Jawapan kepada Hidupku Terumbang Ambing

Jawapan kepada Hidupku Terumbang Ambing

Assalamualaikum wbt.

Hai semua. Aku terasa nak jawab confession Cik D yang ditulis di sini,

(https://iiumc.com/hidupku-terumbang-ambing/)

D,

Apa yang kau rasa, aku pernah rasa walaupun aku taklah segenius dan sehebat kau. Aku dulu sekolah, UPSR 4A, PMR 9A, SPM 8A 2B, siap dapat beberapa tawaran lepas SPM termasuk pergi ke luar negara.

End up… Aku terkapai2 nak bina hidup. Aku sendiri pernah murung dua kali. Berhenti belajar di dua tempat sebelum aku ambil keputusan untuk sambung pengajian dalam bidang bukan sains yang aku kira seolah-olah ‘mencabul’ kepandaian otakku masa itu.

Aku tak mahu jumpa kawan2 sekolah sebab kawan2 aku yang noob tak pandai matematik, tak pandai english atau tak pandai mana2 subjek masa tu dah peringkat tahun akhir pengajian dalam bidang kritikal macam undang2, perubatan, sains, perakaunan. Masa aku baru habis diploma masing2 kawan2 aku dah jadi pegawai kerajaan, kerja swasta, jadi lawyer, doktor.

Ah!

Dengan linangan air mata aku bina balik diri aku. Aku takde masalah kewangan sangat sebab mak dan ayah aku sangat membantu, berusaha habis-habisan. Aku alhamdulillah dapat jugak ptptn walaupun ada masalah sikit sebab berhenti belajar kat satu tempat ni. Jadi mak ayah terpaksa bayar habis dalam 5k kot sebelum boleh buat pinjaman baru.

Tapi ujian aku ialah kemurungan aku, sakit histeria aku. Kawan2 tempat belajar pulaukan aku katanya stress duduk dengan orang gila hari2 histeria waktu malam. Tapi anehnya.. Bila assignment tak siap, semua menggedik minta aku tolong. Bila tak faham subjek, semua mengada2 mengendeng lepas tu kutuk aku kaw2 kat belakang katanya aku ni perempuan gila yang menyusahkan orang.

Bila aku rasa sunyi dan kosong, aku bermain cinta pulak.. Hanya untuk terus ditipu dan diperdaya lelaki. Bertambah2 murung dan stress aku dibuatnya.

Tapi apa yang buat aku tegar jugak nak habiskan belajar walaupun dah tua, walaupun dengan kursus pengajian yang mencabul kepandaian aku (masa tu lah aku fikir macamtu.. Sekarang tak dah)? Sebab masa tu aku dah tak sanggup nak tengok mak ayah aku nangis lagi sebab aku.

Sekarang? Alhamdulillah. Aku dah habis belajar dan berjaya dapat kerja walaupun apply masa umur tua (30an). Walaupun pengalaman kerja tak banyak, tapi rezeki Allah bagi. Dapat jugak kahwin walaupun lambat, dapat jugak anak baru sorang.

Tapi aku nak bagitau kau..

Sebenarnya tu semua dunia je.

Dulu aku banyak blame orang salahkan orang sana sini terutama mak ayah aku yang punca utama aku kemurungan. (mak ayah aku jenis agak dominan dan suka memaksa).

Tapi sekarang aku tak nak salahkan sesiapa. Bahkan aku bersyukur.

Sebab aku dah berubah banyak.

Aku dah tak judgemental macam dulu.

Aku dah tak suuz zon pada orang macam dulu.

Aku lebih empati dan memahami setiap manusia ada struggle masing2.

Aku dah tak sibuk nak compare life aku dengan orang lain.

Cuma ada satu je lagi aku masih terkilan…

Aku tak mampu lagi menyumbang duit yang banyak kepada ibu bapa aku supaya mereka mewah, supaya impian mak ayah aku nak buat umrah lagi tercapai. Aku tak mampu lagi bab tu. Aku cuma gantikan ketidakmampuan aku dengan doa2, supaya mak ayah aku dan semua yang pernah tolong aku (adik-beradik, kawan2) diberikan tempat yang indah di syurga dan diampunkan dosa2 mereka.

D,

Banyak benda ko kena let go.

Terutamanya bab keegoan dan kesombongan lalu.

Aku budak pandai. Budak straight A. Hafaz quran dll.

Semua tu anugerah Allah je D. Allah yang bagi, bila2 masa Allah boleh tarik balik. Semua tu mainan dunia je. Yang abadi cuma Dia.

Jadi berdoalah… Di mana2 pun kau ditempatkan, macam2 mana pun perjalanan hidup kau…. Cinta kau pada Allah tak pernah padam walaupun sekejap.

Moga kau jumpa bahagia kau.

Wassalam.

– Seri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap