Hasil Didikan Mak

Assalamualaikum, Hi. Terima Kasih kalau posting aku ni disiarkan. Semalam aku sempat lunch dengan husband. Entah macam mana, aku break down depan dia. Aku jarang nak breakdown depan dia but semalam, aku kalah. Mungkin sebab aku memang nak luahkan dekat someone bout this.

Kadang2, aku rasa aku terlalu strict dan kasar dengan anak aku, padahal dia baru umur 2. Aku tertekan. Aku tak nak macam ni. Salah satu azam aku ialah aku tak nak jadi macam mak aku dalam bab mendidik anak ni.

Aku anak sulung kepada 3 beradik. Mak aku ibu tunggal sejak aku umur 12. Aku faham struggle mak, given I am my self a mother now. But since kecik aku always cuba memahami mak. Mak stress, mak tension, mak penat, mak sedih dan lain2 sebab untuk aku justify why mak aku treated aku so bad.

Sebagai anak sulung, aku lah yang selalu kena dengan mak. Kadang aku tau, mak stress dengan abah, and dia lepaskan dekat aku, aku tau tu.

Masa aku kecik, aku selalu kena belasah. Walaupun kesalahan tu hal kecik sangat. Kena sebat dengan batang paip, tali pinggang, hanger dan lain2. Aku tau some of u pun mungkin melalui zaman tu tapi aku rasa penerimaan orang lain lain. Tak boleh pukul rata semua orang just because you are ok with it.

Aku sambung dulu, mak pernah tumbuk muka aku sampai lebam mata. Masa pergi sekolah (masa tu sekolah rendah) , mak suruh cakap aku bergaduh dengan adik aku. Mak pernah tampar aku sampai berdarah telinga, hantuk kepala aku dekat dinding, humiliate aku depan makcik pakcik aku, cousin aku. And she didnt even hug me afterwards. No sign of regrets.

Aku tau, dia ada penyesalan but she never show it to me. So perkara tu buat kan aku rasa aku deserve that kind of treatment dari mak aku. Growing up aku banyak diam, aku penat tengok mak ngan abah berperang, maki hamun, bertumbuk. Kalau aku banyak cakap, nanti aku pula yang kena.

Abah selalu tegur mak yang tak elok pukul dekat badan dan kepala. Pukul dekat kaki sudahlah. Tapi aku end up lagi teruk kena belasah ngan mak. Abah bukan jenis bergaduh bertumbuk. So that time yang diorang gaduh melibatkan fizikal, hanyalah abah aku nak defence diri dia sendiri. Mak yang mulakan pukul memukul.

Aku just nak keluar dari rumah tu sebab rumah tu buatkan aku rasa tertekan jiwa. Masa umur 12 aku selalu tulis diari. Dalam diari tu aku ada tulis yang aku benci mak.

Mak baca & mak marah sebab sakit hati aku tulis macam tu. Habis tu kat siapa lagi aku nak luahkan. Aku selalu kena pukul, kena maki hamun tak tentu pasal. Jiwa aku tertekan. Kadang2 aku wonder, kenapa banyak sangat marah dalam diri dia? Kenapa benci sangat dia dekat aku?

Aku pernah tulis short story masa sekolah rendah, which cikgu cakap excellent. Dalam short story tu cerita yang seorang budak ni tiba2 found out yang dia anak angkat, bukan anak sebenar. Mak hanya tersengeh, mak tak tau ke yang tu yang aku rasa? Most of the time aku rasa macam aku bukan anak mak. Sebab tu mak asyik tengking dan pukul aku.

Mak bukan sahaja “dera” fizikal aku, tapi mental aku juga. Aku tak ingat apa kesalahan, tapi mak pernah pukul aku sampai terkencing dan kurung aku dalam toilet gelap selama beberapa jam. Baru2 ni mak datang rumah aku, mak ulang tayang cerita ni (tak sebut pasal pukul).

Mak cakap, “lepas buka2 pintu, dia (aku) keluar dengan mata bengkak” (bengkak sebab nangis) Mak gelakkan aku. Erk.. Sampai hati mak. Mungkin aku je ni yang hati tisu. Luar nampak tough, career woman, a boss tapi deep down dalam hati aku, aku struggle nak build self esteem aku.

Mak selalu perkecilkan idea aku, tak nak dengar langsung sometimes. Hidup aku masa kecik to teenagers hanyalah mengadap buku, pergi tuition supaya dapat score masa SPM. Guess what, SPM aku masih teruk (1A je) dan aku masih struggle even nak voice up pendapat aku sendiri.

Aku tau, mak nak kami usaha sampai masuk University, but i mean, was that the best way? Adakah journey towards the goal tak penting? Bila aku buat salah sikit, mak panggil aku jahat, anak tak kenang budi, mak suruh aku pergi mampus dan lain lain.

Ah, semua tu benda dah lepas. Aku mula baik dengan mak sejak aku masuk University. Mak lega sebab aku berjaya masuk University. That was her goal untuk anak anak dia. Tapi , jiwa aku dah lama terluka, rasa tak disayangi dan lain lain rasa negative dalam diri yang aku cuba untuk heal diri sendiri.

Sejak dari sekolah menengah aku selalu lepak kedai buku Popular. Favourite section aku was “self care” section. Aku banyak baca buku bout how to build self esteem & how to be happy. Sampai aku dah 2-3 year dekat University, baru la aku dapat gain confidence . Confidence to speak up and doing things that I like.

Bila ada anak sekarang, aku struggle tak didik anak aku seperti mak didik aku. But the more aku tak nak, I feel like the more I am becoming one. Aku dididik seperti itu sepanjang teenager life aku, jadi susah sangat aku rasa untuk tak terikut. Aku jadi sangat stress memikirkan. Suami aku sangat supportive dan aku cuba sebaik habis untuk jadi mak yang baik untuk anak.

You know, kids deserve our respects too. Aku tak nak anak aku takut aku, macam aku takut dekat mak dulu. Aku nak anak aku respect aku but to have that I would have to respect my child first.

Aku kena show good example, bukan just critiques and and tell her that she is wrong all the time. Aku tau, anak aku baru umur 2. Aku tak pernah la kritik dia apa2 lagi heh but u know, maybe in long term… Maybe aku just overthinking, help!

Mak memang dah banyak berubah, especially sejak aku masuk University. Dah 12 tahun sejak aku masuk University, slowly aku cuba maafkan mak, atas cara “didikan” dia terhadap aku dulu. Ada time mak nampak menyesal, ada time aku rasa mak tak pernah perasan pun yang cara dia salah.

I am 30 years old this year. Aku still rasa sakit tu, aku still rasa trauma tu, aku still rasa takut tu. Aku still struggle nak rasa mak aku sayang aku.

Aku tau mak sayang kami, cuma dulu dia pun mungkin struggle juga dulu nak survive dengan kerja & raise 3 orang anak all by herself. Hence dia sangat strict and nak sangat kami berjaya dalam hidup.

Aku berazam, aku nak do better dari mak. Semua orang nak anak berjaya. Dalam proses nak didik anak, aku takkan lupakan yang anak juga perlukan belaian kasih sayang, pelukan, ciuman dan sedikit pujian untuk emotional growth. Doakan aku, terima kasih.

– Struggling Mom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *