Anak Perempuan Yang Terbeban

Anak Perempuan Yang Terbeban

Assalamualaikum semua. Thanks to admin if story ni disiarkan. Okaylah, intro aku, seorang ibu anak 1, anak no 4 dari 6 beradik. Atas aku semua abang. So aku ada 3 abang. Mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Ayah aku dah tua tapi masih bekerja kampung manakala ibuku sudah uzur.

Aku, anak perempuan yang terbeban. Aku menulis ni pun untuk minta pendapat dari kalian. Abang aku no 1, pendapatan cukup2 sahaja untuk dia sekeluarga, isteri tidak bekerja. Abang no 2, juga sudah berkeluarga namun selalu tidak cukup wang. Abang no 3, bekerja dan agak stabil, belum bekeluarga. Adik lelaki yang baru bekerja dan berumah tangga dan adik perempuan yang masih belajar.

Kenapa aku rasa terbeban, aku listkan dibawah:

1. Dulu abang no 1 buat loan kereta atas nama aku. Aku pun dulu tak berapa tahu risiko orang guna nama. Natijahnya, kerapkali abangku tak mampu bayar, aku yang kene bayar.. jumlah hutangnya padaku mungkin mencecah RM10k. Aku cuba halalkan saja. Namun kadangkala hatiku marah. Tidak ikhlas mungkin. Waktu itu aku tiada simpanan langsung kerana membayar hutang tambahan.

2. Abang no 2 pula, selalu ada meminta wang dari ayah. Ayah aku bagi saja. Aku ada 1 kereta lain, dimana aku beli guna nama abang no 1, tapi aku yang bayar tiap2 bulan dan tak pernah miss. Tapi, ayah aku memberikan keretanya kepada abang no 2 dengan alasan abang no 2 susah. Last2 kereta tu tak dijaga dan rosak terus dijual. Ayahku tiada kereta, lalu mengambil keretaku.

Sampai sekarang, aku masih membayar bulanan dan insurans tahunan walaupun bukan aku yang guna. Kadang2 aku tak ikhlas. Kerana aku rasa susah kerana perlu mengharapkan kereta suamiku walhal aku sebenarnya punya kereta. Allahu, ikhlaskan hatiku.

3. Adikku, masih belajar. Dia ada ptptn tapi tidak cukup kerana kosnya memerlukan belanja besar. Selalu aku yang tampung. Adalah adik lelaki dan abang no 3 tolong tapi since dia rapat dengan aku, aku la selalu tolong.

4. Ibuku uzur, rapat denganku. Biasanya selalu meminta aku membeli keperluan beliau.

5. Aku ada hutang lain lagi, yang mana aku tak nak ceritakan kerana aku terpakse berhutang itu kerana keluargaku jua.

Sudah cukup list. Aku rasa terbeban dengan kewangan. Aku ingin bertanya kalian, dalam situasi ini, apa harus aku buat?

Aku selalu berfikir abang no 1 dan 2 salah. Mereka sepatutnya kena berusaha lebih atau membenarkan isteri bekerja untuk menampung hidup. Ni aku pulak, adik perempuan yang kena bekerja untuk mencukupkan hidup mereka. Kadangkala aku ikat perut, tahan nafsu shopping sebab ini. Entahlah. Aku pun punya keluarga sendiri yang harus dibantu.

Mohon ampun untuk sesiapa yang terasa. Minta pendapat dan nasihat.

Thanks!

– Warnawarni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap