Postural Hypotension atau Benda Lain?

Assalammualaikum dan Hai semua, aku Lina (bukan nama sebenar), berumur dalam lingkungan 20 an.

Kini menetap di Kuala Lumpur setelah setahun lebih bekerja di sini dan telah masuk setahun juga perkahwinan ku. Suami aku pula bekerja kerajaan dan Alhamdulillah kami telah dikurniakan seorang cahaya mata yang umurnya hampir nak masuk 3 bulan kini.

Si dia (suami) sangat banyak membantu dalam hal kerja rumah dan juga menjaga anak. Alhamdulillah dia seorang yang sangat baik dan memang tidak dinafikan dia sangat-sangat banyak membantu setiap kali dia off duty.

Untuk dijadikan cerita, sebelum ini kerap kali aku merasa seperti pening yang berpusing pusing setiap kali cuba menukar kedudukan, badan tidak dapat berdiri atau duduk dengan betul, sukar untuk fokus, dan rasa mual dalam satu masa.

Ketika ini, aku hanya membiarkan sahaja rasa ini disebabkan komitment yang perlu ku lakukan untuk menjaga anak yang tersayang.

Baru-baru ini, gagahkan juga diri ini untuk pergi ke klinik untuk memeriksa keadaan diri. Setelah cek keadaan tekanan darah, nampak tekanan darah rendah, mungkin itulah punca aku mengalami hypotension bisik aku pada hati selepas membelek dalam google untuk cari info sebelum masuk berjumpa dengan dokter.

Sampai je di bilik dokter, dokter bertanyakan kepada aku, apa yang aku rasa. Dan berdasarkan simptom yang aku alami, dokter mengatakan aku mempunyai postural hypotension. Ianya mungkin terjadi disebabkan sebelum ini aku tidak lah seaktif yang sekarang kerana kini sudah mempunyai anak dan rehat pun semakin tidak mencukupi.

Perubahan drastik ini mungkin menjadi pencetus simptom2 yang ku alami. Mungkin itu lah beberapa faktor yang menyebabkan aku terkena postural hypotension ini.

Tetapi, ada satu perkara yang dokter beritahu buat air mataku mengalir secara tiba-tiba. Stress juga boleh menjadi punca semua ini. Ketika itu, aku hanya menangis sepuasnya tanpa sebab.

Dokter puas memujuk diri ini dan cuba untuk slow talk ceritakan apa yang terbuku di hati. Namun, lidah ku kelu, sebab aku bukan lah seorang yang pandai meluahkan apa yang terpendam. Aku lagi suka memendamkan apa yang aku rasa daripada meluahkan.

Ya, aku stress, tapi entahlah. Aku pernah cuba luahkan pada si dia, yang aku penat. Tapi si dia selalu membezakan penat si dia berbanding dengan penatku. Mungkin, disebabkan aku hanya la berkerja di waktu pejabat, di bawah aircond membuatkan dia rasa penat aku ni tidak la sepenat dia ketika menjalankan tugas.

Jadi, aku tidak lagi menceritakan hal penat lelahku pada si dia, kerana si dia mungkin akan mengulang benda yang sama ataupun dia akan berkata, mental mu tidak kuat. Sebab itu jadi begini.

Gaya penulisan ku mungkin agak berterabur. Sebab aku memang tidak pandai nak bermadah kata, nak meluahkan benda yang aku pendam. Di dalam kepala banyak hal yang ak fikirkan, tapi dengan mudahnya aku sorokkan dengan riak muka ku yang selalu ceria ketika di office dan di rumah.

Mungkin di appointment akan datang untuk berjumpa dokter, aku harap aku kuat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Sebab mungkin kata dokter benar, dari segi emosi, aku tidak mendapat sokongan daripada sesiapa pun, walaupun di sekeliling banyak yang membantu dari segi fizikal.

Sekian…

– Mrs Lina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *