Kes Rumahtangga Membabitkan Mahkamah

Assalammualaikum, confession ni reply untuk kisah ‘Hati yang Hilang’, (https://iiumc.com/hati-yang-hilang/). Buat Manisah, are you ready?

Saya pernah jadi janda, dan sekarang jadi isteri kedua. Boleh baca confession saya yang lain tajuk “Api Cinta Suami Orang.”

Untuk part I, (https://iiumc.com/api-cinta-suami-orang/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/api-cinta-suami-orang-ii/).

Tapi confession ini saya share berdasarkan pengalaman sendiri dengan bekas suami sebab saya urus dari A-Z sendiri. Kes saya diceraikan di SMS (zaman belum ada whatsapp).

Biasanya yang urus kes penceraian di mahkamah memang ramai perempuan sebab banyak yang kita nak mengadu dan lelaki biasanya yang ikut je. So, kalau betul memang dah ready, tak berdosa pun minta cerai dengan cara yang betul.

Dalam kes Manisah, ada 2-3 cara yang boleh guna iaitu cerai taklik, fasakh atau khuluk (tebus talak). Tapi kalau nak cepat, dan confirm jatuh boleh guna taklik CUMA berat kepada pembuktian sebab nak buktikan taklik tu jatuh contohnya kesan penderaan fizikal/mental/emosi tu, kita kena buktikan pada hakim.

Kalau tak, boleh mohon fasakh. Banyak sebab untuk mohon fasakh sebenarnya. So, jangan mohon cerai biasa sebab kesnya rumit dan suami banyaknya akan guna kuasa dia. So terus mohon antara tiga jenis cerai tu, CUMA pastikan bukti cukup.

Ramai perempuan ke mahkamah dalam keadaan tak ready. Endingnya, tarik balik kes atau bila dah lemah semangat, biarkan je. Mengaku kalah. So kalau betul nak proceed ke jalan itu, pastikan diri ready fizikal, mental, emosi dan DUIT! Ya, penceraian menggunakan semua itu sama macam kahwin.

Saya pernah ke mahkamah temankan kawan urus kes dia, di kaunter sebelah seorang ibu dengan anak-anak nak hantar permohonan, tapi tak tahu kena bayar yuran pemprosesan dan dia tak ada duit.

Ya! Bayangkan terseksanya ibu tersebut sebab itu baru satu… Ada lagi duit nak pakai lepas tu… Sebab setiap kes berlainan, borang berlainan, yuran berlainan… Masa saya urus sendiri, habis beratus jugalah (untuk yuran sahaja) dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi. Tak masuk duit tol, minyak kereta dan priceless, air mata yang tumpah…

Nak mudah, pasang peguam. Tapi readylah dalam 5-10k, sebab buka fail je dah duit, belum tiap kali peguam datang wakilkan kita. Satu lagi, biasanya pihak suami akan counter dengan failkan “isteri nusyuz” so Puan Manisah bolehlah failkan suami nusyuz juga, jika dia tak tunaikan nafkah zahir batin, mendera fizikal/emosi/mental dsb… Jadi perlulah kuat ya!

Paling penting, PEMBUKTIAN. Ya, ramai isteri takut sebab tak nak buka aib suami tapi ada beberapa kes yang diperlukan buka aib seperti tak bayar nafkah dsb…

Zaman Rasulullah SAW pun ada isteri datang mengadu, kan kira buka aib? Tapi kena mengadu di tempat yang betul. Bukan pada suami orang atau kawan-kawan yang tak boleh tolong. Ingat! Yang susah, diri sendiri. Pagi satu, uruskan semua dalam keadaan senyap. Buat macam biasa sahaja tapi pastikan dapat collect semua bukti ya.

So, bukti resit beli barang rumah, suami tak bagi nafkah dsb.. Dera fizikal (gambar/laporan), dera mental/emosi (mesej whatsapp dsb). Pasang call recorder dalam handphone dan record semua perbualan.. Di rumah, gunakan voice recorder utk record perbualan.. Percakapan suami semua boleh dijadikan bukti di mahkamah.

Kuasa talak ada pada hakim. Jadi jangan risau kalau suami tak nak cerai. Kalau kes terlalu teruk, dah sampai Jawatankuasa Pendamai pun tak boleh settle, hakim berhak jatuhkan talak kalau suami tak nak.

https://kisahdunia.com/cerai-hakam-mimpi-paling-ngeri-buat-para-suami-dai-wan/

Anak? Itulah guna segala pembuktian. Buktikan suami tak mampu jaga. Kalau suami pun buat yang sama, jangan risau. Hak penjagaan akan jatuh pada mak ayah kita. Bukan mak ayah mertua. Tapi biasanya anak bawah 12 tahun akan jatuh pada mak selagi emak mampu. Biasanya mak yang tak dapat hak jaga anak ni sebab dia tak bekerja, tak ada duit atau ada lelaki lain/hidup dalam kemaksiatan.

Kalau betul ini jalan yang dipilih, banyakkan solat sunat taubat, solat hajat mohon kekuatan di samping solat yang ada. Banyakkan zikir la hawla walla quwwata illabillahila liyyilazim.. Banyakkan selawat.. Percayalah. Tak ada manusia boleh beri kekuatan selain Allah. Kita tak kuat, tapi kita boleh mohon kekuatan dari Rabb kita.

Apa pun, dapatkan bantuan dan WAJIB BERANI!

Pengalaman saya, pernah dikejar di highway dengan kereta ex husband nak langgar saya. Dia ugut nak culik anak saya.. Dan semua ni berlaku di luar mahkamah.. Bila di mahkamah, kecut depan hakim.

Dan para isteri di luar sana, sebaiknya SABAR tapi kalau dah kena serangan fizikal dan suami jenis baran angkatlah kaki sebelum dikerat lapan. Saya dah pernah kena, pernah rasa nak terjun bangunan, kesan torehan di tangan saya masih berbekas sampai sekarang…

Fikirlah, sampai bila mampu bertahan?

– Nuradiba Natasha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *