Do’s and Don’t’s in Relationship

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana artikal ini diterima untuk disiarkan.

Aku Aishah berumur 26 tahun dan sudah mempunyai kerjaya. Aku sekadar ingin berkongsi beberapa perkara yang perlu dibuat dan yang perlu dielakkan semasa ingin memulakan relationship berdasarkan sedikit pengalaman yang aku hadapi.

Sebelum itu, aku rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit tips untuk siapa yang berniat dan berminat untuk menjadi ‘orang tengah’ untuk menjodohkan seseorang.

1. Betul-betul kenal dengan orang yang anda nak jodohkan pada kawan anda.

Sebaiknya betul kenal siapa nama, kerja apa, kerja kat mana… itu yang paling penting walapun anda tak kenal siapa family orang tu. Kalau anda sendiri tak kenal siapa orang yang anda nak jodohkan tu. Mungkin orang tu penagih dadah, mungkin orang tu dah pun kawin, dah ada bini, ada anak ataupun mungkin orang tu love scammer yang nak kikis segala duit yang ada pada kawan kita.

Banyak kes yang aku baca perempuan kena tipu. Kawin just untuk dapatkan pinjaman loan lepastu ditinggalkan, perempuan tu la yang akan menanggung bayaran setiap bulan pinjaman puluhan ribu malah ratusan ribu.

Aku tulis artikal ni sebab aku taknak ramai lagi perempuan yang tertipu. Dahla ditipu perasaan, terpaksa rawat hati yang hancur dan lagi terpaksa menaggung bebanan hutang setiap bulan. Terpaksa lagi move on dari relationship yang dianggap akan kekal hingga hujung nyawa.

Jangan cakap yeke, takkan la dia nak buat macamtu muka nampak macam baik je. Eh, hello… Kau pun tak kenal siapa dia tak payah nak backup sangat. Engkau jumpa entah sape sape kat tepi jalan. Entah sape sape kat stesen bas, kat kedai makan sukahati je kau bagi contact number aku. Kau memang silap orang la.

Macam aku cakap, aku tulis artikal ni berdasarkan pengalaman aku. Satu hari aku balik kerja ada sorang mamat call aku. Mamat ni Z… Katanya nak berkenalan. Aku memang tak puas hati je kalau ada orang yang aku tak kenal tapi dia tau contact number aku. So aku tanya dia mana Z dapat aku punya number?

Z cakap dia terjumpa sorang kawan aku (Farida) kat kedai makan dan aku memang tau kawan aku si Farida tu memang suka makan kat kedai tu. Memang dah port wajib dia kat situ. Si Farida kawan aku tu pulak jenis ramah and suka je melayan pekerja-pekerja kat kedai makan tu.

Kali pertama mamat tu call aku tu memang aku ada angkat and tanya jugak beberapa soalan yang aku nak kepastian dari dia. Mulanya aku ingat ada hal penting dari siapa-siapa yang tak save number ke.

Tapi lepas dari tu aku dah tak layan. Tak jawab call and reply message lelaki yang tak kenal pun tu. And ada sekali tu dia text aku tanya kenapa aku tak angkat call, kenapa aku tak reply message. Aku tak tau nak cakap apa dah. So, tergerak hati aku nak reply cakap yang aku busy.

Tapi Tuhan punyalah nak selamatkan aku, nak tunjukkan kebenaran. So, dipendekkan cerita. Rupanya lelaki tu dah pun ada isteri… Isteri dia yang reply text aku yang aku cakap busy. Dia pujuk rayu aku cakap nakkan aku. Dia cakap yang dia dah nak bercerai dengan isteri dia. Aku macam marah, bengang gila disebabkan kawan aku share contact number aku dengan orang yang tak tau mana asal usul aku terjebak dalam hal rumahtangga dia.

Aku pergi kerja pun tak senang duduk, tak dapat nak focus bila dapat message dari laki bini ni. Memang tak tenang hidup aku. Masalahnya semua ni bukan salah aku. Bukan aku yang tergila-gilakan laki orang. And dipendekkan cerita lagi aku block semua nombor yang pernah dia call and text. Memang scary gila cara dia approach aku.

2. Beritahu dan minta izin sebelum memberikan nombor telefon kawan kepada sesiapa.

Kalau nak beri nombor telefon kat sesiapa, please at least bagitahu dulu kat kawan tu. Mintak izin dulu. Tanya dulu kawan ni single ke. Dah bertunang ke. Dah berpunya ke walaupun belum bertunang. Tanya dulu kalau ada orang nak berkenalan boleh ke?

If the answer is yes, barulah kau bagi nombor kat orang yang engkau KENAL. Contoh kawan rapat, saudara mara kau. Bukannya orang yang kau first time jumpa. Tak kenal betul asal usul dari mana terus bagi nombor dengan alasan nak tolong orang tu cari jodoh. Alahaii naif sangat kena tipu hidup-hidup.

Kalau dua-dua dah setuju, kau pun kenal kedua-dua pihak lelaki dan perempuan ni orang yang baik-baik barulah kau bagi bertukar-tukar nombor. Tu adalah cara yang lebih baik dari kau aniaya kawan kau.

3. Do and Don’t bagi yang nak memulakan relationship.

1. Jujur menerangkan siapa anda tidak kira anda lelaki atau perempuan.

Semua orang suka kalau partner dia bersikap jujur and berlaku jujur, tak suka ditipu. Jangan buat perjalanan mencari jodoh itu macam budak-budak sekolah dulu-dulu. Main-main silap nombor.

And jangan salahkan seseorang tu kalau kau kena reject. Jangan salahkan sesiapa kalau kau jumpa orang yang susah untuk buka pintu hati untuk berkenalan sebab dia dah banyak kali kecewa, banyak kali tertipu.

2. Jujur menerangkan mana anda dapat nombor.

Ada jugak yang pm aku nak berkenalan tapi bila ditanya dia cakap nombor tu dapat dari kawan abang dia. Tanya nama kawan abang pun tak tau, tanya kawan abang tu siapa, pun tak tau jugak. Nama abang dia pun aku tak kenal jugak.

Aku cuba jugak cari hint kot-kot abang dia tu kawan sekolah aku ke, kawan university aku ke. Tapi gagal!! Then aku reject je. Malas nak layan. Penat nak layan orang yang tak bersungguh-sungguh.

3. Jujur menggunakan profile diri anda di fb or etc.

Jangan gunakan cara macam budak-budak sekolah. Buat akaun FB palsu. Nama macam-macam gaya. Kacang merah, kacang tanah, Pak Mat Jual Aiskrim. Then kau approach orang guna nama macam tu kau ingat orang nak percaya.

Kalau aku pun aku hanya akan yakin dan percaya pada orang yang berani tunjukkan siapa dia. Tak handsome tu lain cerita, tak kaya tu bukan satu benda yang penting. Tapi kalau tak kaya, tak handsome, perangai tak elok, kerja menipu, dah kawin pun mengaku single, tak jujur, tak setia tu memang cukup pakej buat orang tak suka and boikot kaum kau.

Aku harap perkongsian aku ni sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan kat luar sana yang masih mencari pasangan hidup dengan cara yang lebih manis, lebih elok, and nampak lebih berilmu, berkeyakinan instead of guna cara-cara lama yang kebudak-budakkan.

– Aishah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *