat To Ship. Fahamilah, peniaga juga resah gelisah bila semua ini berlaku. Depa pun nak duit depa cepat uiii. Selagi barang tak dapat, selagi tu duit depa pun tak dapat.
– Okey, jika order sudah berada di bahagian To Received, lihat-lihatlah sendiri status pergerakan parcel korang. Bila parcel tu lama diperam kurier, korang boleh call sendiri kurier berkenaan untuk tanya dan push. Kalau Poslaju, korang call 1300 300 300. Tak ada manfaatnya korang marah-marah peniaga. Bukan dorang posmen pun. Hahaha.
– Pantau dengan lebih teliti jika beli barangan dari luar negara. Sebab ramai sangat kes, tup-tup, order dah complete, tapi barang tak dapat. AKu pun tak tau macam mana scammer buat kerja. Tapi selagi korang pantau order, insyaAllah duit korang selamat. Itulah fungsi Extend Shopee Guarantee. Tekan dan tunggu sebab kita tak nak Shopee releasekan duit tu dekat peniaga sedangkan barang kita belumpun dapat. Dan lepas tu pun tak dapat, tekanlah Refund. Tapi, itulah cabaran beli barang dari dari luar negara, jadi… Silalah berhati-hati.
4) Gunalah ‘Voucher Free Shipping’.
– Benda paling seronok membeli di Shopee, inilah dia. Kita boleh dapat free shipping untuk sesetengah kedai. Sekarang ni, ada tiga jenis pekedai di Shopee. Pertama, yang korang kena bayar duit shipping macam biasa even banyak mana pun korang beli, ikut tarif kurier.
– Kedua, yang korang beli barang RM40 ke atas dan CLAIM VOUCHER, dapatlah free shipping. Kalau Poslaju, tertakluk kepada 5kg ke bawah saja. Dan J&T pulak, free shipping sehingga berat 3kg. Dan kalau korang beli barang bawah RM40, korang still dapat rebate yang menjadikan harga pos korang tu lebih murah daripada biasa. Aku tak boleh nak bagi tau berapa sebab kos pos ni berbeza ikut berat dan lokasi korang. Tapi kalau untuk Poslaju, katakan kos pos asal RM8, tapi kalau korang beli dengan seller yang join Free Shipping program ni, korang hanya perlu bayar RM5 lebih tanpa claim voucher pun.
– Ketiga, peniaga yang korang beli dengan diorang barang RM19 ke atas, dapatlah free shipping dengan syarat korang CLAIM VOUCHER. Jangan korang tuduh peniaga tu menipu ke apa pulak kalau korang tak berjaya dapat free shipping. Tengok dulu, korang ada claim atau tak free shipping. Dan voucher tak sama ya setiap kedai.
Voucher yang korang boleh claim dekat pekedai yang RM19 ke atas tak sama dengan pekedai yang free shipping RM40 tau. Belum sebut lagi voucher khas untuk Shopee Mall. Jangan silap claim, okey! Hehe. Ohh satu lagi. Aku suka beli barang dari pekedai yang ketiga ini sebab diorang selalu terlibat dalam kempen Shopee. Sekarang ni, tengah hangat jualan 10.10 dekat Shopee. Dan barangan yang dibeli atas RM10 akan dapat free shipping lepas claim voucher.
Rugi tau siapa-siapa yang tak guna voucher ni. Cepat pergi check, voucher korang dah guna ke belum bulan ni.
5) Komen dan bagi rating.
– Korang tau kan, korang boleh beri rating dekat peniaga? Komen dan letaklah gambar, cukup beberapa patah perkataan, korang boleh dapat 5 coins. Kumpul banyak-banyak poin, nanti boleh guna dekat kedai yang ada ‘cop’ Preferred Seller. Tapi ingat, coins ni pun ada tarikh luputnya. So, jangan biar lama-lama sampai expired.
– Pemberian rating dekat Shopee ni, please lah, kalau korang tak ada masalah dengan produk, korang janganlah rate bawah 5 bintang. Konsepnya sama macam korang rate Grab atau Uber. Ianya sangat penting untuk peniaga tersebut untuk terus mencari makan di Shopee. 4 bintang itu di consider sebagai rendah tau. Sebab antara syarat untuk seseorang peniaga jadi Preferred Seller, kedai dia harus kekalkan rating sebanyak 4.6 bintang.
Kalau semua bagi 4 bintang dengan alasan 4 bintang dah cukup tinggi, celah mana dia nak dapat 4.6 bintang tu dan, celah mana jugak, korang nak guna coins korang tu. Dan kalau rating sesebuah kedai tu jatuh disebabkan rating korang, korang dah menyekat beberapa puluh orang potential customer dia. Sebabnya? Ada pembeli yang buat filter hanya nak beli dengan peniaga yang ada rating 5 bintang sahaja.
Nampak biasa kan? Tapi impaknya terasa kepada peniaga terutamanya yang baru nak menapak. Kalau yang Mall tu takpe dah sebab sales dan rating yang lain pun dah puluh ribu review. Setakat sorang dua bagi 1 star tak akan ada kesan. Tapi kesianlah pada peniaga yang cari makan sekadar nak tampung beli susu, pampers anak. Janganlah rating diorang macam korang rating movie, buku korang.
Ya, tau, 5 bintang korang mahal, tapi perikemanusiaan lebih lagi mahal. Tapi janganlah sampai peniaga yang teruk korang nak jugak bagi 5 bintang. Bagilah rendah-rendah kalau adab dia pun rendah. Hahaha. Bukan apa, supaya pembeli lain tak terkena.
– Tapi, korang janganlah rating rendah-rendah kalau barang tu dapat lambat sebab kesalahan kurier. Tak sepatutnya korang letakkan kesalahan pada peniaga. Tau-tau je, dah rating 1 bintang padahal korang sakit hati dengan kurier yang peram barang lama-lama. Korang tengok korang order bila, peniaga pos bila.
Sesungguhnya aku kenal ramai peniaga Shopee dan mereka semua sangatlah berharap barang customer sampai cepat sebab takut akan anda low rater yang beri rating berdasarkan kurier. Tambah-tambah kalau musim perayaan. Tolonglah faham. Even posmen lambat pun, korang janganlah marah-marah. Bawak bersabar. Abang posmen pun manusia. Dia ada anak isteri. Kalau tak mau sabar, sila walk in saja di kedai fizikal. Haa, senang kan.
– Lagi satu, peniaga pun boleh bagi kita rating tau. Tapi selalunya korang akan dapat 5 bintang atau tak dirate oleh peniaga. Tapi kalau korang bagi rating rendah, ada sesetengah peniaga akan balas balik rating yang sama atau lebih rendah kepada korang. Jangan pelik kalau tiba-tiba korang order barang dan ada peniaga cancelkan order lepas tu block korang. Itu sebab dia nak jaga periuk nasi dia daripada dirosakkan oleh low rater.
6) Macam mana nak buat kalau order lain, dapat lain?
– Aku pernah terkena. Dan salah aku jugak sebab alpa daripada baca review dan rating. Aku order barang, tengok-tengok dapat design lain yang bagi aku agaklah hodoh. Dan barang tu aku terima dalam keadaan dah tercabut. Lepas tu, aku chat peniaga. Dia online tapi tak balas. Panassss. Dah la aku beli hadiah untuk seseorang. Jadi macam ni, sangatlah kecewa. Kemudian aku tekan REFUND. Hah, terus dia balas kauuu. Dia suruh aku wassap dia pada nombor sekian2.
– Aku pun wassap. Ingin aku ingatkan di sini. SILA BERHATI-HATI DEAL DI LUAR SHOPEE. Sebab kalau kita deal dekat chat Shopee, pihak Shopee akan pantau perbualan kita. Kalau dekat luar Shopee, kalau kita kena tipu, Shopee tak dapat nak tolong sebab tu dah di luar bidang kuasa dia. Bila aku wassap, dia mintak aku bagi gambar barang yang salah tu. Aku pun lurusnya pi bagi. Terus dan-dan tu jugak, peniaga tu tekan DISPUTE dan letak gambar iklan dia design yang aku tak request tu.
Dia kata dia menolak REFUND sebab dia dah hantar barang yang betul. Tapi tulah, dekat order aku dah sah-sah tulis design yang aku nak tu. Pendekkan cerita, refund aku berjaya walaupun aku terpaksa pos barang guna duit aku sendiri walaupun peniaga yang buat salah. Dan tau tak… peniaga tu memang kurang ajar. Ramai gila kot review dia hantar design yang salah. Dari sini aku andaikan, dia memang sengaja hantar design yang salah. Silalah berhati-hati ya.
7) Tekan ‘Received Order’.
Sekecil-kecil kebaikan akan dinilai di akhirat. Inilah salah satunya. Haha. Korang puas hati, klik Received Order, terus duit masuk dalam wallet peniaga. Terus dia boleh beli susu anak dia. Kalau korang tak tekan, peniaga kena tunggu masa 3 hari untuk dapat duit tu setelah barang disahkan dah sampai pada korang. Senang je, klik je button tu, duit masuk. Tak salah kan berbudi?
Oh, dah 7 poin aku bagi. Maaf banyak-banyak kepada pembeli tegar Shopee dan peniaga kalau aku ada tersalah bagi info. Aku bukan kerja Shopee pun, cuma aku rasa terpanggil nak kongsi apa yang aku tahu. Harap membantu.
P/s : Apa yang aku tulis ni mungkin akan berubah dari semasa ke semasa kerana sistem boleh berubah, tapi hati jangan pula begitu :P
– Miss Shupi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit