Lelaki Baik untuk Perempuan yang Tak Rasa Dirinya Baik II

Assalamualaikum semua. Terima kasih banyak atas pelbagai respon positif mengenai luahan pertama aku ‘Lelaki Baik untuk Perempuan yang Tak Rasa Dirinya Baik’ (https://iiumc.com/lelaki-baik-untuk-perempuan-yang-tak-rasa-dia-baik/).

Ada juga yang aku perasan menuduh aku ni tak selidik bakal pasangan atau seolah-olah husnuzon tak kena tempat hanya kerana aku cakap jangan korek kisah silamnya. Yang ni aku tak tahu lah baca habis ke tak ataupun baca sambil berkebun ke mandi laut ke camne kan. Terang terang aku cakap tak boleh tak selidik. KENA selidik tapi dengan cara yang betul. Tapi tak pe lah, it’s ok guys. Aku pun memang novelist so aku dah expect one or two bad lemons. I can’t please everybody.

Yang comment ‘tak selidik kisah silam pasangan, tak takut ke dapat hiv dan dapat zuriat yang ada hiv?’ tu aku tak boleh nak brain sebab kalau anda tinggal dan ingin bernikah di Malaysia, dah tentu lah anda dan pasangan kena lalui ujian saringan hiv. Husnuzon la kan, mungkin yang comment tu belum berkahwin dan belum pergi kursus kahwin pun lagi so tak tahu prosedur memohon kebenaran berkahwin.

So kali ni aku nak cerita kan lebih lanjut mengenai tujuan dan pengalaman aku untuk menangkis tuduhan-tuduhan tersebut. Kali ni more emphasis on cara pasangan aku diselidik dan aku akan bercerita lebih tentang personal experience aku. Bukan aku tak nak cerita awal-awal. Tapi seadanya pun confession pertama aku dah panjang berjela. Kalau cerita dari a sampai z camne aku selidik pasangan aku alamat jadi novel lagi satu lah jawab nye. Tapi buat pembaca yang tak minat tahu personal story, atau ada yang lepas ni tuduh aku mereka cerita pulak, baik korang berhenti baca takat ni je.

Tujuan aku tulis confession pertama aku adalah sebagai secebis nasihat untuk kawan-kawan yang sedang mencari pasangan hidup termasuk adik-adik, cousin-cousin yang sering minta pendapat aku. Aku taknak korang give up hope dan settle for less. Seperti yang aku dah cakap, aku agak berpengalaman berjumpa dengan pelbagai jenis ‘wrong ones’. Aku ni bukan tahap beruntung sauk-sauk terus dapat permata k guys. Banyak sangat air mata sebenarnya. Tapi semua nya jadi pengajaran buat aku.

Dan bila aku akhirnya bertemu dengan si dia cinta hatiku, aku tahu nak beza yang mana kaca yang mana permata. That’s why aku nak ringkaskan dan rumuskan strategi so that anda tak perlu melalui apa yang aku lalui. Manusia jenis ‘perosak perempuan’, penagih dadah, penagih simpati, semua tu aku dah jumpa. Ada yang bangga dengan kejahatan sendiri pun aku dah jumpa, Cuma tak semesti nya lah aku berjumpa sebagai kekasih ke apa.

Ada tu kawan-kawan dari lingkungan aku je. Sebab dulu aku selalu mix with the wrong side of town dek kerana bidang pengajian dan profession yang aku pilih dulu. Banyak bad influence. Suami orang yang menggatal pun ramai sampaikan aku tengok gaya je dah boleh detect dia ni suami orang. So harap harap anda paham lah where i am coming from. Optimist aku bukan optimist tak bertempat. Husnuzon aku pun bukanlah husnuzon tak bertempat. Kalau anda takut nak bersangka baik pada orang, jangan pula anda lupa untuk bersangka baik dengan Tuhan yang Maha Esa.

Aku dulu adalah seorang yang sangat pessimistic. Sampai kan ada orang yang menegur aku dengan bahasa kasarnya, ‘don’t you know it is a sin to be pessimistic?’. Teguran itu menyentap kan aku. Dan orang yang menegur aku tu lah sekarang suami aku. Indahnya percaturan Allah. Meh aku start dari awal ye. Aku kenal dengan suami aku, K masa aku kerja diluar negara. Kenal sebagai kawan je sebab time tu aku minat kat orang lain.

Lepas aku balik Malaysia, orang yang aku minat tu pun entah kemana, aku kenal pulak dengan ex tunang aku, F. Aku tak suka mana pun kat F tu tapi ibarat rebound yang tersangkut, itu lah dia si F. Aku pun bertunang ngan si F, waktu tu K dah melompat ke negara lain untuk meneruskan careernya dan still contact aku jarang-jarang, tanya kabar macam tu je, sebab dulu K ni pemalu. Aku amat tak gemar bercerita pasal F kerana F adalah lambang kenaifan aku. Seolah olah aku penat bercinta dan decided to settle for less than what i deserve.

Mak ayah aku pun dari awal tak suka F tapi rela kan juga kami bertunang setelah mendapat nasihat dari tok kadi kampung. Ayah aku pulak tak pernah suka mana mana lelaki yang berkawan ngan aku, so aku nekad terima F dengan sangkaan memang ayah aku tu takkan suka sesiapa. Tapi jangan silap ye, si F ni, aku korek habis sejarah dia, aku stalk profile ex dia semua. Aku ingat aku dah cukup kenal hati budi dia. Tapi aku salah perhitungan.

Nak jadi cerita, aku dan F putus tunang dengan cara yang sangat tragik iaitu di masjid tempat akad nikah bakal berlangsung 5 minit lagi. Atas sebab apa? Cukup aku katakan, sebab dia tidak hormat perjanjian dengan Mak, Ayah, serta keluarga aku. Dan aku pun dah tak dapat nak mempertahankan dia dihadapan keluarga aku di saat saat genting itu. Allahu Akbar. Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untukku.

Paling aku berterima kasih pada Ayah dan Mak. Mereka sanggup tanggung malu tunjuk muka di majlis resepsi dengan ketiadaan pengantin. Terpaksa bersalaman dengan tetamu dan beritahu perkahwinan dibatalkan, tapi silakan menjamu selera. Kuat nya ibu bapaku, sampai ada ustaz yang jadi tetamu bilang ke adik lelaki aku, ‘contohi bapamu nak, bukan semua bapa sanggup buat begitu demi anak perempuannya’.

Indeed, i owe my father my happiness today. Tak ada apa yang ayah aku tak sanggup buat demi aku dan adik-adikku. Mak aku pun begitu. Cuma waktu tu mak ayah aku belum ada pengalaman anak nak kahwin, so ade a few things yang terlepas pandang seperti proses menyelidik. Bukan ayah aku tak selidik, tapi mungkin tak kena cara kot.

Aku amatlah malu dah kecewa lepas putus tunang tu. Depressed jugak lah. Sampai aku tak sanggup nak hadir majlis kahwin sesiapa pun. Jumpa orang pun aku malu, menangis nangis dalam kereta sorang-sorang. Malam sebelum tidur pun aku nangis berjam jam. Diterukkan lagi dengan kondisi aku masa tu, aku terpaksa berhenti kerja. Ayah aku tak mahu lagi membenarkan aku berjauhan dengannya. Ayah aku kata ‘takpe, biar ayah tanggung along sampai ayah mati dari along kahwin dengan orang yang salah’. Ayah aku menangis guys sambil peluk aku. Tergiang-ngiang sampai sekarang. Ya Allah, izinkanlah aku, membahagiakan kedua ibu bapaku ya Allah…. sob sob….

Satu masa aku minta Mak dan Ayah bawa aku berubat dengan saudara kami yang mengamalkan perubatan Islam. Aku nak mententeramkan jiwa aku yang terganggu. Lagipun Mak Ayah aku nak pastikan ex tunang takde hantar apa apa benda tak baik kat kami sekeluarga lepas apa yang terjadi. Handphone aku pun mak aku simpan time tu sebab tak nak aku contact ex tunang. Dengan kawan-kawan pun aku lost contact. Memang emosi aku betul-betul dilembah terdalam time tu. Aku nak online tengok fb pun mak aku ada kat sebelah aku.

Sampai satu hari tu, aku online, mak aku suruh adik lelaki aku duk kat sebelah, jenguk-jenguk, sebab time tu mak aku nak tidor. Aku tengok K tengah online. Dia tegur aku dan cakap tahniah. Aku cakap aku tak jadi kawin. Dan aku pun cerita kat dia. Dia pun terus mendengar luahan aku sampai beberapa kali online. Tapi dia tak korek, so aku pun tak pergi detail sangat, Cuma cerita keadaan aku masa tu je, dengan masa depan aku yang malap.

Tiga empat malam jugak lah aku merintih kat dia. Balik kerja je dia terus online chatting ngan aku, aku pula terus ditemani oleh adik yang setia disisi, jadi mata mata mak aku, tapi K tak tahu ada spy. Sampai dia lastly cakap, ‘you, you tahu tak kenapa i tak pernah cakap goodbye masa you nak balik Malaysia dulu? Sebab i harap kita akan jumpa lagi. Sebab i suka kat you.’ Ahaha. Lebih kurang cenggitu lah kan.

So masa tu baru lah aku tahu perasaan terpendam nya terhadap aku sebab dia tak pernah bagitahu aku sebelum tu. Dan aku sedar jugak, walaupun kami hanya kawan, aku amat senang dan selesa dengan K sebab pemikiran kami hampir serupa. Tanpa aku sedar, selama ni aku pun ada semacam perasaan admire kat dia. Dan aku dari dulu-dulu suka bergurau dengan dia ditempat kerja sebab dia ni kelakar walaupun pemalu. Jadi sebaik sahaja dia mengaku perasaan dia, ada awan hitam seolah ditarik keluar dari dada aku. Rasa lega yang hanya Allah sahaja tahu.

Esoknya aku dah nervous nak bagitau mak aku. Time ni dah lebih 8 bulan aku putus tunang. Tapi aku bagitahu jugak, sebab kalau aku tak bagitahu, adik aku akan bagitahu jugak. Time tu, mak aku seolah-olah happy sangat. Mak cakap kat aku, dia ada baca yassin 100 kali untuk aku supaya dapat jodoh yang terbaik.

Dan itu seolah-olah tanda Allah menjawab permintaan Mak. Tu belum kira ayah aku lagi ye guys. Ayah aku ex military, dan dia sangat susah nak suka kat orang. Pulak K ni calon non-conventional. Sebab dia orang jauh yang kini kerja lagi jauh. K bukanlah orang sekampung, senegeri, atau senegara ngan aku. Negara mana tak payah la aku cerita. Cukup korang tahu, negara dia dan negara kita selalu seteru menyebabkan aku pun takut sangat nak cerita kat Ayah.

Long story short, akhirnya Mak bagitahu ayah sebelum kami sekeluarga berangkat untuk mengerjakan umrah. Ayah tak tanya lebih. Dia tanya Islam ke bukan? Mak kata Islam laaa. Dan Ayah aku terus minta K tulis email kat dia untuk memperkenalkan diri sebab K kata dia serius dengan aku. Ayah aku ni guys, highly judgemental. Dia je yang betul hahaha. Tapi surprisingly email tulus dari K berjaya memikat hati ayah. Balik dari umrah, ayah aku dah mula dengan perancangan dia untuk menyelidik K. Gila kau tak selidik, aku dah pernah putus tunang kot. Takkan nak pisang berbuah dua kali? Aku ni princess Ayah aku kot. Satu satunya anak perempuan.

Mula lah ayah aku ngan plan gila nya. Ingin terbang ke negara tempat K bekerja tanpa memaklumkan kepada K. Dia kata nak tengok, betul ke semua informasi yang K bagi? Betul ke dia kerja situ? Ada permit ke? Bla bla bla. Jangan main Ayah aku, pernah ke medan perang guys. Takkan ada apa lagi yang boleh mnyakitkan anak perempuan nya. Enough is enough! Tapi mak aku cakap ‘tak payah la buat kerja gila, awak nak tidor mana kat sana nanti?’ ayah cakap ‘tidor kat masjid’. Mak aku gelak. Sekeras keras Ayah aku, dia tetap perlukan support dari Mak. So, akhirnya dia tak jadi lah nak mengintip anak teruna orang tu.

Few months later, K cakap dia nak ambil cuti pulang ke kampung, abang dia nak kahwin. So dia mnyuarakan hasrat nak singgah jumpa aku dan family aku untuk minta restu bagi meneruskan hubungan kami. K nak datang sorang je. Tapi ayah cakap kalau serius bawa mak ayah sekali, makan minum, tempat tinggal, ayah aku tanggung. K pun awal awal dah bercerita tentang aku kat mak ayah dia memandangkan dia memang rapat dengan orangtuanya. Bila mak nya tanya kenapa aku pernah putus tunanng, K terus cakap ‘kita tak ada hak untuk tahu’, terus mak dia minta maaf.

Begitu sekali K cuba mempertahankan maruah aku walaupun perihal aku putus tunang tu tak dapat dielakkan dek kerana semua orang tahu dan K tak mahu mak nya tahu dari mulut orang lain. Plan punya plan, K dan parents nya pun tiba. Turun je dari pesawat, kami terus sambut di airport. Dan disitu jugalah mak K yang baru pertama kali melihat aku selain dari gambar, membisik ke telinga anak nya ‘she is the one for you’ tanda berkenan sangat lah aku menjadi menantu nya.

Hampir 2 minggu mereka jadi tetamu di homestay Ayah. Hari- hari ada je agenda Ayah dan Mak untuk taaruf bakal menantu dengan bakal besan sekali. Siap ayah aku man to man talk la, suruh dia jadi Imam la, bawa pergi potong rambut la, bawa berjogging la. Dan setelah mak ayah K meminang aku secara official, ayah aku minta waktu lagi sebelum bagi keputusan.

Lepas bagi keputusan untuk menerima pinangan, aku dan parents aku pula jadi tetamu ke kampung K. Kami disambut dengan mesra, dibawa berjalan jalan dan proses penyelidikan berterusan. Kami bertemu dengan sanak saudara K yang jauh dan yang dekat, kami tinggal dirumah K selama seminggu sementara K tinggal dirumah orangtuanya. K bukan lah dari keluarga kaya, dan K pun kerjanya biasa biasa aje macam aku juga dulu tapi K jauh lebih berpengalaman dari aku dan aku. Cuma lebih sikit paper qualification berbanding dia.

Tapi berkat doa mak ayah nya, K dah beli sebiji rumah waktu itu dengan loan yang sudah hampir lunas. Di rumah itu, ayah aku belek-belek rak buku K, selidik bahan apa yang K baca untuk membaca arah pemikiran K. Sampai tahap tu guys. Tak cukup lagi? Aku dan K tak pernah dibiarkan berdating walaupun dah bertunang. Ayah Cuma benarkan kami sembang sembang berdua di ruang tamu sementara ayah dan mak memasang telinga dari bilik sebelah dengan pintu terbuka luas.

Bila balik Malaysia, ayah aku cakap, nak tahu tak kenapa ayah terima pinangan K untuk along? Sebab masa dia di sini, dia buka pintu kereta untuk mak dia setiap kali nak keluar kereta dan dia layan mak dia macam permaisuri, ayah yakin dia akan layan along sebaik itu juga. Banyak lagi sebab sebenarnya. Dan ayah aku kan hard to please, so walaupun aku tak dapat nak korek sangat sejarah silam k, Ayah mungkin dah dapat informasi yang dia cari sewaktu man to man talk dengan K.

Aku juga perasan ayah aku berkenan dengan K, dari segi cara dia hormati orang tua, perwatakkannya yang bertanggungjawab, kematangan K walaupun dia anak bongsu, dan macam macam lagilah. Walaupun ayah kata K ni bacaan Al-Quran dia masih banyak yang harus diperbaiki. Tapi ayah yakin K dapat mengambil alih tugas ayah membimbing aku. Selebihnya tak payah lah aku nak puji-puji sangat, dah jadi suami aku kot, nanti ada pulak yang berkenan sebab soleh sangat.

Dalam masa yang sama aku dan mak pun tak putus solat istikharah ye. Aku belajar dari kesilapan lampau ku dengan F bilamana aku solat istikharah sekali je buat cukup syarat sebab jauh disudut hati, aku takut Allah akan tunjukkan yang F bukan untukku. Angkuh nye aku waktu itu, aku fikir aku boleh menolak takdir Allah. Istighfar panjang aku guys. Tapi kan, dengan K Aku rasa aman dan tenang. Takde la dapat mimpi ke apa. Tapi segala urusan kami seolah-olah dipermudahkan. Nak kawin dengan orang lain negara ni bukan senang. Paperwork sahaja ambil masa berbulan. Tambahan lagi K kerja di negara lain.

Requirement Jabatan Agama Islam dengan surat akuan bujang la surat bermastautin la, kena turun naik embassy la. Dari situ pun aku banyak belajar mengenai kesabaran K dan kesungguhan nya. K sampai tertidur di embassy sambil menunggu giliran. Dengan surat akuan bujang semua tu, sampai diperakui Kedutaan, dan Ayah nya sendiri yang ulang alik ke ibu negara untuk dapatkan paperwork, takkan lah aku tak tahu tentang status K dah pernah berkahwin atau tidakkan? Korang ni nak cakap aku tak selidik agak agak lah…. adui.

Dalam tempoh kami berkawan semula dan bertunang, K lah yang menaikkan semangat aku untuk membina kembali cita cita aku yang dah roboh dulu. Boleh dikatakan dia antara penyelamat aku lah kan. Aku mula atur balik hidup aku dan mula pandang kehadapan dengan positif. Aku mula merasa nikmatnya disayangi orang yang direstui ibu bapaku kerana aku dapat berkongsi kebahagiaan itu dengan mereka. Mak ayah aku pun dah lega, adik adik aku pun dah jumpa sosok yang layak menjadi abang yang belum pernah mereka miliki.

K beri sokongan kepada aku walaupun dia jauh, walaupun kami tak pernah berjumpa lagi sejak bertunang tempoh hari sampai lah dia datang kembali untuk menikahi aku. Dalam tempoh itu juga aku dapat menyiapkan karya pertama aku dengan pertolongannya, dan aku berjaya mendapatkan penerbit untuk menerbitkan karya aku.

K ni dulu masa aku baru kenal dia pun dia happy go lucky je. Tapi oleh sebab dia dah lama sangat hidup merantau dan jauh dari keluarga, dia sangat independent sejak usia muda. Cuma dia pernah hanyut juga lah dek kerana merasakan diri terlalu bebas, pernah jadi samseng, pernah macam macam lah. Tapi takde detail sangat dia sebut. Dan macam mana dia sekarang dengan aku, itulah dirinya, sebab K tak pandai berpura pura.

So, alhamdulillah, kami dah selamat berkahwin, dan ayah aku selaku ketua penyelidik pun amat berpuas hati dengan K. Sekarang aku ikut K ke negara orang tempat dia bekerja. Dan disini juga kami membesarkan anak anak kami. Disini cabaran nya bukan biasa-biasa. Majoriti non muslim menyebabkan kami pun risau tentang masa depan anak-anak. Aku dan K sentiasa ada discussion tentang macam mana nanti, kalau dah sampai masa anak anak pula nak berkahwin, etc.

Disini kami tiada keluarga lain, Cuma ada aku, K dan anak anak kecil kami. Sebab itu juga K bawa kami tinggal dekat dengan masjid, supaya anak anak dapat membesar dalam komuniti muslim. Ayah dan mak aku ada juga datang melawat kami, dan setiap kali sebelum pulang ke Malaysia, ayah akan peluk K dan cakap, ayah lega lepaskan aku untuk jadi isteri K, dan ayah yakin aku dan anak anak ada dalam jagaan yang terbaik.

Doakan kami sentiasa dapat hidayah dan petunjuk dari Allah ye guys. Aku tak nak anak anak aku lalui keperitan aku dulu dalam mencari jodoh, sampai ada kala aku terfikir aku ni tak laku. Asal jumpe je semua tak semenggah. Tambah lagi dengan ayah aku yang pernah usung senapang dan dah serik menerima entah siapa siapa je jadi calon menantu. Agak agak aku ni membujang sampai mati. Tak tak…. Allah masih sayangkan kita walaupun ada kala nya kita yang lupa untuk menyayangi diri sendiri. Selagi kita ada keinginan untuk membaiki diri, in syaa Allah, akan dikirimkan seseorang untuk bersama sama berjuang dengan kita dalam mencari redha Nya.

Doakan jodoh aku dan K berkekalan ye. Aku ingin jadi ketua bidadarinya di syurga nanti. Aku tahu aku dan dia banyak kekurangan, baik dulu mahupun sekarang. Dulu kami naif, sekarang kami lalai juga kadang kala. Tapi Allah dah tentukan kami bertemu kembali selepas terpisah bertahun tahun, dan Allah lengkap kan kami dengan satu sama lain untuk menempuh dugaan hidup bekeluarga di tempat orang.

Aku bahagia sekarang, walaupun hidup kami biasa-biasa, tapi kebahagiaan aku luar-biasa bagi aku. Sebab dulu kebahagiaan ini haanya angan-angan aku sahaja, . Aku juga sedar semua ini pinjaman dari Allah. Semoga Allah jauhkan aku dari sifat riak, angkuh dan lupa bersyukur. Aku cuma nak kongsikan dengan orang lain cerita aku supaya semua tidak lupa untuk berdoa dan bersangka baik kepada Allah. Jangan sedih sedih macam aku dulu, Allah sentiasa ada, dan Allah sentiasa mendengar rintihan kita.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *